Kisah ini bukan untuk meraih simpati, tetapi demi berkongsi apa yang ditakdirkan Tuhan buatku. Namaku Nurul, sekarang ni dah berumur 2* tahun dan menuntut di sebuah IPTA, alhamdulillah, berkat doa dari mak dan abah. Aku cerita santai-santai ja tau, formal sangat pun tak best jugak. Kisah pun, kisah hidup aku ja, bukan sejarah pak belalang ka apa. Hehe.
Aku anak yang ke 10 dari 13 orang adik beradik. Berasal dari keluarga yang sederhana, tidak kaya dan nak kata miskin tu tak juga, Masih ada nasi la untuk kami telan. Heehe. Abah seorang penoreh ja, mak pulak suri rumah. Dulu abah berniaga ikan, , tapi berhenti sebab faktor usia, dan khianat manusia sendiri. Tapi alhamdulillah, abah masih sihat. Cukup la tuu pasal family, cita pasal family ni, sat aku tulis, aku yang meleleh ayaq mata.
Abah, seorang yang sangat-sangat sayangkan anak-anak dia. Ya laa, abah mana pun mesti la sayang anak kan. Abah harap dari 13 orang anak dia tu, salah seorang tu jadi cikgu, sebab abah dulu tak mampu nak sambung masuk maktab, sebab tak mampu kan. So, aku pun target dalam diri, yes , aku nak jadi cikgu. Dari sekolah rendah aku azam nak jadi cikgu, nak hadiahkan kerja cikgu tu untuk abah. Mesti abah bangga kalau aku jadi cikgu.
And sampai la habis SPM, aku terus apply IPG, result alhamdulillah la lepas. Ngam-ngam ja, hahahaa. And dapat la temuduga ujian fizikal (UKCG) . And first dapat tu, jujur la cakap, abah la orang paling gembira. Doa tu taktau nk cakap, siap belikan kasut sukan baru lagi utk ujian fizikal nanti. Hahaha. semangat betul la. Takpa la, habis ujian fizikal tu, tunggu result untuk iv yang lisan pulak, and bila check, bukan rezeki aku. Sedih tu tak payah cerita la. Masuk bilik meleleh ayaq mata ni haa. HAHAA.
So takpa, aku masuk f6, sebab orang cakap f6 ni peluang nak jadi cikgu tu senang juga. Tapi masa masuk f6 tu, aku sambil-sambil tu aku cuba lagi mohon IPG kali kedua, alhamdulillah dapat lagi utk kali kedua. So, pergi la ujian fizikal (UKCG) tu. Habis ujian fizikal tu macam biasa la , tunggu la result untuk iv yang lisan, and takda rezeki aku juga. HAHAA. Aku dalam hati ni, Allah memang takmau aku jadi cikgu ka, takmau aku banggakan abah aku ka ? HAHAA, tengok aku persoal Allah balik.
So takpa la, belajar la f6. And sampai la naik f6 atas, aku mohon lagi IPG. Kira tu kali ketiga and last permohonan, sebab dia ada had umur tak silap aku. So, mohon punya mohon, alhamdulillah dapat lagi. Pi la ujian fizikal, and masa ujian fizikal tu, aku dengan member aku sorang, kira kami dua ja la yang dah kali ketiga mohon. HAHAA, malu pon ada juga. Orang lain kali pertama dah lepas.
So takpa la, buat la ujian fizikal tu, lari sana lari sini, hahaha, and yang juri tu, ada yang bagi markah kesian lagi, sebab kali ketiga kan. Kira rezeki untuk aku la tu dapat markah simpati. Hehee. So takpa la, dah habis tu, macam biasa, tunggu punya tunggu untuk result iv lisan, alhamdulillah, aku dapat kali ketiga tu. Yahoooo tu taktau nak kataa la, lompat tergedik-gedik aku, syokkk. HAHAA
Preparation tu taktau nak kata la. Baca segala benda, pendekkan cerita, kira macam habis dah iv. So tunggu la result dapat ka tak masuk IPG. And pada masa yang sama, f6 pon dah habis. And alhamdulillah, pointer f6 aku dapat lebih dari yang aku minta. Bukan riak tau, cerita. HAHAA. Kira mcm syukur sangat la. And UPU pon aku apply bidang pendidikan first.
So hari result IPG yang ketiga tu, ketar tu jangan kata la, mak abah ni doa siang malam. Semua tertunggu-tunggu. And finally, bila check, AKU TAK DAPAT ! Termenung aku haa. Aku seriusly 100% letak harapan aku dapat. Sedih, menangis tu jangan kata. Bengkak mata aku. HAHAA. And masa tu mak dengan abah aku cakap, “Kakak dah cuba kan, dah tiga kali pun, takpa, mak redha. Mak percaya ni bukan rezeki kakak, ada rezeki yang lagi baik dari ni.” Serius aku yang tak sampai hati bila mak abah cakap macam tu.
Mereka tak paksa untuk aku jadi cikgu, tapi kita anak, mesti nak buat something yang parents kita happy. So, aku tak give up lagi, aku terus buat permohonan, tulis surat, and hantar pergi ke kementerian. Tapi tu la, still tak dapat. Hmm, Aku masa tu terfikir, apa yang Allah dah tulis untuk masa depan aku ni ? Aku tak layak ka nak banggakan mak dan abah ? Macam-macam aku fikir masa tu, down tu jangan kata la. Hhaha.
Lagi sedih, UPU yang aku isi bidang pendidikan tu pon aku tak dapat iv. Sedangkan pointer aku dh lebih dari cukup. Bukan riak tau, hahaa, just cerita (takot aku sat orang kata aku ni belagak). Aku garu kepala masa tu. Memang betul-betul nampak “cikgu” tu bukan rezeki yang ditakdirkan untuk aku.
Hari keputusan UPU keluar, and sekali lagi aku dapat bukan yang aku nak, IPTA yang jauh sebatu dari mak abah. Termenung aku haa. Berat nak pergi tu, Allahhu, jangan kata la.
And satu hari tu, aku cakap kat mak, “Kakak minta maaf kalau akak tak boleh banggakan mak, tak boleh jadi cikgu macam mana abah nak, and sambung degree ni pun, akak taktau nak kerja apa nanti.” Mak terus balas, “Betulkan niat, belajar ni bukan untuk dapat kerja, tapi untuk cari ilmu. Bila niat kita betul, percayalah, Allah akan buka satu per satu jalan untuk kita. Pasal cikgu, Mak tak kisah dah. Kakak kerja apa nanti pun Mak tak kisah, asal yang baik, yang halal. Akak dah cuba kan, sampai 4 kali mohon, pi lari-lari, pi iv, tapi tu bukan yang terbaik untuk kakak, kita takda kuasa untuk semua tu.”
Mak aku dah boleh jadi motivator dah haa, hahaha. Sampai sekarang aku masih ingat ayat mak tu. Abah pun sama. Cuma abah ni, dia takda la jadi motivator macam mak ni. Dia action lebih, nak bagi kita ni kuat, jangan lemah and jangan give up dalam hidup. Hee.
Lepas tu, aku motivate la diri sendiri. Kalau betul “cikgu” tu bukan yang terbaik untuk aku, aku just go with the flow apa yang Dia dah aturkan untuk aku. Siapa aku nak memaksa Dia untuk ikut kehendak aku, sedangkan Dia adalah sebaik-baik perancang. And masa tu aku sedar, kau down macam mana sekalipun dalam hidup ni, mak abah adalah orang takkan pernah tinggalkan kau. Merekalah yang akan angkat, and peluk kita. Hanya mereka sahaja yang mampu terima kegagalan diri kita, hanya mereka.
Hmm, dah habis cerita and aku pun dah nak habis belajar kat sini. Tak ada family kat sini, tapi berkat doa mak, doa abah, alhamdulillah, aku masih selamat kat sini. Tapi aku mohon doa kalian untuk aku, sebelum aku tutup mata, Allah bagi aku kesempatan untuk “hadiahkan” something buat mak dan abah aku and “hadiah” itu bermakna buat mereka.
Dan aku juga doakan kalian, agar segala yang baik ada untuk kalian. Dan semoga aku dan kalian mampu menjadi “hadiah” yang terbaik untuk mak dan abah kita. In shaa Allah, aamiin allahumma aamiin.
Ingat, rezeki seseorang tu Allah dah atur cantik-cantik. Sabar dan doa baik-baik tau. In shaa Allah.
Salam sayang,
– Anak Kampung
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit