Assalamualaikum. Di sini saya rasa ingin membuat sedikit perkongsian berkenaan halitosis atau mulut berbau selepas membaca beberapa perkongsian atau masalah yang sama sampai boleh depressed.
Untuk pengetahuan saya baru membuat pembedahan buang tonsil atau tonsillectomy baru baru ini selepas mengalami masalah halitosis ini sepanjang saya menderita penyakit mulut busuk ni.
Saya boleh faham perasaan orang yang membuat luahan tentang penyakit ini kerana saya pun mengalaminya. Apabila bercakap sampai perlu tutup hidung mungkin tak tahan bau busuk mulut ni.
Pada tahun 2017 saya merasakan perlu untuk buat sesuatu tentang mulut busuk. Saya pergi jumpa doktor gigi untuk rawatan manalah tahu sebab gigi busuk ke apa. Saya buat scaling setiap 6 bulan sekali.
Setiap kali demam atau batuk akan jadi teruk sangat dan saya perasan ada bintik putih-putih pada tonsil tu.
Saya pergi ke klinik kerajaan untuk cek kenapa tonsil saya jadi macam tu. Doktor hanya bagi ubat demam dan ubat kumur sahaja.
Setiap kali tonsil saya bengkak saya akan pergi jumpa doktor untuk refer saya pada pakar. Tujuan saya adalah untuk tahu adakah tonsil saya normal atau tidak.
Pada masa ini, mulut busuk dan hidung tu saya dah detect sebab tonsil tu. Tonsil kita nampak macam sihat tapi sebenarnya dia dah fibrous kat dalam. Dah tak de fungsi pun.
Saya dah pergi setiap tahun bermula 2017 tak dilayan. 2018 pun sama dia bagi ubat kumur je. 2019 pun sama. 2020 covid hold kejap.
2021 saya pergi kebetulan doktor yang intern tu pun ada penyakit sama macam ni.. tak de ubat kecuali buang je tonsil tu.
Alhamdulillah dia yang bagi surat refer pakar. Jabatan yang handle telinga, tekak ni namanya epthalmology (kalau tak silap).
Apabila dah jumpa pakar dia akan cek samada biji kat tonsil tu tonsil stone atau sisa makanan yang terperangkap kat tonsil.
Kalau tonsil dah ada sisa makanan maksudnya dia dah tak normal. Doktor bagitahu saya perlu buang je tonsil tu (Tonsillectomy).
Memandangkan musim covid dia hanya ambil kes yang kritikal sahaja. Jadi dia hold kes ni sampai 3 bulan. Maksudnya dia bagi appointment dalam 3 bulan.
Saya tunggu sampai 6 bulan untuk operate tapi Dr hanya bagi tarikh appointment sahaja. Mungkin dia anggap kes ni tak teruk mana.
Akhirnya saya pergi ke hospital swasta untuk buang tonsil ni. Dia dah macam menghantui fikiran selagi tak buang selagi tu la mcm ada yang tak betul dengan diri kita.
Maklum saja kita dah hidup dengan busuk ni berpuluh tahun dah.
Hari Isnin cek, hari Selasa masuk wad operate buang. Hari Rabu dah boleh discharge. Kos rawatan RM8k lebih tapi saya rasa macam reborn. Puas hati tu hanya Allah yang tahu.
Masa pemulihan tu hanya seminggu dah ok dah. Dr yang operate tunjuk tonsil saya yang nampak diluar normal tetapi sebenarnya dah rosak tahap 4. Apabila ditekan dia keluarkan nanah saja.
Tonsil tu memang dah tak berfungsi. Alhamdulillah sekarang dah tak busuk dah. Tapi tabiat lepas gosok gigi akan kumur dengan ubat kumur tu dah sebati. Kita yang dah biasa dengan busuk akan rasa sangatla best bila dah normal.
Jadi saranan saya pada yang senasib dengan saya ni adalah rujuk doktor pakar berkenaan dengan tonsil atau tekak ni.
Kalau tak pasti sila rujuk pakar. Cuba cari jalan keluar. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kalau operate dengan government rasanya tak sampai rm1k pun.
Insya Allah diharap orang yang mempunyai masalah busuk mulut atau halitosis ni akan dapat detect kenapa mulut kita tak normal. Barula kita akan cuba cari solusi yang sesuai.
Saya tahu macam mana perasaan ni kerana saya pernah berada ditempat kalian juga.
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit