Salam semua. perkenalkan sebagai Kak Berry. First time nak meluahkan cuma sekadar nak berkongsi rasa.
Aku ada 5 orang anak. Dah besar besar pun. No 1 dan 3 dah habis ijazah dan diploma. No 2 anak aku oku masalah pembelajaran dan psikosis. Tapi yang ni mild sahaja simptomnya.
Aku boleh jaga dia dirumah asalkan dia makan ubat teratur. Yang masih bersekolah 2 orang je lagi. Sorang sekolah menengah dan sorang lagi sekolah rendah.
Apa yang nak aku ceritakan perihal anak bongsuku di sekolah rendah. Anak aku yang ni saiznya memang kecil. Darjah 4 tapi fizikal kalau orang tengok mesti sangka dia baru pra sekolah atau darjah 1. Seorang anak yang baik, kelakar dan sangat proaktif.
Anak anak aku yang lain tempuhi kesusahan hidup, banyak kali tak cukup belanja sekolah dan duit minyak kereta. Banyak kali terpaksa ponteng sekolah kerana kami miskin bandar.
Apapun dalam kesukaran kami suami isteri telah berjaya tempuhi masa sukar sekolahkan anak anak kami sampai masuk universiti.
Anak oku masalah pembelajaran tu pun tiada masalah apa sangat kerana tidak mengganggu kehidupan malahan dia ada elaun pekerja cacat setiap bulan. Cukup lah untuk belanja diri dia.
Anak no 1 dan 3 yang dah habis belajar pun dah mulakan hidup mereka sendiri. Apa yang kami fokuskan cuma 2 anak yang masih bersekolah.
Alhamdulillah. Aku punyai keluarga yang bahagia. Suami bertanggungjawab serta anak anak yang baik dan hubungan kami sekeluarga sangat lah sempurna dalam kesederhanaan.
Cuma satu hal ni buat aku rasa kesian kat anak bongsu. Aku namakan dia Biru. Biru ni dari pra sekolah tak banyak hal. Dia seorang pemalu dan agak ketinggalan dari kawan kawannya.
Aku perhatikan dia sedikit susah nak bercampur dengan kawan kawan. Mungkin kerana dia dari bandar yang sentiasa duduk dalam rumah.
Ops lupa nak bagitau. Aku dan suami berpindah dari kawasan bandar ke kampung untuk ubah hidup. Alhamdulillah.. Lepas hijrah ke kampung hidup kami agak sempurna sebab di kampung kos tidaklah tinggi mana.
Maka kami ada lebihan wang. Berbalik pada Biru, dia ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana di kampung yang mana anak anak kampung lebih lasak, agak kasar dan bebas.
Si Biru jenis banyak duduk dalam rumah maka di sekolah dia banyak diam dan tidak menonjol.
Apabila sedar keadaan itu aku membina jalinan dengan sekolah. Berbaik dengan guru guru Biru. Aku jadi AJK PIBG sekolah. Apa apa aktiviti di sekolah aku join. Dari situ cikgu akan mudah ambik perhatian pada anak aku. Dan benar, Biru mulai berani menonjol.
Banyak pertandingan di peringkat sekolah Biru masuk dan menang. Biru bertukar dari gadis kecil yang pendiam kepada gadis kecil yang yakin pada diri sendiri dan sentiasa optimis. Biru juga selalu bantu kawan kawan dan belanja kawan kawan.
Biru jadi rebutan kawan. Dari sini lah Biru mulai punyai bff. Bff Biru kunamakan Merah. Merah anak yang baik dari keluarga yang agak susah. Kehidupan Merah seperti kehidupan anak pertama aku. Susah dan ada adik adik masih kecil.
Biru memang rapat dengan Merah. Apa sahaja Biru beli kat kedai Biru akan belikan untuk Merah juga. Pernah sekali cikgu minta murid kelas Biru belikan pensil warna jenama swan sebab warnanya kuat.
Cikgu tak nak murid guna pensil warna yang pudar nanti tangan murid lenguh mewarna. Biru minta kami belikan untuk Merah juga. Ya. aku tak kesah pun sebab aku juga sukakan Merah yang baik dan bijak serta pandai bawak diri.
Begitulah hidup Biru dan Merah. Sangat rapat. Aku juga bekalkan makanan buat Biru di sekolah. Biru hanya akan makan sekiranya Merah turut makan bersama bekalan yang dia bawa.
Memang aku buatkan makanan tu berlebih supaya mereka bole berkongsi. Merah selalu beritahu Biru ayahnya selalu tak dapat beri duit belanja.
Aku yang mendengar dari Biru turut berasa simpati. Aku teringat masa kakak dan abang Biru dulu. Begitulah hidup kami dahulu. Sebab itu aku selalu titipkan duit belanja rm2 kepada Merah sebagai tambahan duit belanja.
Hari hari kuberikan duit belanja Merah melalui Biru. Aku bahagia melihat mereka akrab. Aku juga rasa bahagia bila dapat tolong Merah merasai indahnya dunia kanak kanak mereka.
Bulan berganti tahun. Mereka makin membesar. Dari umur 5 tahun Biru dan Merah sering bersama. Merah banyak mendahului Biru dalam serba serbi.
Merah memang punyai bakat pemimpin dan dia budak yang tinggi keyakinan diri. Maka tak hairan lah Merah juga banyak mencuri tumpuan guru guru.
Biru sentiasa menyokong Merah. Anak aku ni tak ada rasa dipinggirkan pun malah sentiasa memuji Merah. Aku selalu tersenyum mendengar cerita Biru berkenaan Merah di sekolah. Aku jadi sayang kat Merah.
Persahabatan mereka menuju puncak masa PKP. Biru dan Merah tidak dapat bersua masa PKP.
Kebetulan kami pula mendapat rezeki rumah. Kami berpindah jauh dari kampung Merah. Biru tak dapat jumpa Merah. Nak berhubung pun kadang2 Merah tak ada line sebab tak isi topup telefon bimbit.
Biru rindu sangat dengan Merah. Ada jugak kami seludup Biru untuk berjumpa. Masa tu dalam kereta cuma boleh 2 orang saja. Kami kesian kat Biru rindu sangat kat Merah. 2-3 kali kami curi curi bawakkan Biru jumpa Merah. Seronok diorang.
Sehinggalah satu hari.. Aku baca status mak Merah berunsur sindiran seolah olah tuju pada Biru. Aku bertanya apa maksud status wasap tersebut.
Ibu Merah bagitau Merah terasa dengan Biru bila Biru bergurau gurau dalam chat antara mereka. Ok nak bagitau satu hal, dalam banyak matapelajaran Merah lemah BI. Biru anak aku boleh menguasai BI.
Jadi, bila Merah bertanya apa maksud perkataan BI ni… Biru bergurau..”apalah kau ni.. itu pun tak tau ke? macam katak bawah tempurung lah kamu ni Merah! “Dan anak aku Biru bagi emoji ketawa. Lepas tu Biru explain la maksud ayat BI yang Merah tanya tu.
Ikutkan habis la kan.. sebab masa aku baca conversation tu pun aku tak rasa apa apa pun. Gurau gurau bebudak la kan. Rupanya tidak bagi ibu Merah.
Berkali kali dia up status ‘terasa’ dengan gurauan Biru. Aku rasa pelik la kan. Sebab budak budak tak de apa apa. orang tua pulak yang lebih lebih.
Sampailah lepas tu Merah dah tak nak layan wasap Biru. Dalam masa yang sama di sekolah ada banyak pertandingan cikgu atur utk memeriahkan pdpr. Ramai yang masuk. Biru dan Merah juga selalu menang.
Sampailah subject bi ada pertandingan Biru dan Merah masuk. Tapi Biru dan Merah tak menang pun. Naik status dari mak Merah. Kononnya Biru kenapa tak menang? Sebab levelkan anak dia katak bawah tempurung. So.. Macam dia puas hati la Biru tak menang.
Aku terus bertanya apa masalah mak Merah ni kan. Sebab pada aku hal budak2 je. Kenapa nak masuk campur dan hasut ank dia. Tapi mak Merah cakap mulai hari tu dia tak bagi Merah berkawan dengan Biru. Aku ni pulak. What??
Hanya kerana gurauan Biru kata anak dia katak bawah tempurung. Mak Merah putuskan persahabatan anak anak kami. Biru sangat kecewa.
Aku pujuk dia nanti sek bukak kawan je balik. Tapi masa tu mana nak tau sekolah bole buka lagi ke tak. Biru banyak habiskan masa melukis gambar Merah bersama dia. Biru banyak tulis kad ucapan. Aku sedih sangat2 sebab kelaku mak Merah buatkan Biru bersedih.
Ouh ya nak bagitau perihal pertandingan BI tu. rupa rupanya ada 2 bahagian. 1 bahagian Biru tak menang sebab kategori lain. Minggu seterusnya Biru diumumkan pemenang pertama. Lepas dari tu mak Merah block aku.
Okey nak cerita lepas boleh ke sekolah pula. Biru dan Merah masih 1 kelas lagi. Aku dah pesan berkawan dengan semua orang.
Dari yang aku tengok Merah memang tak nak bertegur sapa dah dengan Biru. Mujurlah Biru dah ku kaunselingkan baik baik. Maka Biru berkawanlah dengan kawan kawan yang lain.
Biru seorang pemurah. Kalau dia ke kedai ada saja yang dia belikan untuk kawan kawan. Maka kawan kawan Biru seronok berkawan dengan dia.
Biru juga bangkit dari lena bila dia teruskan membina keyakinan diri. Biru banyak masuk pertandingan dan persembahan di sekolah.
Biru juga disukai guru guru. Merah tidak ketinggalan. sama sama bagus. Tapi….
Di kelas Merah mulai bertegur dengan Biru. Biru sambut baik. Mereka mulai berkawan semula. Tapi Merah awal awal dah bagi amaran supaya mak Merah tak tahu mereka berkawan semula.
Biru setuju. Biru pun mula lah berbaik semula. Aku juga gembira sebab aku memang tak ajar anak bermusuh.
Alhamdulillah. Biru selalu bagi hadiah kat Merah. Merah selalu juga minta alatulis Biru. Biru akan bagi walaupun barang kesayangannya.
Aku tahu semua ni tapi aku tak kesah pun. Persahabatan lebih penting. Asalkan Biru bahagia dengan kawan kawannya. Tapi aku pesan kat Biru berkawan dengan semua orang. Bukan dengan Merah je.
Makin hari makin berlumba lumba Merah dan Biru dlm akademik dan pertandingan di sekolah. Dua dua punyai bakat yang menonjol tapi tak dinafikan Merah lebih menonjol. Biru juga selalu sokong Merah. Cuma kebelakangan ni Biru banyak buat persembahan di sekolah.
Biru juga masuk pertandinģan tanpa Merah. Merah rajin bertanya Biru apa lagi pertandingan yang Biru masuk. Biru jujur beritahu sekian sekian. Merah diam dan mulai menjauhkan diri.
Sejak Biru mulai masuk pertandingan Biru selalu mengadu barang dalam beg dia selalu hilang. Aku memarahi Biru kerana tak jaga barang dia. Kemuncaknye pula satu per satu buku teks Biru hilang. Aku rasa sesuatu tak betul. Aku minta campurtangan guru kelas.
Guru selidik pya selidik tiba tiba satu pagi semua buku teks yang hilang ada atas meja Biru. Biru gembira. Siapa yang jumpa buku teks Biru? Merah.
Merah jumpa buku tu kat mana? Dalam kabinet kelas. Walhal 2-3 hari cikgu dah selongkar setiap murid dan kelas. buku teks Biru tiada dalam kelas.
Tiba tiba satu pagi selepas cikgu ugut akan siasat betul betul pagi sepatutnya disiasat semua murid, buku tersebut dijumpai. 3 buah buku teks ye. bukan 1. Aku mulai tak sedap hati. Aku tak nak cakap apa apa yang negatif pada Biru. Aku tekankan pada Biru hati hati selalu.
Sehinggalah hari ini Biru balik ke sekolah dengan beg sekolahnye diconteng dengan marker pen. Biru tunjuk pada aku kesan contengan pada beg Biru yang baru beli ganti beg nya yang dah koyak. Allahu. Aku masih bertenang namun sekali lagi aku minta guru kelas campur tangan.
Aku bertanya berkali kali pada Biru siapa punya angkara. Biru yang lurus tidak dapat menjawab.
Baik. Ku tanya satu persatu apa yang berkaitan. Ada sesuatu yang ku bole kaitkan… Biru bercerita minggu ni Merah ada beli permanent marker pen warna hitam. Merah bangga cerita kat kawan dia beli marker pen baru.
Kedua. Kejadian beg Biru diconteng adalah semasa di makmal komputer di sekolah. Beg tidak bole dibawa masuk. Ku tanya siapa yang keluar lepas masuk makmal. Merah!! Kerana Merah ada latihan untuk pertandingan bercerita.
Aku terdiam. Moga apa yang bersarang di hatiku tidak benar.
Maaf sekadar ini coretan dari ku. Aku sebenarnya risau sebab anak anak ini hanya baru berumur 10 tahun. Ya darjah 4. Jauh lagi perjalanan mereka. Moga Allah selamatksn akhlak anak anak kita.
– Kak Berry (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit