Assalamualaikum,
“Yakin dengan ketentuan Tuhan”
Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada admin kerana telah membenarkan coretan aku yang dahulu di tahun lepas untuk dipublish.
Lama sudah rasanya aku tidak terpanggil untuk sekali lagi membuat coretan yang baharu, atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah ditakdirkan Tuhan aku kembali lagi mempunyai “rasa” untuk membuat coretan ini.
“HAJAR” nama isteri nabi Ibrahim as, nama seorang perempuan, nama seorang manusia yang boleh dikatakan pernah singgah di hati aku.
Bila dikatakan singgah itu tidak bermaksud hati aku telah tertutup, tetapi sejak kebelakangan ini aku lebih meluangkan masa membaca buku-buku yang berkaitan kehidupan yang bagi aku amat membantu dalam hidupku secara emosi dan rohani.
“Yakin dengan ketentuan Tuhan”, itulah ayat yang dia katakan pada aku* aku tak pasti ayat tu hanya sebagai alasan atau sebagai tanda untuk tidak mengharap*.
Pada mulanya itulah yang aku fikirkan, dengan sikit perasaan untuk mengerti dan sikit untuk ingin dimengertikan.
Di bulan Ramadhan lalu, semuanya berlaku dengan terlalu pantas sekelip mata sahaja. Dengan tiba-tiba hubungan kami dingin sedinginnya, hubungan persahabatan berasaskan janji *CINTA*.
Depresi?, kecewa?, rasa worthless? you name it! Tapi itu semua bergantung kepada kita untuk menanganinya, how? satu soalan yang bagus. First, bila aku kata kebelakangan ini aku kerap membaca buku itu salah satu method untuk kita kembangkan pemikiran kita.
HIDUPLAH UNTUK HARI INI, THE SUBTLE ART OF NOT GIVING A F*CK, itulah tajuk buku yang banyak membuka minda aku. Bukan untuk elakkan diri aku daripada berasa sedih semata-mata tapi lebih kepada muhasabah diri aku.
Biasakan diri kita untuk selalu muhasabah diri sentiasa lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak enak kerana disitulah kita tahu kelemah-kelemahan yang kita tidak sedari.
Kita manusia menganggap diri kita sentiasa betul itu lumrah, daripada situlah timbulnya ego, kemarahan yang melampau dan kedangkalan.
Aku bukan kaki buku atau pembaca tegar tetapi ada sesuatu perkara tu yang membuatkan kita termotivasi untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaan, dalam kes ni setelah hubungan aku dan dia mulai dingin.
Sesungguhnya masa tidak dapat diputarkan kembali, andai masa dapat diputarkan kembali aku ingin sekali menjadi lelaki yang pertama dapat mencuri hati dia.
Logiknya entahlah! aku pon tak tahu sebab ape aku nak jadi yang pertama dalam hati dia. Mungkin sebab dia pernah bagitau yang dulu ade seorang lelaki yang pernah membuatkan dia “berhati-hati” dalam permainan perasaan untuk yang seterusnya.
Aku tidak salahkan dia sedikitpon atas ape pon yang aku rasakan kerana ape yang aku rasakan adalah tanggungjawabku, bukan tanggungjawabnya.
Mungkin dia yang menjadikan aku berasa depress, kecewa atau worthless tetapi realitinya aku sendiri yang bertanggungjawab atas ape “reaksi” perasaan aku itu.
HAJAR*udara yang mesra*, aku google maksud perkataan tu tapi tiada makna yang spesifik atau khusus makna kata tersebut.
Kata kunci yang selalu keluar adalah nama bagi isteri nabi ibrahim as, cari punya cari kemudiannya ada makna yang tersirat yang membawa maksud udara yang mesra. zinggg!!! kepala otak yang tidak belajar tinggi ini mula berfikir setelah sekian lama tidak digunakan untuk berfikir.
Benarlah kalau difikirkan dia memang seperti udara yang mesra sesuai dengan namanya, sepanjang aku dan dia berkomunikasi *LDR* memang aku dapat rasakan sesuatu yang mesra lebih tepat lagi “udara yang mesra”.
maklumlah aku cuma bekerja sebagai kuli keluar pagi balik malam buat overtime dengan “menerima chat” dari dia je dah boleh memberikan aku satu hirupan udara yang segar*letih pon hilang la maksudnya*.
Jadi bayangkan lah bila udara itu hilang, yes! depresi, kecewa dan berasa worthless datang mengkonsumsi aku dengan lahapnya.
Kita kena tanya balik diri kita kenapa takdir Tuhan menentukan sedemikian rupa, bagi aku “yakin dengan ketentuan Tuhan” itulah keyword dia. Kunci kepada ‘solex’ anggapan aku diperenggan yang kedua di coretan ini.
Apa yang dia katakan benar! apa yang Tuhan tentukan itu adalah yang terbaik untuk hambanya kerana Tuhan sesekali tidak akan pernah menzalimi hambanya tetapi diri kita sendirilah yang menzalimi diri sendiri senada dengan doa nabi yunus as ketika di dalam perut ikan nun.
Aku mengaku banyak berlaku zalim kepada diri sendiri dan orang lain termasuk dia, bagi aku tidak ada istilah terlambat apetah lagi istilah “if i could turn time around” perkara yang terjadi telah terjadi dan perkara yang akan terjadi akan terjadi.
Kita sebagai manusia, sebagai manusia islam kena berpegang teguh kepada takdir Tuhan,
Ape yang berlaku atas kebenaran Tuhan untuk berlaku dan tugas kita hanyalah untuk berusaha dan berdoa menyerahkannya kepada Tuhan sekalian alam yang menggerakkan hati manusia atau membolak-balikkannya.
Ramai orang takut untuk berasa kecewa, depresi dan worthless, percayalah manusia yang sihat emosinya wajib merasa kecewa dan sebagainya.
Tiada kehidupan realiti manusia seperti cerita dongeng yang berakhir dengan ‘happily ever after” kita akan mengalami naik dan turunnya emosi sampai lah kita datang kembali kepada pencipta sekalian alam,
Namun sebagai manusia islam kita sentiasa kena berdoa untuk dimatikan di dalam keadaan yang baik, kerana tujuan kita bukanlah di dunia tetapi di negeri akhirat.
Salah satu punca kita sentiasa depresi, kecewa dan worthless antaranya kita terlalu memikirkan kebahagiaan di dunia ini, suatu pemikiran yang salah dan bila pemikiran salah maka secara automatik mendatangkan kesan buruk.
Diusia pertengahan 20an seperti aku yang baru hendak mengenal kejamnya dunia, helahnya “cinta” dan bermacam dugaan Tuhan mendatang amatlah penting kita memikirkan sesuatu yang mendatangkan faedah di hari yang mendatang.
Betul “dia” termasuk dalam list mase depan aku tetapi untuk dapat aku menandakan “rait’ pada kotak list tersebut aku terlebih dahulu perlukan persediaan dan usaha untuk diri aku sendiri biarpon kelihatan samar-samar.
Kena reject? tu perlu dalam kehidupan, ragu-ragu? ITU UJIAN!. “Rejection is a part of any man’s life. If you can’t accept and move past rejection or at least use it as writing material you’re not a real man” *jiraiya*.
Terima kasih kepada iium confession, kepada HAJAR *udara yang mesra* teruskan berjalan kedepan jauh meninggalkan aku sebab aku jenis berjalan perlahan.
Jalan kita tidak mungkin sama kita bertemu pon mungkin sebab masing-masing berada di persimpangan jalan bertegur sapa kemudian meneruskan perjalanan masing-masing macam yang sedang kita lalui sekarang.
Akhir kata yakinlah dengan ketentuan Tuhan, setiap masalah ade jalan penyelesaiannya dan kebolehan kita untuk menyelesaikan masalah lah adalah definisi kebahagiaan kerana hidup ini tidak pernah sunyi dengan masalah dan ujian. Assalamualaikum.
cc SITI HAJAR BINTI YAHAYA
– BeRockMatYeh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit