Assalamualaikum semua. Entah nak mulakan dari mana, entah nak diceritakan macam mana.
Dah nak masuk akhir bulan, tapi aku, gaji penuh pun belum dapat. Aku bekerja di sektor swasta. Seorang isteri dan juga ibu.
Gaji basic aku cuma RM1000. Bekerja di syarikat yang boleh dikatakan agak besar, tapi gaji dibayar 3 atau 4 kali sebulan.
Awal bulan hari tu dah dibayar sebanyak RM300. RM250 untuk pengasuh anak dan RM50 untuk belanja makan. Habis di situ.
Sementara tunggu dapat gaji lagi, aku terpaksa belanja guna nafkah bulan-bulan yang suami bagi. Tak banyak, tapi boleh lah nak tanggung minyak dan makan aku.
Aku tak mintak lebih sebab tahu aku kemampuan kewangan dia. Asalkan dia tahu tangunggungjawab dia. Itu sudah cukup.
Jangan minta aku buat report dekat jabatan tenaga kerja sebab semua tu sudah pun dibuat. Berkali-kali. Tapi pengarah syarikat lebih rela bayar saman daripada bayar gaji pekerja. Dah banyak kot kena saman.
Tapi itu lah, dapat bos tak makan saman! Korang jangan terkejut kalau aku kata KWSP dah tak dibayar selama 2 tahun. Dan macam biasa, buat report dan ok bayar jer lah saman tu.
Entahlah. Ni pun ada RM15 je lagi untuk belanja sementara nak dapat baki gaji tu. Dah macam mengemis pulak nak dapatkan hak kita. Nak buat kerja pun rasa macam dah tak bersemangat.
Kalau aku yang perempuan ni takpelah, ada suami yang tanggung. Tu pun sakit jugak. Kalau yang lelaki? Sedih kot sebab banyak tanggungan. Nak berhenti kerja kan ada perut yang perlu di isi. Jadi, hadap je lah.
Korang doakanlah esok kami dapat gaji. Dan moga-moga orang yang suka menganiaya akan dapat balasan yang setimpal. Moga mereka rasa apa yang kami rasa.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit