Salam semua, aku Paddy. Aku nak tanya pandangan korang.
Ada satu hari aku ada sound anak jiran sebab dia body shaming aku. Then sejak bulan 11 hari tu aku asyik dengar suara jiran2 aku dalam kepala 24 jam. Dia macam bergema, kadang2 kuat kadang2 berbisik.
Diorang boleh baca fikiran aku satu satu dan respons. Diorang cakap diorang manusia. Diorang ada teknologi untuk baca fikiran aku dan diorang nak buat aku macam ni seumur hidup.
Aku rimas betul terutama sekali bila diorang asyik menghina agama aku masa solat dan mengaji. Diorang mencarut pada nama2 yang tak sepatutnya.
Aku terbangun malam2 pukul 2, 3 pagi tak leh tidur balik sebab dengar suara diorang nak bercakap dengan aku dan nak suruh aku menghina agama aku.
Diorang cakap nak mur**dkan aku sebab diorang sendiri dah keluar agama diorang bila aku cakap lailahaillallah dalam kepala, diorang baca kuat2.
Akibatnya tidur terganggu, haid tak menentu dan aku selalu nak termuntah tapi tak keluar apa2. Orang putih cakap retching.
Diorang juga cakap boleh nampak apa aku nampak dan dengar apa aku dengar. So aku buang air dan mandi dalam gelap tak buka lampu.
Tolong aku guys, anybody tau teknologi yg boleh baca fikiran orang dan camne nak control mind aku dari keluar kata2 yang menghina bila selalu dengar suara diorang menghina nama2 yang tak sepatutnya dalam kepala.
Aku tak nak mur**d, diorang suka menghina time aku solat dan mengaji.
Aku dah pergi rumah jiran tu, tapi diorang tak nak jumpa aku. Aku fikir benda kecil camtu takkanlah nak buat aku sampai camni kot. Teruk sangat ke aku marah tu.
Aku mengaku lost control sebab aku sensitif pasal badan aku. Aku menyesal, patutnya aku biar je dia body shaming.
Sekarang raya cina, diorang takde kat rumah. Aku sedih sebab dah tak boleh beribadah dengan tenang dan takde ketenangan minda macam dulu.
Otak aku selalu berbunyi 24 jam dari bangun tidur sampai tidur balik. Masalahnya diorang asyik cakap pasal nak mur**dkan aku 24 jam.
Tolong guys, aku tak nak camni. Mak ayah aku cakap ni halusinasi tapi aku rasa diorang betul2 manusia dan ada teknologi baca fikiran aku ni.
Cuba korang google remote neural monitoring dengan targeted individual. Aku rasa macam kena camtu.
Aku nak gi jumpa doktor tapi kalau makan ubat pun jadi jugak camna? Huhuhu.
– Paddy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Paddy pertama. Kau pernah tidur tempat lain sejak diganggu? Keluar dari tempat tinggal kau tidur hotel atau balik kampung ka apa.
Adakah masih terganggu selepas itu?
Kalau kau tak mampu nak keluar travel bermalam. Kau keluar sekejap lepak dalam kereta tapi jauh dari lokasi rumah dan jiran kau tak jumpa. Masa itu tulis perkataan yang baik, affirmation ayat yang kau nak diri kau percaya. Rekod dalam telefon suara kau cakap saya sangat bersyukur sebab? Buatlah semua yang kau mahu capai dan cakap seolah kau dah dapat! Selepas itu, pasang ear phone suara kau rekod dengar yang baik2 sampai kau tertidur. Minda pra sedar akan serap apa yang kau dengar masa tidur dan badan kau akan terima kebaikan yang kau cakap untuk diri kau. Masa rekod buatlah suara bahagia dan bayangkan kau dah capai kemahuan kau.
Tiada teknologi yang boleh baca fikiran manusia. Setan jin dalam otak kau cakap dia boleh lihat dan dengar apa kau buat itu FITNAH TIPU DAYA SYAITAN.
Tiada teknologi yang boleh jadi Tuhan. Tiada. Kalau ada tak perlu manusia berperang. Phsyco sahaja pihak lawan untuk dapat minyak. Buat apa keluarkan modal beli senjata dan kerah bala tentera?
Amerika Syarikat dan Jepun negara paling berteknologi tinggi pun tak mampu cipta teknologi baca fikiran manusia. Kau tu yang bangang dengar suara jin setan!!!!!!!!
Bodoh tak sekolah kah percaya sampai hidup macam bawah cctv jiran. Rumah kau Tuhan sahaja nampak semua yang kau lakukan. Malaikat ada kiri kanan bahu kau!
KALAU ADA MANUSIA BOLEH BACA FIKIRAN. BABI JALANAN TAK BAGI SIGNAL TAK MENGAPA. TIADA SIAPA KEMALANGAN SEBAB BOLEH BACA FIKIRAN ORANG NAK LALU MANA.
Berhenti seksa diri dengan KEPERCAYAAN BODOH. Hiduplah bahagia walaupun kau gemuk kau tak meminta. Kau TAK PERNAH PINJAM DUIT JIRAN KAU. Kau tak pernah JUAL BARANG HARAM HARGA YAHUDI. APA YANG KAU SEGHABUK SANGAT?
HADAM DAN SEDAR DIRI. BUAT APA ALLAH SURUH ALLAH LINDUNGI KAU. BUAT BAIK KAU TAK SALAH PERTAHANKAN DIRI DARI HINAAN JIRAN KAU.
GEMUK TAK SUSAHKAN JIRAN KAU. KAU MINTA JIRAN KAU TANGGUNG HIDUP KAU KAH?
Penat acik melahar. Baca ya nak. Acik tak faham generasi muda over thinking benda yang belum berlaku sampai gila. Takut komitmen. Takut buat kebaikan.
Buat jahat jadi setan jadi jantan sundal dan betina geletis mudah pula? Apooooooooooo