Hai. Aku selalu buat post dan rant panjang-panjang kat status sendiri. Macam diari dah dibuatnya kadang tu.
Tapi since hari ni aku nak sembang pasal rambut, segan pula. Nanti kawan-kawan lelaki imagine lah pulak ek rambut kita macam mana, sedangkan aku nak bagi ilmu ni.
Aku ni gadis yang dilahirkan dengan rambut gerbang-gerbang. Rasa macam nak salahkan genetik mak ayah aku je, kenapalah bagi rambut macam ni.
Kalau curly macam Maggi cantik lagi. Ini frizzy tau. Yang keras kejung, macam penyapu lama tak tukar-tukar tu.
Nak kata lurus gila pun tak jugak. Tapi takde la kerinting teruk nau. Bolehlah dikategorikan lurus tapi sebab aku punya frizzy tu tak boleh nak bendung, kira ada ikal sikit lah.
Mujur belum kahwin lagi. Aku berharap la dapat suami rambut helokk sikit supaya keturunan aku tu, takde la mendapat rambut aku yang teruk nau ni. Haha.
Rasa insecure juga, matilah kalau kahwin suami tengok rambut tahap mak lampir ni. Uhukk. Mungkin mak aku terkenan mak lampir kot, kot time mengandung tengok cerita tu.
Anyhow. Sorry. Back to the topic. Since rambut aku macam ni, aku ni mengamal tegar rebonding tau. Dari zaman uni lagi. Guna duit kerajaan. Ampun maap.
Zaman U je pon aku start bela rambut panjang sebab zaman sekolah acah2 oppa tomboy gituh.
Rambut ghope mak lampir, tapi berangan nak rambut panjang. So ceritanya rebonding la kan.
Selain dari rebonding, ada teknik baru nak up. Namanya keratin treatment. Sama je macam rebonding effect dia. Tapi keratin ni katanya nourish the hair la.
Rebonding kan, kalau tak pandai jaga memang rosak habis rambut. Baru-baru ni aku try la keratin ni pulak. Keratin lagi mahal dari rebond pun, dah koje kann, acah-acah better option konon.
Korang google la sendiri keratin treatment vs rebonding ni. Nak lagi power, keratin treatment vs rebonding vs hair relaxing. Hah.
Tapi, tahukah anda bahawa bahan kimia yang terdapat dalam treatment hair straightening ni kebanyakannya mempunyai formaldehyde?
Aku baru tahu ni sebab google. Haha.
Saintis di National Institutes of Health mendapati bahawa wanita yang menggunakan permanent hair dye atau chemical hair straightener mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser payudara?
Yaaa sungguh menyeramkan bunyinya yah. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku rasa aku sangat sensitif dengan formaldehyde ni.
Sebab apa aku kata sensitif? Dah dua kali sebenarnya aku operate payudara aku. Maybe jugak lah hormon yang sensitif ke apa kan bab-bab ketumbuhan ni.
Kali pertama sebab breast cyst. Kecik2 je. Kali kedua, 5 tahun selepas itu, aku kena phyllodes tumor.
Aih sikit lagi mak nak hilang aset youolls. Hati dah ingat kubur memanjang dah, sebab fikirkan kanser. Memang buat biopsy semua.
So since aku ni macam, sangat la prone kepada ketumbuhan semua ni, doktor dah jadikan aku pesakit tetap dan berpencen dia lah. Untuk monitor aku dari kanser ataupun apa-apa possible ketumbuhan di masa hadapan.
So persoalan aku sekarang, aku kena tumor banyak-banyak kali sebab terdedah formaldehyde ke? Wallahualam la kan, kena buat clinical test pula.
Tapi aku nak pesan la, kat saloon tu kan, kita main pergi je request nak treatment itu ini. Tak tanya pun produk tu ada apa, brand apa. Bayar beratus pula tu.
Ye betul untuk skill diorang. Tapi kita sebagai pengguna ada hak nak tahu tau.
Especially bahan kimia yang ada formaldehyde ni. Singapore best, dia wartakan, takde saloon boleh guna formaldehyde products. Kita ni awareness kurang sikit. Asal murah, made in china.
Better kalau nak buat tu pada aku la kan, korang bawak bahan kimia sendiri, cuba la cari formaldehyde free, itupun menipu kadang tu, macam krim mercury, pastu bawak ke saloon.
Aku dapat detect saloon aku tu guna barang formaldehyde sebab apa? Once dia letak kimia tu kat rambut, mata aku pedih, macam ada gas beracun gitu.
Pastu aku ni baik (dibaca: bo***), aku biar jela orang tu buat sampai habis. Patut dah ada irritation macam tu kan, kau sebagai customer cakap je, stop.
Aku siap pesan lagi, lain kali jangan guna kimia ni kat orang lain please. I jenis tak complain takpe, you dapat customer bising kuat complain, habis you. Balik dari treatment tu, kepala aku berdenyut, sakit kepala teramat weh.
Moody pulak jadinya. Maybe a lil bit shortness of breathe. Haa punya dahsyat la formaldehyde ni.
Ni last la kot aku nak ber keratin treatment. Sebab selama ni rebonding biasa ok je. Tu pun since malam ni aku baca pasal formaldehyde yang ada kat hair straightener cream ni, aku jadi, k seram.
Sekarang ni, aku perlu fikir option, macam mana aku nak selamatkan rambut frizzy aku tanpa barang formaldehyde. Aku cuma nak pesan kat korang je, beware. Be cautious about your products. Jangan jadi macam aku.
Rasanya tak berbaloi pulak kan kita nak korbankan diri kita semata-mata nak rambut lurus. Sama je cerita macam pakai krim Freddy Mercury. Dengan akhir kata, sayang tau diri korang. Dah bye. Salam.
– Miss Rambut Gerbang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit