Nama aku Ira (nama samaran) berumur awal 20an dan sudah berkahwin. Aku masih menuntut di IPTA. Apa yang ingin aku confesskan adalah tentang masa silam ku yang terlalu buruk untuk dikenang dan terlalu pahit untuk ditelan. Ibubapa ku bercerai ketika aku berumur 15 tahun. Sejak dari itu pemantauan ibu bapa ku keatas aku Agak terabai dek kerana ibuku yang sibuk bekerja sebagai seorang pengurus catering yang acap kali menjadi mendapat tempahan sehingga tak menang tangan ibu aku uruskan. Ayahku pula setelah berkahwin lagi dia pindah tinggal di Sabah. Dan aku tinggal bersama ibuku di selatan tanah air.
Saat umur aku mencapai angka 17 tahun, aku sudah pandai keluar malam. Bergaul dengan kutu rayau, sudah pandai menayangkan aurat dan sudah berani melawan cakap ibuku. Ketika itu perasaan yang aku rasakan amat kosong. Aku tidak rasa diriku disayangi oleh ibu dan ayahku. Ibu seperti biasa akan sibuk dengan cateringnya dan ayahku sibuk dengan keluarga barunya.
Pertengahan Jun 2017 ketika aku baru sahaja menyambung pelajaran aku berkenalan dengan seorang lelaki warga nepal. Aku namakan dia sebagai D. D melayan aku dengan baik memberikan aku kasih sayang yang sudah lama aku dambakan dari ibu bapaku. Sentiasa menemani siang dan malamku. D bekerja sebagai operator kilang. Dan akhirnya entah bagaimana aku telah terlanjur dengan D. Dan itu adalah dosa yang paling besar pernah aku lakukan. Selepas peristiwa itu aku menjauhkan diri aku dari D. Aku pulang ke kampung dan memohon ampun terhadap ibuku yang selama ini berhempas pulas menyediakan makan pakaiku. Rupa rupanya semuanya tidak berakhir dengan mudah. Aku hamil anak D. Ketika aku menyedari yang diri aku sedang berbadan dua aku berasa sangat takut. Tanganku menggeletar. Aku pulang ke kampung. Aku berterus terang kepada ibuku. “Pang” tangan ibu singgah dipipiku. Aku tahu ibu kecewa dengan aku. Satu satunya anak yang dia punya, yang dia harapkan, dan aku telah hancurkan segalanya.
Ibu membuat keputusan untuk menikahkan aku dengan sepupuku dek kerana D sudah lepas tangan dan lari pulang ke Nepal. Aku mengurangkan diri di dalam bilik. Ketika itu usia kehamilanku sudah 1 bulan. Ibu bertegas ingin aku berkahwin dengan Sepupuku, dan sepupuku menurut. Sepupuku itu anak yatim, dan seorang yang Agak naif, aku nama kan dia Q. Aku tidaklah serapat mana dengan Q. Dia tua 3 tahun dariku. Aku pasrah dengan perintah ibu. Aku mengahwini Q dengan rasa bersalah penuh di dada. Aku telah merosakkan kehidupan Q dan aku telah menyusahkan semua orang.
Aku sangkakan Q akan melayanku acuh tak acuh. Ya benar pada mulanya dia melayanku acuh tak acuh sahaja. Dia lakukan aktiviti hariannya. Dia buat aku seperti tidak wujud. Kami tidak tidur sebilik. Tidak sehingga usia kandunganku memasuki enam bulan, Q mula menunjukkan kasih sayangnya padaku. Melayan aku lebih baik dari D. Dia sering memegang perutku dan memanggil anak di dalam kandungan ku sebagai anaknya. “Anak abah” katanya. Aku terharu. Dia menjagaku sebaik yang dia boleh. Dia sering membacakan surah surah pilihan ketika aku tidur dan meniupkan di perutku. Makan pakaiku di beri ikut kemampuannya sebagai seorang pekebun. Dia mengajarku perihal agama semula. Dia letakkan aku yang paling istimewa di dalam hidup dia.
Aku sedar sekarang, apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Dan Allah memberikan yang terbaik pada kita. Segala apa yang berlaku adalah diatas jalan takdir Allah dan kita sebagai hambanya haruslah bersyukur seadanya. Aku telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Qayra.
Doakan aku sentiasa bahagia bersama ibu dan suami tersayang. Dan kepada anak anak muda jangan ikut perangai hakak yer! Jauhi zina, sesungguhnya seronok sekejap saja deritanya sepanjang nyawa. Kalau yang dah terlanjur dan sudah berisi tolong jangan dibuang baby tu, berilah kepada sesiapa yang boleh menjaga baby tu. Ambillah iktibar dari kisah akak, jangan melawan ibu bapa, kalau rasa tak cukup kasih sayang tu, ingatlah mereka tak sempat manjakan kita kerana bersusah payah cari duit untuk membesarkan kita. Sekian. Asalamualaikum
– Ira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit