Penulisan ini ditulis dengan penuh aura negatif. Bukan menyalahkan takdir mahupun takut akan rezeki yang sudah tertulis milik kita, tetapi ini adalah resam seorang perempuan pemegang sijil Master.
Semua orang fikir sudah dapat Master gaji akan besar, mudah dapat kerja dan akhirnya hidup selesa. Walhal hakikatnya, kolej sekarang ini hanya mengambil kemasukan pensyarah cukup dengan sekadar pemegang sijil ijazah. Pemegang sijil Master katanya kena tunggu sebab pengajian Ijazah tak siap dimasukkan sebagai silibus lagi. Walhal hakikatnya? Bayaran gaji Master holder mahal dan tak berbaloi diambil barangkali. Itu realiti institusi pendidikan yang bertuhankan wang dan bukan kecemerlangan akademik pelajar. Oh ya, aku lupa mereka lebih pilih lelaki untuk diambil sebagai pekerja. Penuh diskriminasi kan?
Kedua? Semua lelaki takut nak kawan dengan aku sebab aku dah ada Master dalam usia muda. Hah. Negatif sangat kan post aku. Kebanyakan lelaki tak mahu beristerikan seseorang yang lebih tahap pendidikan daripada mereka. Aku tahu macam mana? Dalam website cari jodoh, aku jugak mulakan salam tapi tak bereply sedangkan calon tersebut sedang online. (Nampak sangat tak suka ke aku bila salam pun tak berjawab. Oh ya, boleh jadi sebab aku gemuk jugak. Tengok berat aku terus diorang cancel. Haha!)
Apa pun susah hidup sebagai seorang perempuan di dalam ekonomi sekarang. Berpendidikan didiskriminasi dan ditakuti. Gerun katanya.
Perlukah aku tipu sijil yang telah aku penat lelah dapatkan? Perlukah aku pura pura cantik sedang aku biasa orangnya?
Stigma masyarakat terhadap perempuan berpendidikan perlu dibuang. Perempuan juga berhak mendapat peluang dan hak yang saksama.
Aku akan tetap terus berusaha. Belum pernah berfikir untuk putus asa. Cuma ini realiti keras buat semua di luar sana untuk melangkah ke dunia postgtads yang penuh dengan mehnah
Wallahu a’lam.
– AkaneSama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit