Bismillah.. Saya Teacher Yati berkhidmat menjadi guru tadika di sebuah tadika B.
Tidak puas hati, geram, penat mental dan fizikal menjadi punca penulisan ini. Ianya berlaku disebabkan oleh covid yang melanda.
Namun, wabak ini bukan bertujuan untuk menyalahkan takdir benda ini berlaku.
Tapi sikap majikan yang hanya terlalu bergantung kepada doa, doa dan doa.. Namun usahanya boleh dikatakan masuk dalam poket dan tunggu sampai poket berhabuk.
Bukan apa, kisahnya terjadi bila pkp 1.0 kononnya majikan kata gaji penuh bagi yang kerja WFH dan juga yang datang tadika.
Tidak disangka rezeki yang mana pihak kerajaan ingin membantu pekerja yang terjejas dengan bantuan RM600 sebulan.
Harapan menggunung sebab majikan janji nak beri gaji penuh + bantuan kerjaan = RM 1800 untuk yang datang bekerja ditadika kerana hanya 1 tadika yang boleh beroperasi daripada 4 cawangan yang sedia ada.
Tapi malangnya, harapan tinggal harapan. Gaji penuh diberi namun mananya bantuan kerajaan? Alasan yang majikan berikan gaji separuh + bantuan kerajaan = Gaji penuh RM1200. What??
Sedangkan pekerja yang datang bekerja bukan half day tapi full day untuk sebulan tanpa cuti sebab alasan kekurangan staff. Sedangkan majikan gaji full RM 4k WFH.
Kami yang datang tadika, dengan bilangan student makin ramai, staff yang datang 4 orang. Itu PKP 1.0.
PKP 3.0 lain pula cerita, tadika untuk anak-anak frontliner telah dibuka namun ada sebuah keluarga yang mana si ayah frontliner dan si mak pulak suri rumah.
Si mak tidak mahu hantar anak ke tadika dengan alasan tadika lain masih belum beroperasi kenapa tadika B sudah boleh beroperasi.
Teacher-teacher pun dengan gigihnya mesej siap tunjuk surat dari dari JKM yang tadika B boleh beroperasi. Si mak berkeras tidak mahu hantar anak namun mahukan kelas online.
Jadi anak murid dari tadika B ditransfer ke tadika UITM J untuk kelas online sebab saya mengajar online.
Apa boleh buat, atas rasa simpati ambil juga anak murid sebab boss call minta tolong ajarkan. Nasib baik seorang sahaja + gaji full.
Biasa larh kelas online kan beza dengan yang datang. Kalau datang tadika masuk 7 pagi balik 6 petang. Online pulak buat kelas pukul 10 habis pukul 12.
Teacher dari tadika B tu kata dia tak boleh nak buat online sebab kekangan masa.
Ye la dia dah datang dari pagi kemudian nak hadap pelajar yang datang kekelas. Bukan seorang dua tapi sembilan orang yang mana majoriti semua lelaki. Faham-faham je la perangai budak tambah pulak lelaki.
Mesti la cara pengajaran berbeza berbanding perempuan. Banyak menggunakan fizikal even nak belajar math.
Tapi apakan daya gaji teacher tadika B ditolak sebab anak murid dia dah ditransfer kepada saya untuk kelas online.
Kesian pun ada sebab saya ajar online hanya beberapa jam sedangkan dia datang ke tadika sepenuh masa tanpa cuti.
Jadi nasihat saya untuk majikan atau boss tadika, memang betul customer is our priority tapi your staff is the most you need to take care.
Hak bersuara dan memberi pendapat juga perlu diberi keutamaan kepada staff.
Kesian dekat teacher-teacher, kerja 10 jam sehari tapi kalau ada parent lambat ambil anak OT tu pergi ke mana? Company.
Sebab apa, bak kata boss company also need a profit. Tak boleh kata banyak sebab boss is always right and staff is slave, not as a family.
– Yati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit