Salam..nama aku Kak Long..umur 30..dah berkahwin selama 2 tahun..tp masih belum dikuniakan zuriat..aku dan suami dah jumpa doktor..doktor sahkan suami aku normal..tp aku yang bermasalah..aku masih lagi dalam rawatan doktor dalam usaha untuk dapatkan anak..alhamdulillah..suami sangat memahami..masih setia memberi sokongan dan dorongan setiap kali aku gagal mengandung..tp sampai bila suami aku akan setia..aku tak tahu..bak kata Ude..dia dah tak ada apa2 perasaan pada Intan selepas 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 org anak..aku cuba untuk menerima sebarang kemungkinan yang mendatang..aku harap aku kuat..
Aku adalah anak mangsa kahwin poligami yang tak adil..aku anak sulung dari 7 org adik beradik..mak aku isteri pertama..abah aku kawin secara rahsia dengan isteri ke-2 masa aku umur 16 tahun..masa aku umur 18 tahun abah dan mak tiri terlibat dalam kemalangan..masa itu lah segalanya terbongkar..yang abah dah berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak..selama 2 tahun perkahwinan rahsia abah..mak tak pernah rasa curiga..sebab apa? Jawapan mak sama macam Intan..mak percayakan abah 100 peratus..mak tak bekerja..tugas mak jaga anak2..tp mak redha..mak ckp mungkin mak tak pandai jaga abah..mak ckp mungkin mak boleh jadi kawan dgn mak tiri..tp selepas semua terbongkar..hidup kami jadi huru hara..
Mak tiri mula mintak macam2..nk duit sama mcm mak dapat..nak rumah sama macam mak duduk..mak tiri bukan menumpang kasih..tapi merampas kasih..bayangkan mak dapat 1k sebulan untuk 7 org anak..tp mak tiri dapat 1k untuk sorg anak..adil ke? Mak tiri mula datang rumah kami..lagak macam mem besar..
Tak lama lepas tu aku dapat tawaran matrikulasi..aku tglkan adik2 dan mak kt rumah tu..banyak cerita tak sedap yang aku dengar tiap kali call mak..lepas tu aku berjaya tempatkan diri ke universiti tempatan yang berdekatan dengan kampung emak..jadi aku selalu balik rumah nenek dan atok..
Masa aku umur 20 tahun..aku balik rumah mak..esok nak raya..terjadi pergaduhan antara mak dengan abah..abah suruh mak balik raya kt kampung dengan anak2 naik bas..tapi abah tak bg duit..masa pergaduhan terjadi..abah ceraikan mak depan kami 7 org anak abah..tahun tu kami beraya di rumah tanpa abah..seminggu lepas tu aku kena balik uni..cuti dah habis..tapi aku tak sampai hati nak tglkan mak dan adik2..dengan duit PTPTN yang aku ada..aku beli tiket bas dan bawak mak dan adik2 aku balik kampung..masa tengah otw..aku dapat call dari atok..bgtau yang nenek dah meninggal..aku tak tahu ape perasaan mak..kena cerai dengan suami..mak tempat mengadu kasih pula pergi mengadap ilahi..kali terakhir dengar suara nenek masa hari raya pertama..nenek demam..nenek cakap nenek rindu cucu2 nenek..
Atok tempat mak mengadu..tempat kami menumpang kasih..aku tak tahu apa perasaan atok bila lebih kurang 20 tahun lepas..atok lepaskan mak untuk dinikahi..berharap lelaki itu dapat menjaga anak perempuannya seperti dia menjaganya bagai menatang minyak yang penuh..disia siakan hidupnya dan dipulangkan kepadanya semula dalam keadaan yang menyedihkan..
Tapi atok dah tua..atok tak mampu nak sara kami..mak bekerja sebagai cashier di pasaraya dengan gaji 700 sebulan..adik aku abg ngah masa tu umur baru 19 tahun..abg ngah kerja di kilang dengan gaji 700 sebulan..aku masa tu dah tak ada hati dah nak sambung belajar..tak sanggup nak biarkan mak dan abg ngah je kerja..aku hantar surat pada dekan untuk tangguh pengajian..tapi permohonan aku tak diluluskan sebab alasan tak kukuh..kerana aku ada PTPTN..berkat sokongan atok mak dan adik2..aku teruskan pengajian..tapi allah sebaik2 perancang..aku dapat kerja part time tiap hujung minggu di restoran..dengan gaji 300 sebulan..dapatlah aku buat tambah belanja untuk besarkan 5 org adik yang masih bersekolah..seksanya kami bekerja mencari duit dan menumpang di rumah atok dengan sindiran dari pak cik dan mak cik..hanya kami sahaja yang tahu..terima kasih buat pak cik dan mak cik yang memahami..yang banyak memberi nasihat dan bantuan..terima kasih juga buat pak cik dan mak cik yang menyindir..anda buat kami kenal siapa kawan..siapa lawan..anda buat kami lebih kuat..
Selapas aku tamat pengajian..aku dapat tawaran kerja sebagai executive di sebuah kilang dengan gaji 2k++..aku carikan sebuah rumah sewa..rumah flat 3 bilik untuk mak dan adik2..walaupun kecik..cukup buat kami bahagia..atok mmg sedih bila kami pindah keluar..tp atok paham..ini yang terbaik..tiap minggu kami akan datang ziarah atok..kadang2 atok datang rumah kami..dia bosan kat rumah sorang2..macam tulah rutin atok..sehinggalah atok hembuskan nafas terakhir..ibu hantar lauk ke rumah atok..tiba2 atok sesak nafas..bawa ke hospital..doktor sahkan atok dah tiada..nasib mak dtg..kalau tak mesti atok meninggal sorg kat rumah..pak cik dan mak cik yg suke sindir kami tumpang rumah atok dulu pn bukan nk balik tengok atok..walaupun kami menumpang tp kami jaga atok..
Bertahun berlalu..abg ngah dan abg lang bergabung buat bisnes construction..rezeki kak uda kawin dengan lelaki yang agak berada..kak uda dah ada sebuah salon dan spa..ada 4 org anak yang comel dan becok..kak teh dan kak chik dalam tahun 3 dan 1 bidang akaun..adik bongsu masih bersekolah..
Mak aku?mak skrg dah jadi mem besar..haha..goyang kaki..hari2 maraton drama tv..semua drama mak tgk..kalau rajin mak masak..kalau tak..mak beli je..lagi pun mak tinggal berdua dengan adik..mahgrib dan isyak mak abiskan di surau..hari minggu berjalan..
Abah?abah mengidap penyakit jantung yang kronik..selepas bisnes abah menemui jalan buntu dan diishtihar bankrup..mak tiri lari tinggalkan abah dan adik tiri..abah dah tak mampu bekerja..rumah yang abah beli untuk mak dan kami dulu dah kena lelong sebab abah dah tak mampu bayar..abah sewa rumah yang agak usang bersama adik tiri..abah jual air seringgit depan sekolah untuk tampung hidup abah dan adik tiri..abah datang jumpa kami minta maaf..aku benci masa abah dtg..aku tak nak jumpa abah lagi kalau boleh..
Mak maafkan abah..tapi mak tak boleh terima abah semula..mak minta kami maafkan abah..mak ckp..sebab abah kami jadi sabar dan kuat..hikmah kami dapat sekarang..kami berjaya..anggaplah ini harga yang abah kena bayar sebab nafikan hak kami sebagai anak dulu..tp mak tak nak kami ulang kesilapan yang sama..abah tangungjawab kami skrg..kami tak boleh jadi anak derhaka..atas nasihat mak..kami maafkan abah dan gilir2 ziarah abah dan hantar ke hospital..
Sehingga lah satu hari abah mesej abg ngah..mintak kami jaga adik tiri kalau apa2 berlaku pada abah..abah tak benarkan mak tiri ambil adik tiri..abg ngah tak sedap hati..call abah tapi abah tak angkat..abg ngah n abg lang pergi rumah abah..jumpa abah pengsan dalam bilik air..bawak abah ke hopital..doctor ckp abah koma dan tiada harapan lg..abg ngah mintak aku ambik adik tiri kat sekolah..bawak mak dan adik2 lain dtg tgk abah..
Lepas ambil adik tiri..aku nak ambil mak..aku dengar mak nangis dalam bilik..aku dengar mak doa..”aku dah maafkan dia ya allah..kalau kau ingin kan dia hidup lagi..kau sembuhkanlah dia..kalau kau ingin dia menghadapmu..kau ambillah dia..jangan seksa dia lagi”..aku tak tau apa perasaan mak..bila cinta dikhianati dan terpaksa harung hidup sendiri dengan anak2..yang aku tau..mak mungkin masih sayangkan abah..
Sampai di hospital..mak minta kami baca yassin..aku macam tak boleh terima abah dah nk pergi..aku rasa mcm baru je bermanja dengan abah..aku nk abah jadi wali bila aku kahwin nanti..aku minta adik tiri call mak tiri aku untuk maklumkan tentang abah..tp mak tiri tak percaya..dia ckp adik tiri berdrama untuk dapatkan duit dari dia..aku terkedu..selepas solat maghrib..abah pergi menghadap illahi..
Mak menagis..aku cuba pujuk mak..mak cakap mak syukur abah sempat dapat kemaafkan kami..abah pegi saat kami disisi..dengan mak..aku belajar perbuatan jahat perlu dibalas dengan doa..bukan dendam..Allah ada..biar Allah yang balas..
Lepas abah pergi..kami jumpa mak tiri untuk maklumkan amanat abah berkenaan adik tiri..lagipun mak mmg sedia nak jaga adik tiri..mak kata adik tiri tak salah apa..tanggungjawab kami jaga dia..mak tiri meraung minta maaf pada kami..menyesal tak sempat minta maaf dengan abah..tu la..kami bgtau tak nak percaya..
Mak tiri benarkan kami jaga adik..lepas mak tiri tinggalkan abah..mak tiri telah berkahwin dua kali..tp semua perkahwinan gagal..ditipu..hilang semua duit..dinafikan hak sebagai isteri..mcm2 jadi dalam hidup dia..mungkin ini harga yang dia kena bayar masa nafikan hak kami..
Semoga semua wanita yang menerima nasib yang sama macam mak..terus bangkit dan teruskan hidup..hikmah akan muncul suatu hari nnti
Kepada lelaki yang dah berubah kasih..jagalah tanggungjawab anda..kifarah tetap ade..cepat atau lambat sahaja..
– Kak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit