Hakikat Introvert

Satu golongan manusia yang Allāh cipta untuk berseorangan, kurangkan berkawan dan buat hal sendiri.

Dunia introvert penuh kesunyian, ketenangan dan keselamatan yang terjamin dari kepenatan dan fitnah yang tidak kunjung habis.

Manusia introvert lebih suka mengikuti ilham-ilham dari malaikat langit untuk terus menjalani kehidupannya dan mereka sangat sedikit mendapat ilham-ilham dari manusia lain kerana manusia selain mereka tidak gemar bergaul dengan mereka disebabkan sifat pendiam atau pemalu.

Manusia introvert tidak mengikut trend, isu semasa, menjauhkan diri dari kebiasaan, suka perkara yang unik atau lain dari yang lain.

Manusia introvert tidak akan ramah, bergaul dengan ramai orang, bersikap terbuka dan terlalu menonjol (famous) kerana mereka lebih suka tertutup dan ini lebih selesa bagi mereka.

Seandainya kehidupan mereka seperti extravert atau ambivert tentu mereka mengalami tekanan, suatu aura negatif telah menyelimuti mereka umpama ketakutan, risau atau kesedihan.

Manusia introvert bukan sombong, bukan memutuskan silaturrahim, bukan bersifat baran dan bukan pula bermusuh tetapi wujud diri mereka dengan jiwa yang khas untuk kesendirian dan akan bergaul atau rapat dengan manusia yang sejenis dengan mereka sahaja.

Kita tidak semestinya boleh umpamakan masalah ini dengan magnet bersama besi kerana magnet dengan magnet juga boleh melekat sekiranya bertemu dengan kutub yang berbeza (keluarga dan rupa paras) dan itupun bukan perbezaan yang besar di antara mereka.

Manusia introvert perlukan masa sendiri, dunia sendiri, membuat hal sendiri dan apa sahaja sehingga mereka puas.

Jika mereka puas bukanlah mereka terus beramah dan rapat dengan semua orang tetapi mereka tetap jadi diri mereka yang begitu.

Sesungguhnya, kepuasan itu untuk mereka semata-mata dan akan dibuat lagi sehingga akhir hayat.

Sekian tentang introvert dari seorang yang introvert yang sentiasa memikir.

– Nuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *