Bila terbaca kisah roomate dalam selimut, aku terpanggil untuk bercerita mengenai ex-housemate aku. Sebenarnya ex housemate aku ni baik, tetapi perangainya berubah setelah mengenali lelaki itu. Lebih tepat aku katakan dia menjadi mangsa cinta.
Lebih tiga tahun lepas aku berpindah masuk ke rumah sewa yang aku diami sekarang ni, masa tu aku baru beberapa bulan bekerja. Disebabkan jarak rumah abang aku dan tempat kerja yang jauh, jadi aku mencari rumah sewa yang berdekatan dengan ofis dan Alhamdulillah aku dapat rumah tersebut dan dikelilingi housemate yang baik-baik. Masa ni penghuni dalam rumah ada 6 orang, 4 orang bekerja ditempat yang sama manakala aku dan seorang lagi kawan berlainan kerja.
Dipendekkan cerita, masa aku masuk rumah ni housemate aku yang seorang ni baru menjalinkan cinta. Aku namakan dia sebagai A. Senang cerita kami ni memang tak ambil pusing sangat hal cinta kawan-kawan. Maklumlah masing-masing ada partner, cuma kalau ada yang sedang bermasalah dan ingin bercerita kami memang menjadi pendengar yang setia.
Seingat aku hampir setahun selepas tu A dirisik oleh ibu bapa boyfriend dia dan selepas tu dia selamat bergelar tunangan orang. Kawan mana yang tidak happy kan apabila melihat kawan sendiri dah memasuki fasa yang lebih serius. Panas yang disangka sampai kepetang tapi rupanya hujan di siang hari. Kami lihat hidup A tidak lagi seceria dulu. Belum masuk tengah bulan dan makan maggie, kalau dulu asyik keluar dengan tunangnya tapi selepas itu kami lihat mereka cuma keluar bila awal bulan, iaitu waktu gaji. Kesiankan kawan, bila weekend kami akan masak dan ajak si A ni makan sekali. Walaupun sumbangan dia pada barang dapur tiada, tapi kami masih mempelawa dia makan sama-sama.
Okay, masa ni si A ni dah start pinjam duit merata, boleh kata setiap kawan dia berhutang. Alasan bila dia hendak berhutang katanya ibunya sakit dan memerlukan rawatan. Abang-abang dia tidak membantu kecuali dia dan adiknya. Tetapi katanya sekarang adiknya dah berkahwin jadi bebanan itu pada dirinya. Kami makin kesian dan sangat kesian. Jadi kami tidak berkira sangat dengannya.
Tetapi, sebijak- bijak tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Okay, di rumah kami tersebut, memang dia yang setiap bulan akan bayar sewa dan bil elektrik. Memang dari awal lagi dia volunteer untuk buat semua benda tu. Jadi disebabkan selama ni tiada masalah kami memang tidak ambil kisah sangat tentang semua benda tu. Waktu kejadian terbongkarnya rahsia dia terjadi, masa tu aku tengah bercuti di australia. Memang kat sana aku tak beli simcard pun, aku cuma online bila di hotel. Guna wifi hotel je, nak jimat. Bila online, bertalu-talu whatsaap masuk, masa tu beratus jugak conversation dalam group budak2 rumah aku. Dan aku tengok si A dah left group. Aku baca satu persatu, rupanya si A tidak bayar sewa rumah bulan tersebut kepada owner, dan terbongkarnya bila owner ada text kawan yang lain bertanyakan sewa rumah yang masih belum berbayar. Jadi mereka tanya si A, kenapa owner cakap sewa masih belum bayar sedangkan masing-masing dah bagi duit sewa dah lama. Dia menafikan, katanya dia dah bayar, owner tu macam-macam. Rupanya, malam tersebut dia kalut cari duit untuk bayar sewa, dan dia berjaya pinjam duit dengan kawan tempat kerjanya. Haha. Dia lupa yang mereka berempat dalam rumah ni bekerja di company yang sama cuma berlainan level sahaja. Dia pinjam dengan member ofisnya dengan memberitahu duit sewa ada dengan kawan aku. Aku namakan B. katanya si B masih belum bank in kepada owner, dan owner mengamuk-amuk. Katanya juga,Esok dia akan bayar, sebab duit tu ada dengan B. Jadi member ofis tu tolong bayar sewa rumah kami.Pandai dia pusing cerita.
Tapi bila lepas sehari dan sehari, kawan ofisnya tidak dapat balik duit yang diberi pinjam tu, jadi member tu pergilah tanya sendiri kepada B. Terkejut si B bila namanya dikaitkan, dia ingatkan kes sewa tersebut dah setel, rupanya belum. Si member dengan si B ni pergilah cari si A, tapi hampa sebab si A ni MC. Jadi balik di rumah si B bercerita dekat housemate yang lain. Tu yg kecoh digroup. Tapi si A ni malam tersebut dia balik lewat malam. Jadi si B tak sempat nak tanya A tentang cerita tersebut. Lepas terbongkarnya kes tersebut, kecohlah satu ofis diorang, rupanya-rupanya si A pinjam duit dengan ramai orang, tapi diorang tak bercerita. Bila dah pecah tembelang, masing2 bercerita dan mulalah stalk fb tunangnya dan adik beradiknya. Rupanya hari gaji tersebut dia berbelanja sakan untuk tunangnya, sebab tunangnya upload beberapa barangan adidas di fb dengan caption yang menampakkan si A ni berbelanja untuk tunang tersebut. Aku dah lupa caption tu, sbb dah lama kan. Haha.
Okay percutian aku dah habis, aku dah balik rumah. Tapi cerita dia masih belum habis. Rupanya budak-budak ofis dia main kasar, mereka bersepakat untuk tuntut hutang mereka, bila time gaji hujung bulan tu diorang tuntut hutang, tapi si A ni cakap dia tak boleh ambil duit sebab kad ATM dia problem, waktu balik kerja 2 orang member dia klau aku tak silap, tarik dia masuk kereta cakap nak bawak pegi bank tengok kad yang dia kata rosak tu. Dalam kereta dia menagis, member tu ugut, akan buat report polis. Menurut B dan kawan-kawan rumah aku yang sama kerja dengan diorang, disebabkan mereka tak dapat duit jadi diorang bawa si A ke rumah abang kandungnya. Kebetulan ada yang pernah ikut si A ni kerumah abangnya, jadi tahulah jalan tersebut. Mereka kesana sebab Nak dapatkan kepastian betul ke yang ibunya sakit seperti yang diceritakan. Kat situ katanya dia ditampar abangnya sebabkan kes tersebut. Rupa-rupanya ibunya sihat walafiat.
Lepas tu satu per satu cerita tentang dia keluar, rupanya dia dibelenggu hutang, menurut kawannya dia ambil Loan Aeon credit untuk majlis pertunangan dan dia juga turut membayar loan kereta tunangnya tersebut. Masa ni aku mengucap panjang, dia pergi kerja naik lrt, si tunang hidup bergaya dengan kereta. Dah tu loan kereta tersebut kurang sikit nak cecah seribu. Gaji tunangnya xdelah besar sangat. Tak cecah 1500 pun sebulan. ( aku berani cakap sebab aku pernah tengok slip gaji tunangnya. Dulu-dulu Si A pernah tunjuk kat aku bersebab). Itu yang kami tahu, yg kami tak tahu waallahualam.
Okay belum habis lagi, lepas kejadian tu, dia keluar dari rumah sewa kami. Kami tak tahu mana dia duduk dan dia juga telah berhenti kerja. Tapi yang mengejutkan juga, rupanya bil letrik dan air ada 4 bulan tertunggak. Serius kami terkejut. Masa tu kami sempat mesej dia maki hamun. So, nak tak nak kami kena berkongsi duit untuk setelkan tunggakan tersebut. Disini memang silap kami sebab terlalu percayakan orang sampai bila kawan cakap dah bayar langsung tak minta bukti. Lepas tu dia tukar no phone, block kami di fb. Tapi tak lama lepas kejadian tu, ada kawan ofisnya stalk fb tunangnya, rupanya tunangnya dh post gambar bersama perempuan lain. Bila baca comment, sedihnya rasa bila dia mengaku yang dia dah putus dengan si A tersebut. Dah la mengutuk si A dekat kawan-kawannya. Haram jadah betul lelaki macam tu.
Kepada A, kami minta maaf sebab pernah maki hamun anda, sebab kami terlampau geram. Kami tahu sebenarnya anda baik, tapi terjumpa orang yang salah. Tolong maafkan kekasaran kami satu waktu dulu.
Kepada kawan-kawan diluar sana, tolong jangan jadi hamba cinta. Tak kisah lelaki atau perempuan, jika pasangan nampak ada ciri-ciri kearah tu, cepat-cepatlah jauhkan diri.
Sekian.
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit