Aku Afiq, bukan nama sebanar. Dari dulu aku seorang yang hanya mengikut kehendak dan pendirian arah sendiri. Bermula kisah di mana ketika aku mula2 memasuki alam persekolah berasrama. Aku telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Fatin, bukan nama sebenar. Dia seorang yang tinggi cantik dan manis senyummannya.
Tatkala aku memendam rasa suka, aku pasti akan merasa dihina. Ya dia adalah cinta pertama aku. Ketika di tingkatan 1 aku sudah menyukainya, sedangkan dia tahu dan dia tidak pernah peduli akan cinta monyet ini.
Dipendekkan cerita ketika di tingkatan 2, dia telah menerima aku sebagai kekasihnya. Tetapi perasan suka aku kepadanya bercampur baur apabila aku merasakan seakan dia hanya hendak mempermainkan aku. Sedih rasanya jika mengingatinya semula.
Sepanjang tingkatan 2 soalan yang ditanya nya kepada aku hanyalah 1. Kenapa aku menyukainya. Dengan mudah aku menjawab kerana kecantikannya. Setelah itu dia memarahi ku kerana aku hanya menjawab jawapan yang begitu mudah berdasarkan rupa. Maklumlah cinta monyet di bangku sekolah hanya subjektif rupa yang dijadikan perbezaan ketika itu.
Hubungan kami seperti biasa ada pasang dan surutnya, pernah juga aku dimarahi gara-gara rakan sekelasnya juga menyukai aku. Ya betul, menyukai aku, iaitu seorang lelaki yang tidak lah berupa. Tapi aku tetap dengan pendirian aku bahawa aku hanya suka kepada seorang sahaja.
Hujung tahun 2011 ketika cuti sekolah, Fatin mengatakan ingin menamatkn hubungan ini kerana hendak focus kepada peperiksaan PMR. Aku agak kecewa sebenarnya. Tapi aku berjanji pada diri yang aku memberi ruang kepadanya sepanjang tahun peperiksaan itu. Kami putus dan terus tidak bertegur sapa.
Setelah masuk awal tahun 2012 iaitu tahun peperiksaan PMR kami, aku dikejutkan dengan Fatin telah menjalinkn hubungan cinta dengan rakan sebilik asrama aku iaitu Anam yang merupakan senior setahun atas aku. Luluh pedih rasa hati. Tapi sekali pon aku tak pernah mengungkapkan perkataan benci.
Ketika itu baru aku sedar, dia adalah gadis cantik yang diberi pilihan untuk memilih sesiapa yang dia hendak bersama menjalinkan cinta. Sedangkan aku perlu menunggu untuk dipilih olehnya. Kadang aku berpikir, aku bukan la lelaki yang memilih, tetapi sebenarnya aku tidak dipilih.
Sepanjang tahun peperiksaan aku merasa dihina dan diejek oleh semua pelajar disekolah kerana seakan mereka tahu cinta 3 segi kami. Tapi aku tidak pernah menyalahkan Fatin.
Pada tahun itu juga, perwatakan aku seakan terus berubah, aku tidak lagi bercampur dengan mana2 gadis, di mana ketika ada gadis yang menegur aku, aku hanya akan membalas dengan mengangguk dan ya. Ini terjadi seolah aku membenci semua perempuan kerana aku rasa aku telah dikhianati. Tetapi aku tidak tahu kenapa aku tidak mengungkapkan benci dan maki kepada Fatin.
Pada tahun itu juga, aku dipilih sebagai pelajar pertukaran ke sekolah asrama lain untuk suatu program bagi menjelang peperiksaan PMR. Program ini diadakan di suatu sekolah berhampiran dengan sekolah aku juga.
Setibanya di sana aku sudah dikenali dengan pelajar2 lelaki dari sekolah itu, ini kerana aku telah dikenali kerana aku aktif dalam sukan sekolah. Mereka semua adalah rakan2 yang aku sudah berjumpa dan berkawan ketika sukan bola sepak antara sekolah. Ini menjadikan aku tidak kekok dan mudah mesra bersama mereka sepanjang program tersebut.
Sepanjang program tersebut, pada satu hari,aku telah di tegur oleh seorang gadis yang bernama Alia bukan nama sebanar, dia adalah seorang pelajar tuan rumah tersebut yang bersama-sama mengikuti program ini. Mungkin dia merasakan sesuatu yang aneh terhadap aku yang terlalu rapat dan mudah bergaul bersama rakan2 lelaki sekolah.
Ya, tekaan aku benar, secara tidak langsung dia juga telah tahu kisah aku bersama Fatin di sekolah kami. Dia juga tahu yang aku tidak lagi akan bersua muka atau bercakap bersama mana2 gadis lain. Tetapi alia ini juga tidak mudah putus asa. Dia mencari ku dilaman media sosial facebook.
Pada minggu pulang ke kampung, aku sedari dia telah merequest aku untuk menjadi kawan di facebook. Aku tanpa berpikir akan apa2, hanya accept. Selang beberapa jam aku dpt chat pertama darinya di FB. Kami mula mengenal melalui fb sahaja.
Dipendekkan cerita dia menyatakan hasrat hatinya kepada aku. Tetapi aku masih dengan pendirian aku, iaitu menolak. Aku tidak tahu kenapa adakah disebabkn fobia ditipu atau aku sebenarnya menunggu Fatin. Alia tidak kurang juga seorang wanita yang cantik dan bijaksana. Tidak dinafikan dia juga salah seorang wanita yang cantik disekolahnya.
Tetapi aku sudah tidak pandang pada itu lagi. Aku teringat apa yang terjadi dahulu ketika dimarahi oleh Fatin ketika dia bertanya soal kenapa aku menyukainya. Jawapan yang aku beri tidak dapat diterimanya. Kemudian baru aku sedar, cantik adalah perkara subjektif pada manusia.
Berbalik kepada Alia, dia seakan paham setelah aku menolaknya, kami berkawan seperti biasa dan juga boleh dikatakan amat rapat.
Tamat lah sudah tahun peperiksaan PMR aku pada 2012. 2013 aku merayu kepada mak untuk tukarkan aku ke sekolah lain di selangor. Mak bersetuju dan menukarkan aku ke sekolah lain. Aku tidak lagi memikirkan tentang perkara cinta. Bagi aku, belum masanya dan aku mahu menghabiskan masa sekolah ku dengan kawan2.
Tahun 2013 bermula aku sebagai pelajar baru di sekolah yang baru. Cinta monyet.. inilah tajuk yang biasa aku dengar sepanjang di sekolah baru, di sekolah baru juga aku cukup dikenali kerana keaktifan aku dalam sukan bola sepak dan olahraga.
Di sekolah bandar aku baru tahu platform media sosial yang digunakan ketika itu lebih kepada twitter berbanding facebook. Aku cuba membiasakan diri. Setelah beberapa bulan aku menggunakan platform twitter. Terdapat satu acc yang tidak asing dengan aku. Ya empunya acc itu bernama tuttttttt, seorang gadis yang aku pernah meletakan cinta aku kepadanya.
Walaupon seketika tetapi pengalaman dan pengajaran itu cukup bermakna. Aku menjadi tak tentu arah, apakah yang dimahunya?? Ya noti chat aku masuk. Tidak asing lagi, dialah yang menghantarnya. Assalamualaikum, saya nak mintak maaf apa yang saya dah buat kepada awak. Ini adalah ayat pertamanya kepada aku.
Aku merasakan dalam dilema apakah aku perlu mengabaikan atau membalasnya. Aku tidak boleh menipu hati aku. Yaa aku masih suka dan sayang kepadanya. Waalaikumussalam, takpe cerita lama, dah lepas dah pon. Balas aku..
Kemudian dia menerangkan segala kesalahannya kepada aku. Tapi bukan itu yang aku nak dengar. Perkataan yang ditunggu tunggu aku adalah apakah ada lagi peluang untuk kita?
Ya benar.. Fatin menghasratkan hatinya. Dia ingin kami bersama. Aku tanpa membuang masa bersetuju dengan permintaannya. Aku bagaikan lelaki yang lupa dengan apa yang telah dilakukannya kepada aku. Aku rasa itu semua cerita lama. Tidak penting lagi. Yang penting kami dah bersama sebagai kekasih.
Dalam percintaan kami untuk kedua kalinya, kami keluar bersama di ibu kota. Bagaikn kekasih muda, kami berjalan sekitar ibu kota dan meluangkan masa bersama. Hendak dijadikan cerita pada hari pertama kami keluar bersama. Sosok Alia ada di tengah ibu kota yang memerhatikan kami berdua. Bagaimana aku tahu?
Malam setelah aku pulang ke rumah, Alia memberi pesanan mesej kepada aku dengan ringkas. “Kau dan Fatin dah bersama ke?” Aku jawab iya. Dan dia terus membalas ok la kalau mcm tu dan terus hilang. Aku tahu, dia mungkin meletakkn perasaan kepada aku lagi. Tapi hati aku kata tidak. Kita hanya sesuai berkawan.
Tahun 2014 iaitu tahun akhir persekolahan. Fatin secara tiba2 menghilangkn diri lagi. Ya ini untuk kedua kalinya. Tetapi kali ini aku merasakan tidak mengapa. Sudah terbiasa dengan alasan tahun peperiksaan. Aku menyangka dia menghilangkn diri juga atas sebab yang sama. Aku tidak lagi mencari. Sebaliknya aku berharap bahawa dia akan kembali.
Tahun itu juga Alia dan aku berkawan sepeti biasa. Tidak ada perasaan yang aku cuba beri. Tetapi tidak baginya, masih memberi hint2 kepada aku supaya aku memilihnya. Aku hanya berkata masih terlalu awal untuk kita. Kita masih belajar, lepasni ank sambung uni lagi. Dia membalas apakah aku masih menunggu Fatin?
Aku hanya ketawa dan berkata tidak, kerana aku sudah tidak tahu dimana dia berada. Tamatlah kisah cinta aku dizaman sekolah.
2015 bermula. Aku menyambung pengajian di sebuah institut di melaka. Aku masih dengan pendirian yang sama, mengikut hati dan arah aku sendiri. Pada hari pertama mendaftar mata aku sudah tertarik dengan seorang gadis. Ya Najihah, bukan nama sebanar, orang nya juga berasal dari sebuah kg kecil yang berhampiran situ.
Aku tergoda oleh senyuman nya. Tetapi aku tidak lagi berani untuk menyatakan hasrat. Bagi aku orang yang cantik boleh membuat pilihan. Sedangkan aku tidak diberi pilihan. Tekaan aku benar najihah jugak seorang wanita yang disukai ramai lelaki di situ. Aku pula sudah serik untuk bersaing dengan orang2 lain.
Bagi aku bersaing akan menghasilkan keputasan yang pahit sahaja. Lebih baik aku meyukai dri jauh dan diam. Alia.. aku tidak pernah lost contact dengan nya. Kami seakan rapat dan selesa berkawan. Dia berkongsi cerita cinta nya dan masalahnya.
Masa yang sama masih memberi aku hint2 untuk kami bersama. Aku masih orang yang sama. Aku tak nak persahabatan ini ditukar kepada perasaan cinta dan akan berakhir dengan perasaan kecewa. Lebih baik kami berkawan sahaja.
Tahun berganti tahun sudah tamat aku dengan kolej dan terus ke zaman pekerjaan. Umur 21 tahun pada 2018. Instagram aku diketuk oleh satu pesanan ringkas. Assalam, sihat ke? Iya tak aku sangka. Setelah 4 tahun menghilang akhirnya dia kembali. Dialah Fatin. Tapi kalini ini dia kembali dengan permohonan maaf atas kesilapan dia menghilangkan diri dan sekeping jemputan kad kahwin.
Pada awalnya aku seakan tidak percaya, umur kami masih sama 21 tahun tapi adakah benar dia ingin mendirikan rumah tangga? Iyaa sedikit luluh hati aku. Aku ingat dia kembali untuk memberi peluang ketiga kepada kami. Tetapi sebaliknya. Peluang itu seakan tidak akan ada lagi bagi aku.
Betul lah perkiraan aku. Dia boleh memilih dengan siapa dia mahu. Aku pula tidak diberi pilihan. Seakan aku hanyalah sosok tubuh yang menunggu masa untuk dipilih. Sedih. Aku menangis, aku memberi tahu mak aku.
Tapi mak bukanlah seorang ibu yang suka dalam dunia percintaan. Jawapan mak amat mudah. Aku masih muda, mungkin dia dh jumpa yang sebetulnya. Aku pasrah, aku reda, ya Allah kalini kau hadirkan nya kepadaku untuk kali ketiga. Tetapi bukan sebagai pasangan, cuma sebagai saksi atas kisah perkahwinan mereka.
2 minggu sebelum perkahwinan. Fatin ws aku dan ajak berjumpa. Aku pada awalnya was2 atas kerana dia adalah tunangan orang. Tapi hati aku tidak membenarkannya. Seakan menyuruh aku berjumpa dan melihat nya, mungkin utk yang terakhir kalinya. Kami berjumpa. Perjumpaan pertama agak kekok dan aku sudah lagi tidak mengharap apa2.
Selepas berborak akan kerjaya masing2, tiba2 dia mengungkapkn perkataan. “Aku taknak berkahwin dengan dia, aku nak kau Afiq”. Yaa itulah ungkapannya. Dia menangis. Aku pon turut mengalirkn air mata.
Malam itu kami berbincang segalanya. Apakah hubungan kami akan diteruskan dengan cara kami lari ke hujung dunia? Adakah perkara ini akan selesai? Terdapat banyak persoalan yang berlegar.
Kami seakan buntu dengan jawapan yang kami cari. Tiba pada malam sebelum pernikahan. Kami sudah bersetuju untuk lari bersama.
Tetapi segalanya berubah apabila aku mendapat ws darinya, katanya “kesilapan dia menemui aku sebelum hari perkahwinannya, dan menganggap yang berlaku adalah ujian tunangnya, dan berharap aku tidak lagi menggangunya kerana dia bakal dihalalkn oleh seorang suami. Terdiam dengan mesej yang diterima.
Mana janji kita?? Mana plan asal kita utk lari bersama? Aku sudah bersedia? Tetapi kenapa seakan kau merubah segalanya? Untuk kali ketiganya aku dilukai dan terus dilukai. Ya perkara yang sama masih bermain di minda aku. Aku tidak berhak untuk memilih sepertia dia, aku hanya berhak dipilih. Tetapi aku sekali lagi tidak dipilih.
3 kali perkara sama dan orang yang sama. Tetapi tidak pernah sekali pon aku memakinya dan menghinanya. Seakan aku paham akan semua ni adalah kerana kesalahan dan kebodohan aku yang memulainya. Sekali lagi aku terpaksa melepaskannya. Tetapi kali ini hati aku berkata tiada lagi peluang untuk kami bersama. Ini adalah penamatnya. Iyaa hari perkahwinannya.
Aku lalu di depan rumahnya. Aku melihat majlis kenduri itu. Seakan hati aku luka. Kenapa aku masih hadir dri jauh utk menyaksikan wanita yang telah lukakan aku lagi. Di platform instagram aku melihat semua posting2 kawan nya pada hari perkahwinan. Ye aku sedar. Aku tiada apa, baru berumur 21thn dan baru dlm dunia pekerjaan.
Setelah 2020 aku juga turut mendirikan rumah tangga. Ya aku mendirikan dengan seorang perempuan yang bernama Najihab. Ye seorang gadis yang pernah aku suka pada tahun pengajian aku dulu.
2025, usia perkahwinan aku sudah 5 tahun. Anak pula sudah 2. Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang anak perempuan dan lelaki. Anak perempuan aku amat manja, cantik seperti emaknya, petah berkata seperti aku. Anak lelaki masih kecil 1 thun lebih. Baru menegenali aku sebagai ayah. Kurang rapat atas faktor aku yang bekerja di luar negeri.
Berbalik kepada tajuk aku yang sebenar. Yaa untuk 5 thun perkahwinan, boleh dikatakan macam2 yang aku dan isteri sudah tempuh, alhamdulillah aku boleh dikatakan ada segalanya. Rumah sendiri, kereta, dan beberapa yang lain. Mungkin bagi aku sudah cukup untuk seketika.
Tetapi kisah ini baru sahaja bermula, yaa Fatin gadis pertama dalam kisah cinta aku. Tiba2 kembali lagi, kali ini kembali di platform tiktok, masih dengan kata2 yang sama pada 8 thun dahulu. Corak kata2 yang sama.
Assalamualaikum, sihat ke? Yaa aku terkejut sudah 8 tahun tidak mendengar khabar berita dan dia juga telah menjadi sejarah dan pengajaran dlm hidup aku. Kenapa secara tiba2 dia mencari aku kembali.
Aku dalam dilema, perlukah aku membalas mesej nya atau diam sahaja. Aku cuba mengabaikan, tetapi aku tidak boleh tipu pada diri aku. Ya perasaan yang dulu tiba2 kembali. Seharian aku memikirknnya.
Akhirnya, keesokkanya aku membalas. Waalaikumsalam, sihat je. Kemudian dia membalas. Saje tanya khabar and nak mintak maaf atas segalanya. Terus menusuk hati.
Ini kali ke 4 aku sudah mendengarnya sepanjang 14 tahun yang lepas. Apakah yang akan berlaku lagi selepas ini. Aku masih dengan diri aku. Takpe kisah lama. Tiada apa yang perlu diungkit. Aku tidak membenci kau. Balas aku.
Akhirnya bibik2 cinta itu seakan bermula semula. Tapi aku masih ragu kerana dia sudah berpunya. Sedangkan aku ada segalanya. Kami berbual panjang tentang kerjaya dan keluarga. Akhirnya dia bermula lagi. Aku sayang kau. Aku masih rasa antara kita masih belum selesai, sepanjang perkahwinan aku, aku masih memikirkn kau, ungkapnya kepada aku.
Aku terdiam, kerana aku sudah tidak memikirkannya lagi setelah peristiwa mlm perkahwinannya dulu. Aku sudah tekad utk lupakannya. Tapi aku tak sangka apakah aku selemah ini pada cinta pertama. Aku tidak boleh menipu diri lagi, yang hanya boleh aku ungkapan adalah, ye aku juga sayang tapi kita tidak ditakdirkan bersama.
Dia memberi tahu bahawa dia dan suami sudah tidak seperfahaman lagi. Masing2 sudah ingin menamatkan zaman rumah tangga. Aku agak terkejut. Adakah kerana ini dia mencari aku, atau memang dia masih menyimpan hati dan perasaan.
Aku terpaku dan terkesima. Katanya mesej pada malam sebelum perkahwinan yang dihantarkan kepada aku sebenarnya adalah bukan darinya. Tetapi rakan baiknya, rakan baiknya tidak mahu aku dan Fatin melakukan perkara gila. Jadi rakannya menggunakan telefon bimbit Fatin untuk membalas mesej aku lalu memblok aku dari Fatin.
Apakah yang aku mahu lakukan. Cukup sampai disini dahulu. Aku akan sambung kisah aku lagi kerana ini masih belum berakhir. Aku harap pembaca boleh berkongsi pendapat. Maaf kalau cerita aku agak panjang dan serabut.
– Afiq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
apa benda la yang aku baca ni… ingat kisah budak sekolah rupanya dah tua bangka pon masih teringat couple masa form 1.. what the fish???
apa masalah nya? ko ceraikan bini ko dan kawin dgn fatin. bini ko bg laki lain ‘angkat’
Kalau pilih fatin lagi taktau nak cakap lah bodoh tahap mana bang. Pisang pun boleh berbuah dua kali je. Inikan pulak dah kena tipu 3 kali masih lagi nak bagi peluang.
Dulu bujang, kena tinggal boleh rilek lagi. Ni dah kawen, ada anak lagi. Hmm kesian anak bini dapat suami n bapak macam abg. Cerai jelah. Bagi wife tu dapat suami yg lagi baik.
tak payah layan la minah tu mcm la dia terpaling perfect ada segalanya. cukup bini kau tu sudah. ko pun satu sudah2 la gi layan prmpuan tu haih letih aku maki