Salam sedikit coretan dari saya Ash.
Ada orang fakir, hidup tak ada harta, tapi dia habis khatam fardhu ain, beramal sehingga bertaqwa, masuk kubur Allaah jadikan kuburnya seluas mata memandang.
Ada orang kaya raya, pakai kereta besar, tak pernah khatam fardhu ain, beramal pun tanpa ilmu, jadi amalan dia buat hanyalah sia-sia belaka. Masuk kubur Allah jadikan kuburnya sempit.
Ini sekadar perumpamaan.
Untuk orang yang ada akal, dia boleh berfikir dengan bijak. Jika dia seorang yang bijak, nescaya dia gunakan dunia ini untuk bercucuk tanam, dan hari akhirat adalah masa dia menuai hasilnya.
Bayangkan!!! Ko duduk atas dunia yang sementara ini, ko cari dunia semata-mata, bak ke mana sebenarnya???
Lihat orang-orang kaya zaman dahulu, kat mana mereka sekarang? Kubur!!! Harta mereka?? Anak-anak duduk, ada yang anak-anak jual, ada yang tinggal usang. Dia? Dalam kubur dah, lagi lama duduk dalam kubur itu berbanding di atas dunia.
Dulu masa hidup, dia sekadar fokus, kerja, kerja, kerja… masa untuk akhirat? Belajar asas fardhu ain? Ke mana? Masa lapang, dia habiskan dengan bercuti, masa tak lapang sibuk bekerja…
Pendek kata, hidup kerja, makan, tidur, buat taat tak ada, pergi belajar fardhu ain kunci untuk sahnya amalan pun dia tak ambil peduli.
Kadang sesetengah orang, jalan dah ada depan mata, dia buat bodoh je…
Ada seorang hamba Allah, hidupnya ego, anak dan isterinya pergi kelas fardhu ain, bila ajak, dia melenting, kritik maknya “baru belajar dah tunjuk pandai”
Paling kuat dia hantar anak beranak, pastu dia blah duduk mengeteh kat mamak.
Nak tegur, melenting, tapi apakan daya taufik dan hidayah milik Allah.
Sampai lah bertahun lamanya, dia tetap ego, keras hati, Allah datangkan mimpi pada isterinya.
Isterinya bermimpi gurunya yang mengajar fardhu ain, datang rumah ketuk pintu, lalu si isterinya buka, dan gurunya itu masuk, lalu menarik tangan suaminya agar pergi ke kelas fardhu ain.
Si isteri sentiasa guna pelbagai helah mengajaknya belajar fardhu ain tetap dia keras kepala, memang si suami ada penyakit keras hati.
Beberapa lepas itu si suami meninggal secara mengejut, rupanya mimpi si isteri itu petanda si suami akan meninggal dunia selama-lamanya.
Sama juga si anaknya, mimpi ayahnya, di azab selepas itu.
Yang menyayatkan hati si suami yang selalu ponteng solat jumaat, sesak nafas pada hari jumaat, waktu orang sedang bersesak menuju ke masjid, si suami sibuk dengan dunia, kemas rumah baru yang bakal dia duduki,
Hari-hari dia lalui hanya fokus nak hias rumah baru, sememangnya si suami ada beli tanah dan sudah bina rumah idamannya, tetapi tak sempat duduk, dia sesak nafas ketika sedang sibuk susun atur,
Dan dalam keadaan itu juga dia cuba hubungi ramai kawan-kawannya, tetapi tiada satupun yang angkat panggilan kerana masing-masing sudah iktiqaf dan bersiap ke masjid.
Dia juga ada call anaknya, kerana kebiasaan bila berlaku apa-apa anaknya yang akan datang bantunya, tetapi waktu itu anaknya sibuk mandi untuk ke masjid, dan dia call pula isterinya, dan barulah panggilannya di angkat,
Maka ibunya ketuk bilik air, dan khabarkan pada si anak, ayah sesak nafas, walaupun jauh maka anaknya gagahkan juga datang untuk mendapatkannya di rumah yang baru siap di bina.
Setibanya anaknya di rumah, dia kelihatan bapanya berada di dalam kereta sedang termenung, sempat si anak tanya, “sabar ye” dan si bapa kata “ dada aku sakit” .
Anak yang sampai parking sebelah kereta bapanya, yang sedang baring di tempat duduk sebelah pemandu, lalu dia masuk ke dalam keretanya dan start kereta lalu bergegas mencari hospital terdekat,
Dalam beberapa saat terdengar bapanya batuk-batuk, sambil memegang bahu anaknya, anaknya sempat menoleh, seolah-olah, bapanya mahu berkata “Ada malaikat sedang datang mencabut nyawaku”.
Selang beberapa saat kedengaran dengusan yang mengerikan, matanya merah pandang ke atas, lidahnya terkeluar terdengar dengusan yang mengerikan… si anak tahu bapanya sedang nazak lantas menghubungi ibunya. Dan bapanya meninggal dunia di sebelahnya.
Dulu anaknya berubah, bapanya pernah berkata “biasa orang berubah ni hidup tak lama” dalam keadaan sindir. Dan hari itu dia meninggal di sebelah anaknya.
Dulu anaknya nak buat kelas mengaji di rumah bapanya, bapanya menentang, dia berkata bukan apa takut orang kata ilmu guru kau tu sesat.
Bila dia mati, yang mandikan jenazahnya, kafankannya dan solatkannya anak murid kepada guru yang sama mengajar isteri dan anaknya.
Dan yang talkin di kubur juga adalah guru yang dia tohmah satu ketika dahulu.
Subahanallah, ini sebagai peringatan kepada saya dan pembaca, semua.
Pertama, hidup kita jangan sombong dengan. Kebenaran dan janganlah takabur, kita orang beriman kena ada sifat tawadhuk yakni merendah diri.
Selalu saya cerita kematian yang indah yang pernah saya lihat kematian sahabat-sahabat saya yang belajar asas fardhu ain dan beramal dengannya.
Hari ini saya cerita yang kematian yang boleh di ambil sebagai iktibar untuk kita semua.
Wasiat saya belajarlah ilmu fardhu ain sebelum kalian meninggalkan dunia ini.
Semoga Allah matikan kita semua dalam keadaan orang-orang yang sempat bertaubat kepada Allah ameen ya rabb.
Sekian dari saya pendosa yang sedang memberi peringatan untuk diri sendiri, aamiin.
– H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ada vibe2 cerita tanah kubur