Hak?

Assalammualaikum. Dah berkali aku send confession kat sini tp kalini aku harap admin approve. confession lain tu takpe lah. Mohon hide identiti aku ye admin. Aku cuma nak berkongsi rasa dan nak minta tips dari mereka yang dah survive melalui masalah yang aku hadapi sekarang. Aku tahu, ramai diluar sana yang pernah rasa atau tengah hadap apa yang aku rasa sekarang.

Aku fresh graduate dr salah satu institusi yg ada kat Malaysia ni dan plan aku lepas habis praktikal aku nak kerja memandangkan course yang aku ambik ni agak laku kat pasaran.

Aku sambung study ni dgn cara apply sorok2 dr parent tau,lepas dapat surat tawaran barulah aku inform kat family yang aku nak sambung belajar sebab mentaliti parent aku macamni(jap aku crita) So ceritanya lepas habis praktikal,aku memang dah plan cantik lah nak kerja, ambik lesen kereta, beli kereta biasa2 yg secondhand pun takpe supaya senang nak bawak mak ayah aku jalan2, ke hospital since parent aku memang tak sihat.

Then aku nak renovate dapur rumah nak bagi mak aku selesa.Aku dah survey siap2 harga barang2 untuk renovate dapur tu sebab nak kira bajet awal2 so nanti aku tau la gaji aku tu mampu ke tak. Aku nak renovate dapur sebab mak aku ni suka masak & agak cerewet dgn masakan orang lain. Pernah aku dgn adik beradik tak bagi mak masak tp mak tersinggung sampai kata tangan dia kotor tu la kami taknak dia masak.Seriously, luluh hati doh tp biasala org tua memang sensitif kan.Aku dah set benda ni adalah impian selepas belajar dan harapan aku memang tinggi sangat untuk ‘impian kecil’ ni.

Okay dijadikan cerita aku dah beberapa bulan ni habis praktikal jadi aku pun mulakan misi mencari kerja.2 minggu lepas habis praktikal aku dah dapat offer kerja tapi ayah aku bagi alasan yang aku baru habis study so rehat dulu relax kat rumah. Aku akur dan teruskan misi mencari kerja dan adalah jugak dapat offer kerja tapi ayah aku still dengan alasan yang sama.

Aku bermonolog sendiri la mungkin ayah aku tak bagi aku kerja sebab semua offer yang aku dapat tu kat bandar. Sampailah aku dah tak tahan asyik duk rumah so aku apply lagi satu kerja ni,kerja pembantu rumah gais. Aku nak kerja tu sebab boleh balik setiap minggu sebab aku inform kat majikan yang parent aku tak sihat.Malam sebelum nak start kerja tu masa aku packing barang tetiba ayah aku ajak bincang. And guess what? Ayah aku tak bagi aku kerja. Ayah aku siap cakap kalau kau nak pergi aku memang tak izin, tp kalo kau pergi jugak ha pergilah tapi apa2 jadi kat aku nanti jangan menyesal. Kau agak apa respon aku masa tu?

Ayah aku kata selagi aku tak kawin tak sepatutnya aku keluar dari rumah ni. Aku bukan takde apply kerja yang dekat dengan rumah, tapi memang takde rezeki sebab aku tinggal kat kawasan kampung sangat2(hemm faham la ye maksud kampung sangat tu). Nak dapat kerja kedai pun mesti ada sedara mara yang kerja kat situ. Aku dah cuba tapi rezeki aku kat bandar.

Aku mintak ayah aku explain tapi ayah aku bagi alasan yang berubah-ubah. Kejap2 cakap nanti orang mengata aku kerja biasa2, nanti orang mengata ayah aku tak reti jaga anak,kat luar sana tu bahaya ramai penculik,nak aku duduk rumah je makan still cukup lagi,eh macam2 la sampai ada part tu aku geli hati kalau ingat balik.

Bayangkan dalam beberapa bulan ni berapa kerja aku tolak dari gaji 1k lebih sampai yang last tu gaji beratus je. Orang kampung asyik mengata aku ni memilih kerja nak jugak kerja ofis kerja gomen sedangkan org taktau pun apa aku hadap. Okay takpela telan je bulat2 org judge kau mcm mana……….(Ayat dah Lali)

Aku sedih sebab tak dapat capai apa yang aku impikan,apa yang aku nak.Ikutkan hati memang aku pergi je kerja tu tapi aku taknak buat satu benda tu tanpa restu orang tua sebab aku buat ni untuk dorang.

Aku tak tahan berada dalam zone yang macamni sebab makin lama aku jadi down.Aku adalah cuba bisnes online tapi aku tak boleh bertahan sbb aku rasa nak keluar dari zone yang aku hadap ni.Korang faham tak apa rasanya bila kita terpaksa buat & stay dengan benda yang kita langsung tak suka buat?

Dan sampai ke harini ayah aku tunjukkan tak kisah pun disebalik kesedihan aku sedangkan satu rumah tahu yang aku memendam rasa. Aku nak sangat diberi pilihan untuk buat benda yang aku suka dan support dr family tapi aku takde kuasa dan tak mampu nak tepis kedegilan ayah aku.Memang ayah aku nak anak2 dia ada kat depan mata dia je sampai semua adik beradik lepas kahwin pun tinggal dengan dorang. Kalau ada sorang anak dia jauh, ada je usaha ayah aku buat anak dia dekat kat dia balik sebab dulu akak aku dapat kerja gomen tp bertugas kat negeri lain.Ayah aku cepat2 kahwinkan akak aku dan suruh akak aku pindah tinggal dengan kitaorang.

Sekarang baru aku faham berapa ramai anak2 yang tertekan sebab terpaksa rela mengikut setiap arahan orang tua sedangkan orang tua tak pernah tanya pun kau nak apa dalam hidup ni? Suka ke tak buat tu?Berapa ramai anak2 yang tertekan kerana mengikut kehendak orang tua sebab nak jaga hati,maruah dan air muka orang tua untuk berdepan dengan masyarakat bila ditanya anak kerja apa dan buat apa.Sedangkan anak2 tak suka dan taknak pun buat tapi kalau tak ikut nanti tak berkat pulak. Kadang2 aku rasa benda2 mcm ni sesuatu yang bersifat ugutan dan menakut-nakutkan jiwa kita sebagai anak.

Boleh tak aku cakap yang ibu bapa seharusnya lebih bersikap percaya dan belajar melepaskan anak2 untuk buat pilihan sendiri dalam hidup.Percaya dengan kemampuan anak2 dan stoplah dengan mentaliti yang anak perempuan dibesarkan hanya untuk masuk dapur je.Zaman sekarang perempuan kena berdikari tau!

Bila aku mintak nasihat dr beberapa orang ni mereka bagi aku dalil pasal pintu keberkatan,pasal syurga bawah telapak kaki ibu dan ada yang kata jangan sampai nanti menyesal di kemudian hari.Eh aku nak tentukan pilihan hidup je bukan nak bunuh mak bapak aku atau nak jadi anak derhaka.Derhaka sangat ke bila kita menyuarakan hak kita sampai dilabel anak berdosa dan menyakiti hati ibu bapa.

Cikgu aku pernah cakap.Kau boleh abaikan impian kau sekarang,tapi percayalah lepas kau ada segalanya kau tetap akan rasa ada sesuatu yang tak lengkap.Nampak kecil je kan masalah aku? Tapi besar bagi aku yang mengharapkan kebebasan untuk tentukan jalan hidup ni. Ibarat orang mengandung yang mengidam,macam tu lah agaknya aku.

Maaflah kalau confession ni tunggang langgang kejap gitu kejap gini hmm aku tak reti mengarang tp nak jugak luah.

So bagi mereka yang dah survive melalui fasa yang aku hadap ni, apa cara korang ye nak move on dari rasa kecewa tu? macam mana pun aku confess kat sini hanya sekadar melegakan hati sekejap dan takkan mampu ubah keputusan ayah aku. Ayah aku tak boleh diubah, so aku lah yang kena mengalah ye dak? Tapi aku nak mengalah dengan hati yang betul2 ikhlas cuma aku tak tau caranya…..

-LESTARI-

– Yang ada impian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *