Hidup aku biasa saja. Tapi bagi aku, hidup aku kelam dalam bab perhubungan. Aku bukanlah perempuan yang cantik menarik letops. Aku sorang budak kampung. Selekeh selebet saja.
Aku perempuan berisi. Dari zaman sekolah aku tak penah bercinta. Crush kat someone tu penah la. Dan prinsip aku kononnya nak bercinta masa dekat universiti.
Aku jenis kasar. Zaman sekolah rendah dan menengah aku senang kawan dengan budak laki.
Abes spm, sambung diploma. Kat sini aku berubah sebab sorang budak lelaki. Dia budak surau la kiranya. Sebab dia aku jadi introvert. Niat dia baik sebenarnya.
Masa degree aku join persatuan. Masa ni aku jadi diri aku balik. Kawan baik dengan lelaki.
Masa degree umur aku dah 22. Aku rasa baru nak open for love gitchuuu..
Aku ramai jugak kawan perempuan. Naluri kewanitaan tu dah mula kot. Hahaha.
Aku kawan baik dengan sorang budak laki. Kire die first love aku la. Aku happy sebab die macam positif. Aku grad dulu. Setahun lepas tu baru die grad.
Hari graduasi dia tu titik permulaan. Barulah aku sedar selama ni aku hanya bertepuk sebelah tangan. Dia kawan baik dengan aku sebab die kesiankan aku. Bukan sebab dia sayang aku.
Pedih sangat. Benda yang paling buat aku sakit sebab dia cakap die menyesal sebab bawak aku jumpa keluarga dia terlalu awal. Terasa hilang maruah diri aku. 2 tahun aku jadi introvert.
Aku menyalahkan diri aku atas semua yang jadi.
Dalam tempoh tu aku selalu stalk dia. Amek tahu perkembangan dia. Stalk status whatsapp semua. Move on? Aku cuba lupakan semua tu, tapi tak mampu
Birthday dia bulan June. Aku stalk dia. Aku stalk instagram anak buah dia. Anak buah dia wish moga urusan dia dipermudahkan. Aku tengok status whatsapp dia. Dia tulis ‘semoga dia jodohku’.
Betapa aku masih mengharapkan dia. Aku berdoa yang dia akan datang jumpa aku. Aku menidakkan kewarasan akal berfikir.
Dua bulan lepas tu, aku stalk lagi. Dan betapa hancurnya hati bila melihat gambarnya di jinjang pelaminan bersama seorang wanita cantik.
Aku mula cuba berkawan. Mencari seorang teman istimewa. Tapi aku tak berjaya.
Perkenalan aku dengan lelaki semuanya akan berakhir dengan perpisahan. Aku jadi trauma. Takut yang sangat akan perpisahan. Semakin hari, aku semakin sakit. Hati aku semakin bertambah lukanya.
Lagi2 bila aku di tinggalkan tanpa sebarang alasan.
Setelah tiga tahun, aku buka hati untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang 8 tahun beza umur dengan aku. Dengan harapan dia matang dan hubungan itu akan berpanjangan.
Rupanya panas tak sampai ke petang. Setelah setahun setengah berhubungan, kami putus. Kerana kecurangannya. Aku semakin sakit.
Aku ambil keputusan berhijrah ke bandar. Dengan harapan untuk mulakan hidup baru. Tinggalkn segala duka lama.
Harapan tinggal harapan. Aku tak tahu di mana silap diri aku. Aku mencari kawan untuk aku bertemanan. Bukan untuk bercinta.
Aku sudah tiada rasa untuk berkahwin.
Episod lama berulang lagi.
Aku berkawan dengan seseorang. Tapi lepas perjumpaan pertama, dia undur diri. Tak mahu berkawan lagi. Aku terus menyalahkan diri.
Orang tak nak kerana aku perempuan gemok, hodoh. Aku semakin terperosok dalam hidupku. Aku lemas!
Aku masih berusaha untuk bangkit. Masih mencari kawan baik wanita atau lelaki.
Atas sifat introvert aku, aku jadi tak tau bagaimana cara untuk mencari kawan. Aku mencari kawan hanya melalui media sosial.
Satu peristiwa besar terjadi dalam hidupku.
Aku dikhianati oleh seorang kawan. Aku membantunya untuk dia menyelesaikan satu masalah. Tapi akhirnya diri aku terjerat.
Aku memperjudikan hidupku, kebahagiaanku tanpa aku sedari. Dan kerana peristiwa itu, segalanya musnah. Aku semakin hilang diri. Aku jadi semakin benci diri. Aku menjadi depresi.
Pkp 1.0 terjadi. Syukur Allah beri aku peluang hidup bersama keluarga. Ibu ayah menjadi kekuatan.
Aku harus tunjuk aku okey tiada masalah. Walaupun mereka tahu akan hal itu. Aku pendam segala sakit sendiri. Aku terpaksa kerja lebih.
Hampir setahun aku hidup dalam depresi. Salahkan diri sentiasa. Srtiap masa.
Akhirnya aku kembali bekerja di tempat baru.
Kawan opis kenalkan aku dengan seseorang. Dia kaunselor. Sedikit sebanyak dapat bantu aku untuk bangkit.
Aku cuba keluar dari hidup kelam itu. Aku berkenalan dengan seseorang. Aku jadi bersemangat. Sebab aku boleh buat hobi aku. Kegemaran aku. Aku menyertai dia dan kumpulannya.
Aku rasa selesa dengannya. Berkongsi rasa masalah. Mendapatkan nasihat dan pandangan. Aku jadi serasi. Aku semakin bersemangat kerana aku dapat pinjam sedikit kekuatan dari dia.
Aku ubah diri aku. Aku jadi diri baru.
Tapi entah di mana silapnya. Dan aku pasti semuanya salah aku. Persahabatan aku dengannya terputus. Aku jadi sedih kembali.
Aku cuba teruskan perubahan positif pada diri aku. Aku kuatkan semangat. Aku teruskn hidup seperti biasa.
Tapi oleh kerana terkurung lagi sebab pkp, aku jadi banyak bersendiri. Aku jadi murung lagi.
Dan sekarang aku sedar yang aku sudah mulai kehilangan minat dalam hidup. Aku dah tak boleh nak buat keputusan untuk diri aku. Aku jadi paranoid. Jadi sangsi pada diri sendiri.
Aku jadi semakin tertutup dan terperosok dalam kehidupan sendri. Melihat kebahagiaan orang lain buat aku jadi lebih kasihan pada diri sendri.
Aku tak tahu sama ada sifat empati itu bagus atau tak sebenarnya. Tapi yang aku pasti, kerana sikap aku itu, akhirnya memakan diri.
Banyak episod sedih dalam hidup aku terjadi sebab sikap empati aku yang tak bertepi.
Aku terlalu penat.. aku kehilangan punca.
Aku kehilangan minat dalam hidup ini.
Aku tak tahu. Aku hanya teruskan hidup ini seadanya. Tanpa sebarang harapan.
Senyum dan tawa bukan datang dari hati.
Semuanya hanyalah topeng yang menyeri hari.
Aku berharap satu hari nanti akan muncul satu sinar cahaya yang akan menerangi jalan hidupku yang kelam ini. Yang akan membawa aku menuju bahagia abadi.
Aku terima seadanya. Aku dah penat.
Caci maki? Aku terima.
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit