Assalamualaikum wbt. Aku Raz, anak kampung bekerja di Ipoh Perak, baru-baru ni aku diberhentikan kerja jadi balik la ke kampung. Lagipun pkp, stay di kampung lagi berbaloi.
Tapi aku bukan nak cerita pasal aku. Aku nak bercerita pasal abang samad. Abang Samad ini orang kampung aku. Beza umur dengan aku berbelas tahun tapi mempunyai anak yang baru habis SPM tahun ini.
Berdasarkan results anak dia, anak dia diterima masuk ke salah satu universiti dalam bidang awal kanak-kanak (maaf aku terpaksa mention bidang tue).
Tengah mengopi dengan abang samad itu dia ada cakap nak jual tanah bendang dia sebab tak mampu nak bagi belanja anak dia nak masuk universiti.
Iyala aku pun faham nak masuk u ini kena banyak belanja, nak kena beli laptop la, nak harapkan ptpn lagila kan tak cukup pun. Tambah2 musim pkp ni lagi la belajar secara online.
Dia cakap kat aku dengan harapan aku war2 kan kalau ada yang nak beli tanah. Tapi sebab aku prihatin lagipun dengan tanah tu dia buat cari rezeki.
Aku pesan dekat abang samad macam nie, abang tanya anak abang kenapa dia ambik bidang tue. Lepas itu aku ceritala macam nie,
1) Kalau Lina itu minat sangat nak jadi cikgu tadika minta jea kerja. Banyak sangat kerja sekarang.
Kekadang pengusaha ambil yang SPM sebab dia orang tak akan minta gaji mahal lagipun selalu gaji yang ditawarkan dalam lingkungan RM1200-1400 walaupun ada ijazah.
2) Kalau Lina nak ilmu, selalunya masa kerja majikan akan hantar Lina ambik kursus KAP (RM1000).
Dah hantar mesti majikan buat kontrak kerja berapa tahun dengan dia atau potong gaji setiap bulan. Bila dah kerja majikan akan hantar macam-macam kursus lagi, kursus pemakananla, kursus bacalah anakku, kursus kurikulum tadika/ taska tersendiri
3) Kalau Lina malu sebab kawan semua masuk universiti, tanya Lina dia nak masuk universiti nak dapatkan kerja untuk bantu mak ayah atau apa..
Sebab sekarang ni ramai jea keluar dari universiti tapi tak dapat kerja. Kerja kampung jea.. hutang ptptn bertimbung.
4) Sekarang ini banyak universiti buat open distance learning jadi sambil kerja Lina boleh jea belajar.
5) Isi SPA9, kalau sijil SPM insyaAllah mudah nak dapat kerja berbanding diploma/ ijazah. Aku harap sangat abang Samad dapat jelaskan dengan baik dan Lina memahami kewangan keluarga.
Kenapa aku macam pro dalam bidang ini sebab aku ada kawan (nama dia biarlah aku rahsiakan)..
Dia anak orang susah tapi dia seorang yang pandai cuma speaking jea ke laut. Masa sekolah rendah dia dapat langkau kelas tak masuk darjah empat terus ke darjah lima, habis je SPM dia ada apply maktab cikgu prasekolah tapi tak dapat.
Dia masuk matrik satu tahun (waktu itu matrik ada dua jenis satu tahun dengan dua tahun) habis belajar masuk universiti pendidikan sultan idris iaitu ijazah pendidikan awal kanak-kanak.
Kisah dia sedih sangat masa nak pergi universiti Ayah dia merayu dengan saudara mara untuk pinjam kereta nak hantar ke tmpt belajar.
(Kenapa ak tahu sebab Ayah aku yang bagi pinjam kereta kami waktu tue). Keluar dari universiti, sampai sekarang tak dapat jadi cikgu kerajaan.
Kerja dekat tadika swasta tak silap aku gaji pun dalam rm1500/bawah dari rm2000. Itu pun nasib baik ptptn dia tak perlu bayar..
Kenapa aku cakap macam itu sebab sampai sekarang dia tak mampu beli kereta, sampai sekarang dia tak kahwin sebab nak bantu family dia. Sudah 8 tahun dia habis belajar.
Aku tawarkan dia ambik insurance pun dia tak ambil dia cakap takut tak mampu bayar bulan2.. aku ejen insurance, siapa2 nak ambil hibah boleh roger ea.
Mesti korang cakap apasal dia tak isi SPA. Semua dah, dah berapa kali dia dapat interview, dia siap dapat calon simpanan lagi tapi belum rezeki dia. SPP pula sepanjang dia habis belajar tahun lepas dia ada update dia temuduga SPP tapi tak dapat juga..
Aku tanya dia mcamana temuduga tue, dia cakap penemuduga kata nak pakai sikit sangat untuk permata. Saya pun pening nak pilih sebab semua hebat2.
Jadi aku harap sangat Lina tidak terikut sangat peredaran masa lepas SPM wajib masuk Universiti.. zaman sekarang bukan zaman dulu keluar dari u ada sijil/ ijazah dapat kerja ok dapat bantu family.
Hala tuju lepasan SPM penting sangat untuk elakkan dari hutang ptptn dan juga bebankan ibu bapa terutamanya anak kampung/ susah.
Ambillah aternatif tak melibatkan pinjaman ptptn seperti ke tingkatan enam atau IKBN. Bagi aku tingkatan 6 bukan la low class atau korang tak pandai.
– Raz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit