Haluan Kiri Kerjaya

Assalamualaikum semua. Tujuan saya menulis confess ini adalah untuk meluahkan isi hati serta pandangan saya terhadap graduan yang jobless. Hal ini kerana terlalu banyak artikel yang saya baca ini mengenai graduan jobless termasuk luahan para graduan dalam confess group ini.

Sebagai mukadimmah, saya hanya mahu dikenali sebagai sebagai Miss Hunter. I dont know why i have to write this name. Hahahaa.. dan masih bujang di usia 26 tahun. Ok baiklah. Back to the point.

Saya merupakan graduan bukan UIAM tetapi graduan IPTA juga lah ye dalam jurusan perbankan. Actually, minat saya bukanlah pada dunia perbankan tetapi kerana dunia sekeliling saya I mean my family background adalah dari dunia perbankan. Jadi saya nampak itu sahaja. Sorry for bad previous decision :(

Selepas saya graduan tahun 2017 di mana saya rasa susahnya nak cari kerja. Rata-rata mahukan pengalaman yang beribu tahun dan perlu fasih bahasa mandarin dengan berhabuk. Kelihatan juga ramai graduan yang jobless ketika itu. Senior yang sudah graduated juga masih jobless ada yang masih tunggu posting (bukan jurusan banking), nak tukar kerja, ada yang tamat SL1M dan pelbagai arah tuju (Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka). Ini membuatkan saya rasa insecure untuk bersaing dalam dunia pekerjaan walaupun saya ada pengalaman praktikal di bank. Ada juga saya apply position dalam bank dan belum rezeki untuk menapak dalam kerjaya perbankan atau Allah sudah aturkan perjalanan saya ke arah lain.

Jadi, bagi mengelakkan saya dari jobless, tidak ada income, menghentikan mulut makciks & pakciks bawang,, akhirnya saya memulakan duni a kerjaya sebagai seorang home tutor. Bagi saya tak kisahlah kerja apa janji saya dapat experience dan berjaya membantu family dengan hasil kerja sebagai tutor. Walaupun tak banyak ketika itu tapi Alhamdulillah.

Kemudian, saya menapak kerjaya saya sebagai seorang guru tadika dengan hanya gaji kasar sebanyak RM 1000. Dengan hasil duit tutor dan guru tadika sebanyak 1.3k ++ saya teruskan hala tuju hidup saya. Kalau nak dibilang cuti rehat entahlah. Pandai-pandai saya kena bahagi masa. Tapi, tahun 2018 cukup hebat ujian buat saya. Mungkin orang kata dunia pekerjaan yang pertama kali. Dengan kerja 7 hari seminggu. Isnin- Jumaat Pagi sebagai guru tadika, malam tutor (sabtu & ahad pagi). Memang saya tak sempat tengok dan bergaul dengan dunia luar.

Dan kini , saya telah mengembangkan hala tuju saya sebagai guru tadika juga tetapi di sekolah lain (saya apply ke sekolah lain yang mampu beri gaji yang bersesuaian dengan bachelor holder walaupun tak banyak seperti kerjaya bachelor holder yang lain) , sebagai guru KAFA dan tutor (jumaat, sabtu, ahad) saya dapat stabilkan economic saya sebanyak hampir 3k sebulan. Dan, kini saya sedang menstabilkan dunia saya walaupun makciks & pakciks bawang merata membawang katanya kenapa belajar mahal2 last sekali jadi cikgu tadika. Bank kan banyak jawatan kosong tu.

Hello makcik.. kalau semudah itu makcik bilang sudah kupergi ke bank itu minta kerja. (halahh…halahhh..halahh). Dengan kerjaya ini saya sudah mampu beli kereta (walaupun kereta murah, ada future saving, medical card, protection). Rumah masih dalam planning lagi :) InshaAllah.Saya doa berazam supaya Allah permudahkan rezeki untuk saya sekeluarga. Saya juga mempunyai cita-cita untuk untuk run tadika saya suatu hari nanti Ameen.

Bagi saya ini sudah cukup membahagiakan saya selagi mana saya ada cash in hand dan mampu membantu orang lain dengan rezeki saya ada. Saya sudah tidak fikirkan hal ‘graduan demand gaji, graduan tak minat tukar bidang, graduan jobless’. Bagi saya rezeki Allah ni luas sangat. Kita berdoa pada Allah supaya diberikan jalan. InshaAllah dipermudahkan. Selalu amalkan solat sunat Dhuha 4 rakaat, doa dhuha (itu paling valuable), solat tahajud, solat 2 rakaat sebelum subuh, baca surah Al Waqiah selepas Solat Manghrib, surah Yasin selepas solat subuh dan amalkan baca doa “Inna haza larizkuna maa lahu min nafaz)- doa yang lecturer saya pesan dulu.

So, para graduan di luar sana, yang masih jobless, seeking for available position, fresh graduan, sinar masih ada. Teruskan berjalan mencari kerja. Tak perlu ikut minat dan jurusan. Sekarang kita perlu pupuk diri supaya sabar, willing to learn something new dan enjoy dengan kerjaya kita. Kite fikirkan semula kenapa kita perlu kerja? Dan, apa tindakan perlu kita buat? Apa akan terjadi jika kita masih tidak bekerja?

Ok graduated,,, luaskan kuasa kite. We are the best!

*Sorry kalau ayat kelam kabut sebab dalam seminar program sempat berkarya lagi tu*

– Miss Hunter

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *