
Bagi menggambarkan betapa panas dan bahangnya menanti perlawanan yang akan berlangsung sebentar lagi maka sebiji matahari ditimbulkan supaya menampakkan suasana yang penuh realistik dan tegang. Penonton ada di mana-mana. Jika kau terlambat memasuki stadium pada ketika itu, masih tidak terlewat kerana perlawanan seperti pada hari itu sebenarnya kau boleh tonton semula daripada yang lepas-lepas.