Assalamualaikum. Sekadar nak bercerita realiti sebenar budak agama sekarang supaya korang tak terlalu mudah terpedaya dan taksub dengan hafiz-hafizah yang suka menunggang agama.
Memandangkan aku juga berada dalam circle ni, meh nak spill the tea sikit dark side of hafiz & hafizah. Seperti yang korang semua tahu, bukan mudah nak jadi penghafaz al-Quran ni. Kita semua kalau dengar je hafiz & hafizah ni, kita terus respect dan kagum dengan mereka. Tapi kita kena faham, mereka juga manusia yang ada nafsu.
Kebanyakan hafiz & hafizah ni bukanlah dari keluarga yang betul-betul warak pun. Kalau family pun memang warak dan strict bab pergaulan bebas, insya-Allah hafiz & hafizah tersebut juga akan terjaga dan terpelihara.
Tapi kebanyakan keluarga mereka sendiri pun memang sosial dan bebas, jadi bayangkan, kalau semasa di madrasah dan pondok anak-anak tahfiz ni terjaga, tapi apabila pulang ke rumah, mereka terdedah kepada pelbagai anasir negatif.
Jadi siapa nak dipersalahkan? Ustaz-ustaz di pondok dah didik sehabis baik supaya jadi hafiz & hafizah yang menjaga kesucian agama, tapi end up family sendiri pergi cemarkan balik anak-anak mereka.
Ibu bapa zaman sekarang hantar anak untuk jadi hafiz & hafizah dengan harapan anak tu nanti boleh heret mereka masuk syurga. Tapi ingat mudah ke nak jaga hafazan tu sampai ke mati? Dengan dunia yang penuh mehnah dan ujian ni, tak semua orang kuat dengan godaan dunia.
Balik rumah je ada macam-macam ujian dunia yang menggoda iman. Dapat keluarga jenis pakaian pun tak ikut syariat, berhibur berkaraoke, selalu ke tempat yang terdedah aurat, macam mana tak rosak anak-anak hafiz & hafizah ni. Jika di tahfiz pandangan terjaga, tapi keluar je tahfiz, bersepah perempuan seksi.
Kadang-kadang keluarga tu dah cukup baik, tapi anak-anak tahfiz ni sendiri yang tak kuat iman. Masa di pondok, madrasah atau tahfiz, mereka 24 jam ingat Allah. Tapi balik je rumah, mereka dah dapat phone. Masa ni rasa ingin tahu berkobar-kobar untuk mencari yang haram hingga akhirnya terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya.
Seperkara lagi, mereka yang hafaz Quran ni ada juga yang dipaksa oleh keluarga. Bukan kerelaan sendiri. Kalau hati tak berapa ikhlas mengaji agama, end up ilmu tu akan ditinggalkan slow slow sehingga terbabas dengan tipu daya dunia.
Ada ramai sahabat hafizah aku yang hafaz 30 juzuk. Ketika di pondok dan madrasah sentiasa berjilbab labuh ke paras sikut, selalu pakai handsock dan stoking.
Sekarang lepas dah tinggalkan dunia madrasah, tudung dah makin singkat sehingga akhirnya, pakai tudung tu tak berapa nak ikhlas dah sampai nampak leher, lengan pun dah tersingsing sehingga ke siku, stoking pun entah ke mana. Itu budak hafizah 30 juzuk tau awak. Ada juga rare case yang akhirnya free hair.
Kalau citer bab hafiz 30 juzuk, dulu aurat terjaga, sekarang masing-masing dah pandai berseluar pendek, dah pandai hisap rokok dan vape, langsung hilang imej hafiz 30 juzuk. Itu belum cerita topik dating lagi. Siang malam duk usung anak dara orang. Langsung tak serupa macam hafiz 30 juzuk!
Jadi, ke mana perginya hafalan 30 juzuk itu? Adakah sekadar dihafal namun tidak difahami arahan dan larangan dalam al-Quran itu?
The real hafiz & hafizah sepatutnya akan menjaga aurat, pertuturan dan batasan mereka sesama ajnabi. The real hafiz & hafizah takkan sesekali normalize culture dating lelaki perempuan sehingga ke lewat malam. Tapi sayang, hafiz & hafizah zaman sekarang dah semakin kurang menjaga ikhtilat.
Jika di tahfiz menghafaz Al-Quran dan berjilbab labuh, malangnya keluar je tahfiz tudung terus bidang 45 dan siap video call dan on the phone dengan lelaki ajnabi tanpa hijab di kepala seolah-olah itu perkara biasa.
Ini realiti yang sering berlaku di sekeliling saya. Saya dah penat menegur. Mereka langsung tak endahkan. Maklumlah, orang tengah angau bercinta.
Menyedihkan. Saya hairan mengapa mak ayah zaman sekarang tak larang anak keluar malam? Lagi-lagi anak perempuan???
Boleh tak mak ayah ni jangan terlalu sporting dengan anak dan JANGAN TERLALU PERCAYA ANAK?? anak selalu menipu, even pelajar tahfiz sendiri pun ramai yang suka menipu mak ayah. Cakap nak jumpa kawan sama jantina padahal pergi menyundal dengan lawan jantina.
Meh saya reveal satu lagi kisah real. Hafiz 30 juzuk pun pernah berzina ya dengan hafizah jugak. Tapi semestinya aib mereka dijaga dan tiada orang luar tahu, hanya orang tertentu je tahu. Sedih ya, puncanya sebab pergaulan bebas.
Di tahfiz dan madrasah, pergaulan sangat dijaga. Lelaki dan perempuan tak boleh bercakap, pandang sesama sendiri pun dianggap dosa besar. Tapi di luar tahfiz, masya-Allah masing-masing jadi syaitan.
Inilah ujian untuk orang beragama, mereka diuji dengan nafsu. Sebab tu saya nak bagitau, jangan terkejut dengan berita tentang ustaz penzina, ustaz pencabul, ustaz perogol… kerana mereka juga manusia, mereka bukan malaikat !!!
Kes zina sesama hafiz hafizah bukan cerita rare dah zaman sekarang, dengan aplikasi Tiktok sekarang sehingga hafizah juga dah reti bergelek di Tiktok selalu buat live sampai hilang rasa malu.
Bagi saya, aplikasi Tiktok sekarang banyak menjahanamkan anak bangsa. Anak gadis semakin hilang rasa malu, mereka sanggup buat apa saje demi duit. Maklumlah zaman sekarang semuanya memerlukan duit dan kesesakan hidup juga menjadi punca tergadainya maruah anak gadis sekarang.
Itu belum cerita akaun dark side di Twitter lagi. Anak gadis hafizah pun tak terkecuali daripada ujian sebegini. Sedih sangat mengenangkan anak-anak hafiz & hafizah zaman sekarang. Mereka suci ketika di tahfiz, tapi selepas keluar je tahfiz, mereka culture shock.
Biasanya, culture shock bermula selepas mereka mula bekerja dan bergaul dengan kebanyakan orang. Masa ni, mereka baru nak mulakan hidup. Dah mula ada rasa nak cuba sesuatu yang baru dan baru nak start life adventure.
Maklumlah, sepanjang di tahfiz mereka terkongkong dan dikawal. Masa dah belajar di universiti atau masa bekerja ni lah ada yang baru berjinak-jinak nak rasa vape, baru nak merasa bercinta sehingga akhirnya rebah ke tandas, dalam kereta atau ke bilik hotel murah.
Jika nak dicegah isu masalah sosial, sudah semestinya takde solusi lain lagi. Zaman sekarang, hantar anak ke tahfiz pun dah takde jaminan anak-anak tu akan suci lagi. Peranan paling besar untuk menjaga anak-anak zaman sekarang ialah IBU BAPA tu sendiri.
Saya menyeru kepada semua ibu bapa, atau bakal ibu dan bapa, tolonglah… tolong sentiasa nasihat anak supaya menjaga maruah diri, jangan biarkan anak bebas keluar.. baik lelaki, mahupun perempuan, tolonglah kongkong sedikit anak korang..
Lebih baik kawal mereka agar sentiasa dalam pantauan, daripada beri kebebasan sehingga meragut maruah mereka.. lelaki pun zaman sekarang tidak selamat, lelaki juga berpontensi jadi mangsa pedofilia dan gay.. jadi ibu bapa kena sentiasa menjadi sahabat rapat untuk anak…
Jadilah pendengar setia mereka supaya mereka takde rasa nak cari orang lain untuk berkongsi masalah… zaman sekarang bukan lagi zaman open minded untuk ibu bapa beri kebebasan kepada anak-anak… zaman sekarang ialah zaman ibu bapa can’t trust their kids anymore.. parents supposed to be aware and cautious with their kids..
Please… Saya merayu… Jagalah anak-anak supaya tak rebah dengan tipu daya dunia… Salam dunia akhir zaman.
– Tok Janggut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak silap kalau rasa dengan hafalan 30 juzuk boleh pelihara orang dari berbuat dosa/maksiat even worse sampai menjurus ke arah zina etc. dan berbalik kepada apa awak tulis ”dekat dalam madrasah terpelihara, kat luar culture shock” . sebenarnya peribadi sebenar seseorang tu ialah apabila dia di luar bukan kt dalam madrasah tu. dalam tu kita kena follow the rules, akhlak tu dibentuk based on regulation yg telah ditetapkan. bila kat luar, there’s no rules and regulation, semuanya berbalik kepada tepuk dada tanya iman masing2. sebab tu ramai je kat luar sana yg tak hafal pon 30 juzuk tu tapi mampu tak ”culture shock” pon & vice versa. Iman ni memang depend sejauh mana kita percaya dan menghayati agama tu, kalau memang tak hayati, even 30 juzuk + 1000 hadis pon takkan boleh ubah orang tu kalau memang dia tak pernah ada niat nak berubah pon. Memang tak dinafikan masuk sekolah agama/pondok/tahfiz ni bagus, tapi tak bermakna they’re saint. sebab tu kegagalan utama datang dari parents sendiri sebenarnya, anak umur 13-17 tu biarlah diorang dipantau depan mata dan akhlak parents yg jadi ikutan anak2, ni kalau parents pon hauk, apa dia expect anak boleh tiba2 jadi malaikat just bcs they sent them to tahfiz? no, the world doesnt work like that.