Hai Hai Masa Sihat, Bye Bye Bila Sakit!

Aku share cite ni korang jangan serius sangat ek, amek ikhtibar mana yang patut. Benda yang tak patut korang jangan follow.

Ni pengalaman hidup aku, memang tak sama laa perjalanan kehidupan hidup aku dengan orang lain. Nak kata drama swasta, katalah.

Hakak tak kesah! Masa menaip pun aku pening-pening lagi ha.

Aku dah takde mak ayah. Bila kawen, adik- beradik pun jauh. So masa bersalin anak pertama mak mentua yang ngasuh aku masa pantang.

Kena cakap alhamdulillah tau, mak mentua jaga sebab laki aku boleh cuti seminggu je untuk jaga aku. So aku dihantar berpantang ke kampung mentua.

Kira aku bersalin kat tanah air laki aku la. Masa suami ada, aku ok. Jadi tak okay bila suami dah balik kerja. Memang nightmare.

Mak mentua bertukar watak jadi mak tiri cinderella. Aku berpantang dalam keadaan yang tak menentu. Makan tak tentu arah, aku kena masak bubur sendiri.

Dengan sakit beranak tak abis lagi. Anak pun aku kene uruskan sendiri. Anak jaundis nak kene amek darah kat KK.

Aduh stress!!! Serik la!!!!

Tapi mentua dalam dia tak pedulikan aku tu, dia suruh aku pantang cara dia. Contohnya ikat anak batu lesung kat kaki aku. (Whattt!!!)

Dia kata bagi kaki aku rapat, dan tak bagi tidur mengiring sat gi poen aku senget dia kata. Tak leh tdo siang. Dah tu malam dah berjaga, siang tak tido. Aku ni apa?? Zombie pon tau.

Ye, memang giler. Bab yang merepek tu dia jaga aku. Tak bagi aku minum air.

Aku nangis mengadu kat suami, aku nak suami. Suami aku call mak dia, pas tu aku kena marah dengan mentua. Hp aku kena rampas. Aku terputus hubungan dengan dunia luar.

Anak pertama, takde pengalaman kena macam tu memang buat aku hilang akal.

Bila nurse datang rumah, mak mentua lepak sama so aku takde kesempatan nak mencur perasaan. Aku mengadu dekat kakak aku yang duduk jauh nun di utara sana guna tipon rumah.

Kantoi dengan mentua dia mengamok, telefon tu dia cabut simpan dalam bilik dia Aku tak larat nak cite details tapi apa yang berlaku belum sempat akak aku nak datang amek aku, aku kena darah tinggi sampai tak sedarkan diri.

Mulanya aku sakit kepala yang teruk, sebab aku berpantang sendiri takde orang assist , mak mentua buat dek jer bengkak susu sampai demam. Anak keje menangis sebab aku tak mampu nak uruskan anak sendiri.

Diri sendiri pun tak terdaya. Mak mentua marah-marah bukan nak tolong jaga anak kata anak aku kuat menangis.

Laki aku plak tak nak listen, percaya sangat kat mak dia, konon jaga aku elok. Aku tak sabar nak tunggu hari jumaat tunggu suami balik jenguk aku.

Aku koyak teruk!!! Aku mandi je air sejuk sebab pantang sendiri. Sebabkan aku lasak-lasak, luka jahitan poen aku terbuka rupanya.

Patutlaaa sakit macam malaikat maut nak cabut nyawa aku. Gerak sikit jer sakit!!!

Hari aku pengsan tu mula dengan sakit dada sukar nak bernafas. Kaki dah mula bengkak. Aku ibu muda mana nak tau kena tinggikan kaki dengan bantal. Sedar-sedar je kat hospital. Pandangan aku kabur, aku kena minor strok.

So tuan-tuan dan puan-puan, semasa berpantang dalam proses recovery lepas bersalin tu amatlah kritikal bagi ibu lepas bersalin, jangan pandang ringan.

Kami stress dengan luka di bawah jahit luar dalam, hormon upside down, mula-mula stress susu tak keluar.

Lepas tu stress susu melimpah ruah sampai sakit urat belikat, nenen jadi keras macam batu. Nak angkat tangan pun sakit sampai demam-demam. Tolonglah hargai wanita. Please!!!

Aku tak sedar diri 3 hari. Memang kritikal, tapi hayat aku panjang lagi. Lama juga warded adalah 8 hari untuk pantau tekanan darah.

Akak aku minta izin nak jaga aku, bawa balik kampung. Alhamdulillah, aku dijaga dengan baik. Bawa urut, macam-macam akak aku usahakan. Terima kasih kak. Mentua aku buat muka tak puas hati.

Mak mentua aku cakap pompuan afrika tu takde spital semua boleh jer hidup. Lepas beranak balik rumah jalan kaki jer kata dia Yang ko mengada sangat kenapa???

Sebabkan masa tu aku lemah lagi, aku jawab jer dalam hati, masalahnya aku keturunan makan belacan bukannya dari uganda ka, afrika ka!

Wakanda tu lain la. Sedap jer ek kalau menyandang jawatan mak mentua ni nak hamburkan kata-kata ikut dan dia jer. Allahuakbar takbir!!! aku dalam hati.

Akak aku dengar, terus akak aku mengamuk. Dengan laki aku kena bahasa dengan akak aku. Mulanya mereka dan keluarga mereka tak bagi bawa balik baby sekali, dah akak aku berkeras juga, suami aku lepaskan.

Ni bukan cerita tamil ye, aku yang hadap drama gini. Tapi sebab akak aku ada, memang aku bagi dia settlekan je

Aku masih lemah lagi masa tu.

So di sinilah bermulanya lagi toxic hubungan kami laki bini. aku tak larat nak cita bab ni, aku ringkaskan je la ek.

Sekarang ni aku dah ada anak 3, tapi dengan suami pertama aku dah cerai.

Ye, kami bercerai lepas aku kena serangan strok kali ke-2 yang menyebabkan aku tak berupaya menguruskan diri sendiri dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Kan dalam masyarakat kita isteri tu kena sempurna, kerja rumah kena buat layan suami, ngasuh anak semua kena tapau sekali walaupun kita juga kerja bantu sumbangan untuk ekonomi keluarga.

La ni aku dah kawen baru, setakat ni alhamdulillah suami banyak bagi moral support dan banyak bantu dalam urusan rumah tangga, kami sama-sama.

Syukur alhamdulillah dia terima anak-anak aku layan macam anak sendiri.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk suamiku dalam menjalankan amanah Allah beri, luaskan pintu rezeki buat suamiku yang menerima diri ini seadanya banyak kekurangan.

– Kiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *