Hi semua,
Baru-baru ni saya ada baca confession mengenai confessor yang mengaku dia tak solat bila keluar bersama rakan-rakan.
Pelbagai pendapat telah diberikan oleh pembaca diruangan comment.
Saya ingin berkongsi kisah. Bukan untuk membuka aib siapa-siapa. Lebih kepada pemerhatian saya mengenai perkara ini.
Saya berusia 35 tahun. Merupakan seorang tenaga pengajar di kolej islam swasta sekitar Selangor. Saya mengajar anak-anak remaja yang berusia awal 20an.
Saya straight to the point. Memang berdasarkan pemerhatian mata kasar, sangat sedikit remaja perempuan yang menunaikan solat lebih lebih lagi sewaktu kelas berjalan. Bukan tuduhan melulu, tapi memang berlaku depan mata saya.
Saya ada satu kelas, yang waktu pembelajarannya agak panjang. Bermula dari 12.30pm dan berakhir jam 5pm. Kelas ini memang panjang sebab melibatkan penggunaan makmal.
Selalunya, dalam jam 3pm, saya akan stop kan kelas dalam 30 minit untuk memberi ruang pelajar dan saya untuk menunaikan solat zohor.
Tapi yang akan keluar ke surau hanya 2-3 orang sahaja. Kelas saya ada 17 perempuan. Dan 5 lelaki. Yang lelaki alhamdulillah, mereka akan keluar ke surau untuk solat. Tetapi yang perempuan hanya duduk dalam kelas dan bermain handphone.
Masa awal-awal tahun, saya ingat mereka period. Tapi kalau dah sampai ke hujung semester, takkan period setiap minggu.
Pernah sekali tu, saya period. Jadi masa rehat. Saya hanya duduk dalam kelas sahaja. Bila pelajar lelaki dah keluar, saya tanya, awak semua period ke. Masing-masing menggelengkan kepala.
Saya tanya kenapa tak pergi solat zohor? Ada yang menjawab, tak bawak telekung la, tak bawak make up remover. Qada bila balik dan sebagainya.
Pernah saya bertanya, masa kelas je ke tak solat. Ramai cakap, takdelah madam. Bila keluar berjalan pun sama.
Rupanya, memang sudah menjadi kebiasaan untuk mereka untuk meninggalkan solat apabila berada diluar. Situasi sebegini, sangat normal untuk kita lihat diluar sana.
Saya tak mampu untuk memaksa mereka, tetapi saya selalu mendoakan mereka terbuka hati untuk menjaga solat dalam kehidupan mereka.
Mungkin pembaca juga boleh kongsikan pengalaman berhadapan dengan situasi begini.
Terima kasih..
– Syira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit