Hadapi Benda Yang Sama

Aku yakin ramai je yang hadapi perkara yang sama seperti mana aku hadapi.

Aku bukan nak luah sangat pun, cuma lebih nak menegur secara umum supaya ramai yang sedar dan diharapkan suatu hari nanti rakyat malaysia lebih berakal waras.

Jom straight to the point apa yang aku hadapi.

Aku baru berpindah ke satu taman ni di sekitar alor gajah melaka. For the first time bila masuk taman tu, aku perasan yang kucing liar sangat banyak (tak pasti liar atau bela pada awalnya).

Satu hari tu ada tahi kucing depan rumah aku. Aku malas nak make a scene sangat, jadi aku cuci je la setiap kali ada tahi kucing.

Sehingga la aku nampak ada plastik makanan kucing depan rumah aku, jadi aku assume yang jiran ada bagi makan.

Aku bagi salam rumah yang terdekat untuk tanyakan kucing banyak-banyak ni siapa punya, masing masing tak mengaku.

Aku sempat tanyakan kalau ada group wassap untuk aku join. Malangnya tiada group wassap sebab taman ni taman lama, rumah milik orang tua yang dah tiada, jadi anak cucu yang duduk.

Anak cucu pun jenis tak bertegur jiran, jadi kesudahnya aku pun akur.

Tapi makin lama, makin banyak tahi depan rumah aku walaupun aku dah letak cuka, air sabun, simen dan sebagainya.

Mungkin ada yang tertanya, rumah aku je ke yang kena berak?

Jawapannya ya sebab mostly rumah jiran dah renovate. Semua dah besarkan rumah sehingga ke kawasan pagar.

Ha yang ni masuk isu yang kedua. Bila semua dah renovate besarkan rumah, mostly park kereta depan rumah (asalnya ada ruang parking dlm kawasan rumah).

Dan masing masing bukannya satu kereta. Ada dua tiga kereta, lepas tu park kat depan rumah sampai ganggu jalan.

Sampai ada kes terlanggar bontot kereta jiran semasa nak keluar parking. Tak ke menyusahkan? Kadang tak faham diorang ni mcm tak boleh nak berfikir.

Baru-baru ni lagi la tak boleh brain. Lorong rumah aku hanya ada satu jalan je untuk keluar masuk taman tau, sebab rumah aku kira hujung lorong la jugak, jalan mati.

Satu hari tu jiran buat kenduri kahwin. Member nak kahwin, kahwin la kan, takde siapa halang. Masalahnya diorang pasak 5 khemah sampai tutup jalan keluar masuk. Panas la jugak waktu tu.

Aku tanya jiran baik baik, kami yang duduk atas ni mcm mana nak keluar masuk taman? Dia boleh jawab kenduri hari ahad, hari cuti.

Wehh, dia ingat orang nak keluar pergi kerja je ke siak? Hari ahad orang nak keluar beli barang macam mana??

Aku tanya dia lagi, habis tu kami nak pergi kedai mcm mana? Dia boleh suruh kami park dekat simpang jalan (lebih kurang 100 meter dari rumah masing masing). Aku dah panas dah waktu ni tapi act cool je la.

Aku tanya lagi, nak tutup jalan ni dari bila sampai bila?

Dengan selamba boleh kata lebih dari 24 jam sebab nak buat baca baca yasin sebelum majlis kahwin. Like seriously?? Macam mana diorang ni boleh fikir macam tu do?

Banyak lagi isu sebenarnya walaupun duduk tak sampai setahun lagi.

Belum lagi cerita ada jiran yang main muzik sampai 12 malam, belum lagi cerita ada yang jenis ramai tetamu lepas tu park kereta betul betul tengah jalan. Kita yang nak lalu ni plak kena hati hati risau terlanggar.

Tapi malas nak tulis panjang. Aku just nak kongsi satu hadis amaran keras pada yang hidup berjiran.

Al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya (6016) meriwayatkan daripada Abu Syuraih al-‘Adawi Khuwailid bin ‘Amr

(أبو شريح العدوي خويلد بن عمرو)

واللَّهِ لا يُؤْمِنُ، واللَّهِ لا يُؤْمِنُ، واللَّهِ لا يُؤْمِنُ. قيلَ: ومَن يا رَسولَ اللَّهِ؟ قالَ: الذي لا يَأْمَنُ جارُهُ بَوايِقَهُ

Maksudnya: “Demi Allah, seseorang itu tidak beriman! Demi Allah, seseorang itu tidak beriman! Demi Allah, seseorang itu tidak beriman!” seseorang bertanya: “Siapa wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Orang yang jirannya tidak merasa aman dari gangguannya.”

Ungkapan al-Bawayik dan al-Bawa’iq (البوايقُ والبوائقُ) adalah bentuk jamak dari bā’iqah (بائقة), yang bermaksud musibah (الدَّاهيةُ), bala (البَلِيَّةُ), kerosakan (الفَتْكُ), kejahatan (الشُّرُور), kezaliman (الظُّلمُ), penindasan (الجَورُ), dan penyalahgunaan atau melampaui batas (التَّعدِّي).

Semoga kita semua diberi akal yang cerdas dan terhindar dari menyakiti dan disakiti jiran.

– amir98rahim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *