Assalamualaikum. Saya hendak confess, ini kisah benar dan saya sangat2 memerlukan bantuan dan pendapat dari netizen sangat2 dan saya ingin tau jika mereka boleh menuntut hak yang sepatutnya. Saya harap identiti saya disembunyikan dan confession saya ni akan saya tapis sikit yaa, tapi apapun kisah ni memang kisah nyata.
Okay, begini. Kawan saya ni seorang anak yatim piatu, aku namakan dia di sini An. Mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah. An ni suda bekerja, tapi hanya kerja biasa yang sekadar cukup makan sahaja. Gaji begitu sikit lah. yang penting gaji tu memang tak cukup untuk tanggung pembelanjaan adik2 dia.
Mereka sebenarnya mempunyai duit bantuan kerajaan. Akan tetapi, lepas kematian ayah mereka, bapa saudara mereka yang take over untuk mengendalikan duit bantuan kerajaan yang diberikan. Tapi yang bangsatnya, duit bantuan tersebut bukan digunakan untuk An n adik2nya sebaliknya bapa saudara mereka mengambil kesempatan menggunakan kesemua duit tu untuk kepentingannya. Satu sen lesap dan langsung tak diberikan kepada mereka adik beradik.
Setelah ibu mereka meninggal dunia, ayah dia pun start berubah. Langsung tak mengambil tahu akan hal ehwal anak2. Memberi duit satu sen apatah lagi. Pukul terajang menjadi sajian bila mereka meminta duit dari ayah mereka. Pada usia yang begitu muda, yang menanggung segala perbelanjaan adik2nya ialah An, yang merupakan abang sulung.
Ayah mereka pada semasa hayatnya pun tidak begitu peduli dengan mereka adik beradik, dan dia yang pada waktu masih setahun jagung berhumpas pulas mencari rezeki untuk makan, malahan sanggup mengemis. Makan minum mereka tidak terjaga. Keadaan mereka sangatlah daif. Ibarat kais pagi, makan pagi.
Dengan pakcik saudara mereka mengambil kesempatan memanfaatkan mereka untuk mendapatkan duit bantuan kerajaan yang sepatutnya menjadi milik mereka adik beradik. Kiranya, bapa saudara nya tu menggunakan mereka adik beradik untuk ambil duit tu semata bagi kepentingan diri sendiri.
Apabila ditanya, sama ada duit tersebut, dah masuk atau belum, bapa saudaranya tu mengelat kata kononnya bantuan belum masuk. Sudahnya dia kata belum masuk juga, tak kunjung tiba.
An ni yang terpaksa bersakit-sakit kerja awal usia untuk tanggung adik2. Senangkan pada umur yang begitu muda, dia sepatutnya berada di sekolah. Tapi in his case, no. Dia tak ada childhood memory. Dari kecil hidup menderita. Yelah, dengan ayah macam tu. Dengan bapa saudara yang jadi perompak kebas duit bantuan anak yatim. Makan duit haram anak yatim.
So, aku nak tanya pendapat, if ada siapa2 yang bekerja sebagai lawyer ke yang boleh bagi pandangan. Dalam kes mereka ni, boleh atau tak dibawa ke mahkamah untuk tuntut balik hak yang diorang tak dapat. An sekarang berumur 20 tahun. Adik2 dia masih bersekolah. Dan benda ni dah lama jadi.
Sejak duit bantuan dah habis, bapa saudara diorang tu pun dah tak ambil kisah lagi dengan diorang adik beradik. So dah terabai lah. Please please sangat aku memerlukan pendapat murni n jasa baik netizen untuk bantu mereka beradik yang kurang bernasib baik ni. Ataupun tak perlu heret ke mahkahmah, ada tak cara lain untuk bantu mereka ni? Please aku harap sangat bantuan dari warga malaysia.
Aku serius masa dengar cerita dia sangat2 touching. Dengan kesusahan hidup dia, dengan apa yang dia telah hadapi dari kecil. Sampai dia menangis, waktu tengah cerita. Imagine, lelaki menangis. Aku rasa dia dah capai limit tak boleh nak pendam dah kot.
Aku confess kat sini pun dia langsung tak tahu ni. Dan dia kata dia taknak buat apa2 pun pasal hak diorang yang dah diambil tu. Tapi aku kalau boleh nak buat something untuk dia juga. Sikit2 aku pun ada juga tolong2. Harap warga malaysia sudi tolong lah yer. InsyaaAllah.
Terima kasih in advance.
– DB (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit