Confession kali ini mungkin agak cliche tapi aku nak share dari pengalaman aku sendiri.
Sebelum aku bertunang, aku pernah bercinta dengan seorang lelaki almost 4 tahun dan kitorang break up sebab dia get back dengan ex dia. 5 months after break up, aku bertunang dengan majlis yang sangat sederhana.
Aku nak cerita dugaan bertunang yang kitorang lalui dan betul apa orang tua-tua cakap jangan bertunang lama lama sebab:
1. Kemunculan kekasih lama / orang ke tiga.
Selepas 2 hari aku bertunang, tetiba aku dapat whatssapp dari ex aku. Hai awak. Nampak macam simple kan. Tapi hati aku berdebar cuma Tuhan je yang tahu. Benda yang aku buat adalah ignore whatssapp dia dan block. Kalau reply pasti akan meleret-leret.
2. Kewangan.
Since aku baru habis belajar tapi gatal nak kawen, aku sangat struggle buat budget dan cut cost since duit simpanan aku betul-betul paras hidung. Sampai 1 masa aku pernah cakap dengan tunang aku, kita tak payah la buat majlis. Kita nikah je dulu and for sure mak ayah kau akan tentang idea kau habis-habisan. Hahahaha.
Jadi kami berdua redah je dan tanpa sedar semakin dekat dengan majlis, semua nya hampir selesai dibayar. Kadang kadang aku pun tak pasti mana duit tu datang tapi rezeki tu ada je. Jadi korang yang nak kawen tu jangan takot. InsyaaAllah, Allah tolong.
3. Keluarga.
Perkhawinan ini adalah ikatan janji dua keluarga. Makanya kau kena belajar untuk terima keluarga mertua dan bakal suami kena belajar terima keluarga kau.
Nampak mudah, tapi susah. Sebab kita dilahirkan dengan didikan yang berbeza. Tapi kita kena berusaha untuk menerima. Setakat gaduh gaduh manja dengan mak mertua pasal salah potong sayur tu biasalah. Tak payah la sentap sangat sampai post dekat medsoc.
4. Persiapan majlis.
Bagi aku benda paling rumit sekali nak kawen adalah semasa membuat persiapan majlis. Jangan terkejut kalau korang bergaduh sampai terkeluar ayat kalau susah susah macam ni tak payah la kawen semata mata sebab nak pilih tarikh majlis. Hahahaha. Belum masuk gaduh pilih warna tema, pilih kad kawen, and the list goes on.
Jadi kepada pasangan pasangan yang masih struggle untuk menghalalkan pasangan masing masing aku wish good luck and all the best untuk korang. Semoga susah payah korang sekarang akan dibalas dengan kesenangan di masa akan datang.
– Teratai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit