Terima kasih kalau cerita saya ni tersiar. Kebiasaanya cerita-cerita haji yang biasa kita dengar tetang susahnya Haji, bersesak- sesak, ramai, berebut tandas, panas dll. Dan biasanya keadaan ini berlaku kepada jemaah muassasah. Terutama kepada yang berusia.
Tetapi cerita saya kali ini ialah seronoknya menunaikan haji dengan selesa dan aman.
Saya bukan nak bagitahu yang saya kaya, saya adalah golongan T20 jadi senang la saya cakap. Bukan. Saya pun asal dari keluarga yang sangat susah. Berkat doa mak dan ayah insyaAllah saya dalam golongan T20 sekarang.
Saya menulis cerita ni hanya untuk mereka yang hendak rasa lebih selesa untuk menunaikan haji di tahun – tahun akan datang dan memberi semangat untuk kawan- kawan sekalian membuat simpanan yang lebih sikit untuk pergi menunaikan haji dengan lebih selesa.
Saya dengar ustazah Asma Harun cerita bagaimana bapa mertuanya mengikat perut mengumpul duit semata2 untuk menunaikan haji dahulu, bukan beli rumah atau kereta dulu, tapi tak salah untuk beli rumah atau kereta dulu.
Kalau ikutkan tahun saya pergi haji melalui tabung haji (TH) ialah 2075 masa tu dah mati kot sebab sekarang pun dah berumur 40 an.
Jadi saya ambil keputusan untuk menunaikan haji melalui pakej haji yang di bawah PJH (Pengelola Jemaah Haji) maksudnya syarikat swasta yang di iktiraf oleh TH.
Setelah daftar di PJH, selepas 2 minggu nama saya dan isteri tercalon sebagai jemaah rayuan haji tahun 2023. Alhamdulillah.
Pakej haji ada pelbagai harga mengikut pakej. Pakej saya yang tidak terlalu mahal dalam lingkungan 70-90k seorang (sebab ada lagi yang mahal sampai 150-200k)
Hotel dalam 50 meter dari dataran masjidil haram, jadi setiap waktu boleh pergi menunaikan solat berjemaah di masjidil Haram tapi kena pergi awal 1 jam.
Makan di hotel 3 kali sehari, makanan memang mewah, hari- hari makan nasi arab cuma bertukar binatangnya sahaja setiap hari. Buah-buahan yang pelbagai.
Jadi tak perlu bersesak-sesak nak pegi makan dekat restoran melayu/ indonesia yang harganya berlipat kali ganda dari Malaysia.
Jemaah Malaysia yang lain biasanya hotelnya dalam 300-600 meter dari Masjidil Haram,
Biasanya mereka akan berjemaah di masjidil haram waktu subuh, maghrib dan isyak sebab keadaan cuaca yang sangat panas, tidak di galakkan untuk datang berjemaah di masjid. Makanan pula di pack kan siap-siap.
Ibadat haji ni kemuncaknya adalah pada waktu wukuf di Arafah, Bermalam di Mina dan melontar. 5 hari yang sangat perlu kesabaran yang sangat maksimum dan syukur.
Tapi kami yang pergi pakej berbayar ni perlu bayar extra dalam RM 7-10 ribu (mengikut Pakej swasta masing-masing) untuk 5 hari ini.
Sewaktu di Arafah di beri tilam setiap orang, walaupun sempit tapi masih selesa, khemah yang sangat sejuk (berhawa dingin) di beri bantal dan selimut beserta comforter. Makanan secara buffet, dan tandas yang mencukupi.
Pengangkutan menggunakan bas yang telah di ‘charted’ oleh pihak travel.
Sewaktu bermabit di Muzdalifah, hanya lalu sahaja, walaupun sunat turun dan mengutip batu tetapi memandangkan 3-4 juta orang yang berada di situ pihak travel tidak menggalakkan kami untuk turun bermabit hanya sekadar lalu pun sudah mencukupi.
Selepas bermabit di Muzdalifah, kami balik ke Mekah untuk menunaikan Tawaf Haji Saie haji dan bertahallul. Jadi kami dah selesai tahallul awwal. Bebas dari 10 daripada 13 larangan, dan kami balik tidur di hotel di Mekah.
Kebiasaannya Jemaah haji lain akan terus ke Mina untuk bermalam 3 malam dan melontar.
Selepas itu baru di bawa balik ke Mekah dan melakukan tawaf dan saie. Biasanya waktu ini lah orang paling ramai di Mekah, setelah masing-masing telah melakukan bermabit di Mina dan melontar.
Agak tidak selesa untuk melakukan tawaf dan Saie bila terlalu ramai manusia sejagat di Mekah pada waktu itu.
Esok nya baru kami ke Mina untuk bermabit dan melontar di Jamarat Qubra dan bermabit hari ke 11,12 dan 13. Di Mina khemah kami hanya 350 meter dari Jamarat.
Biasanya jemaah Malaysia yang lain perlu berjalan ulang alik untuk pergi melontar dalam 7km, bayangkan jemaah yang berumur 60-70 tahun.
Di Mina juga di beli tilam yang tebal khemah yang sangat sejuk makanan yang bagi saya sangat mencukupi. Cuma tandas masih perlu menunggu giliran tapi pada saya masih selesa.
Setelah habis mengerjakan kerja-kerja haji, kami akan pergi ke Madinah untuk ziarah Rasulullah SAW.
Di madinah juga hotel dalam 45 meter dari dataran Masjid Nabawi. Bila azan saja masih sempat untuk pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi.
Tuan, saya bukan nak bangga diri dengan pakej yang mahal, tetapi saya berusaha mengumpul duit untuk pergi menunaikan fardhu Haji dengan selesa.
Saya juga bekerja dengan tulang empat kerat saya siang dan malam, salah kah saya memilih untuk pergi Haji dengan lebih selesa dengan bayaran yang agak mahal.
Doakan saya mendapat haji yang Mabrur.
Haji1444/2023
– Anum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah, seronok dengar pengalaman macam ni. Semoga kita semua diberi nikmat kesihatan dan kebaikan daripada Allah supaya dapat bekerja kuat untuk kumpul duit ke rumah Allah.. Aminnn
Apalah guna kalau ke Mekah tapi nak berselesa bagai macam melancong? Tak merasai langsung kesengsaraan yang Rasulullah lalui sanggup berkorban untuk ummat.
jangan mudah berburuk sangka puan, zaman kita lain zaman nabi lain. zaman nabi Allah uji senang laluan untuk ke syurga, zaman kita makin tinggi teknologi makin susah nak masuk syurga, contohnya macam puan mudah berburuk sangka. Setiap manusia inginkan keselesaan supaya hati ini tak berkata2 semasa mengerjakan ibadah haji tapi lain rezeki lain orang dapat. Baik sangka ya puan. Allah tu maha mengetahui.
Ya Allahhh…tolong doakan saya ya bgi mampu pergi dgn pakej yg selesa…
Saya baru balik dari mengerjakan ibadah umrah, masyaAllah nice sharing. Rasa terpanggil-panggil untuk get ready Haji pula, doakan saya ya! Betul tuan, tak salah untuk kita rasa selesa, mengikut kemampuan kita. Lagi pula, semua tu sudah Allah aturkan dengan cantik perjalanan Haji tuan. InsyaAllah, haji mabrur. Semoga kita semua dijemput menjadi tetamu HajiNya pula, amin ya mujib.
In Shaa Allah , suatu hari nnti sy nak tergolong dalam golongan T20 dan dapat pergi menunaikan haji dgn selesa, AMEEN
Saya jg pilih utk pegi haji melalui swasta (haji furada) sb tak sanggup tunggu giliran haji via THj. Fikirkan jika saya mati dgn keadaan mampu pegi haji (cuma tk dpt kuota je), Allah akan dakwa saya…masa tunai haji saya sudah pun 57 tahun. Alhamdullilah agak selesa dgn pakej yg sederhana dlm 30k.
Salam puan, pergi dengan pakej mana? Saya pun tgh survey utk pakej haji.
Terima kasih.