Hadiah Terindah Berupa Ujian

Saya Lilo. Saya dan suami TTC 6 tahun. Tempoh yang cukup lama pada saya pada awalnya. Saya selalu stress dan tertunggu bila agaknya akan mengandung. Hari hari saya berlalu begitu saja. Asyik terkenangkan nak mengandung saja.

Menjadi kebiasaan, selalunya perempuan yang akan sentiasa diserang makcik-makcik bawang bertanya tentang anak, membuatkan saya sangat stres memandangkan saya ada masalah PCOS. Tak semua orang faham masalah PCOS.

Saya seorang yang suka bergaul tetapi disebabkan masih tiada anak, saya selalu merasa tersisih. Family lain kesemuanya ada anak dan sentiasa bersembang tentang anak saja jika ada perjumpaan family beramai-ramai membuatkan saya merasa kesepian.

Akhirnya saya menjauh kerana merasakan saya bukanlah salah seorang dari ‘circle’ mereka.

Situasi yang paling membuatkan saya trauma apabila ada seorang makcik (kenalan rapat ibu ayah yang boleh dianggap seperti keluarga sendiri) datang berjumpa dengan saya semata nak ‘show off’ cucunya.

Ingat lagi ayatnya pada saya mengatakan saya ni mandul. Kena dukung cucunya barulah ada peluang nak hamil.

Perempuan mana saja yang tidak ingin hamilkan anak sendiri? Walaupun mandul sekalipun, tidak perlulah menambah pedih didalam hati ini. Saya jadi depressed. Hari-hari saya cuma menangis.

Sampailah satu hari saya terdengar ceramah ustaz mengatakan setiap orang yang tak ada anak itu bukanlah kehendak mereka, setiap orang yang Allah tunda rezeki anaknya itu bukanlah kehendak mereka, tapi kehendak Allah.

Jadi janganlah menyoalkan ujian itu pada mereka kerana hanya Allah saja yang tahu hikmah disebaliknya. Jangan biadap kerana mereka kerana itu seperti biadap kepada Allah.

Suami saya, Stich pula sentiasa sabar mengingatkan saya yang satu hari nanti pasti saya akan mengandungkan anak kami. Stich kasihankan saya.

Setiap kali ada orang yang bertanya tentang anak kepada kami, Stich berdalih dengan mengatakan bukan salah saya. Dia yang tak ready menjadi ayah lagi (semoga Allah membalas jasa Stich dengan kebaikan didunia dan diakhirat).

Stich cuba ajak saya cari cara untuk luangkan masa berdua. Mula mula kami hanya spent time masa berjalan jalan di taman rekreasi bila-bila masa suami balik kerja awal. Hujung minggu pula kami akan ke bandar ‘jalan-jalan cari makan’.

Dalam tak sedar bestnya rasa boleh dating berdua dengan suami. Kadang-kadang kami unplan trip travel ke negeri sebelah kami. Pukul 2-3 pagi masih di tepi pantai ambil angin berdua sambil melayan busking disana.

Dalam tak sedar, dah lama masa berlalu. Kami enjoy dating berdua. Kami berdamai dengan takdir. Stich selalu ingatkan Allah bagi kami TTC lama sebab banyak lagi benda kami tak explore bersama. Makin jauh kami merantau makin erat hubungan kami suami isteri.

MasyaAllah saya sangat sangat bersyukur dengan nikmat ni. Tak cukup dengan tu, kami mula berjinak dengan hobi camping dan deko rumah pertama kami Alhamdulillah Allah bagi rezeki rumah pertama untuk kami dulu.

6 tahun berlalu, kami masih bahagia, masih berdating berdua kemana saja.

Di akhir tahun ke 6, akhirnya Allah kabulkan hajat kami untuk mengandung. MasyaAllah. Di tahun ke 7, lahirlah puteri kami yang sangat kami sayangi. kami dah tak boleh teruskan hobi kami atas sebab baby high demand. Banyak benda yang tersangat limited.

Tapi Alhamdulillah ala kulli hal, kami sangat bersyukur Allah dah kurniakan kami masa 6 tahun dating, barulah kami faham kenapa Allah bagi kami tempoh yang lama.

Pada awalnya ianya adalah ujian, dihujungnya kami mulai faham rupanya ianya adalah hadiah terindah buat kami.

Saya berharap tiada lagi TTC yang disisihkan. Jangan asyik mempersoalkan soalan yang tiada orang dapat menjawabnya. Cuba untuk bersembang dengan kami juga. Kami perlukan semangat, kawan dan dorongan untuk terus positif.

Saya doakan semoga rakan-rakan yang TTC dikurniakan zuriat diwaktu yang paling tepat dan baik buat kalian. Berusaha, berdoa dan serahlah selebihnya kepada Allah. InshaAllah satu hari nanti, anda semua juga bakal merasa menjadi ibu dan ayah.

– Lilo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *