Hamba Yang Berdosa

Assalamualaikum. Diharap semua pembaca didalam rahmat Allah. Semoga penulisan ini memberi manfaat buat semua.

Disini saya ingin berkongsi sebuah kisah. Seorang wanita yang betul-betul menjaga dirinya dengan baik. Dihadirkan seorang lelaki yang konon berkawan untuk berkahwin. Namun, kesetiaan wanita itu dirobek tanpa rasa.

Akhirnya ditinggalkan kerana “tiba-tiba” lelaki itu bertunang. Kisah itu singkat begitu sahaja. Kerana saya tahu ramai yang akan faham sinopsis ini tanpa coretan yang panjang. Jika panjang coretan tentang ini maka ramailah manusia diluar sana akan sakit hati.

Langkah pertama jika dalam situasi ini tinggalkan SELURUHNYA tentang dia. Istigfar banyak kali jika syaitan menambah rasa. Hormati dan sayang diri kamu sendiri. Kalau ada orang berkata seseorang datang kepada kita untuk jadi pengajaran atau kebahagiaan.

Namun, bagi dia sekarang seseorang datang kepada kita untuk kita sedar bahawa kecintaan dan sayang Allah kepada kita lagi besar.

Selepas kejadian itu, wanita itu seperti tersedar dari mimpi dan angan-angan palsu. Maka, bermulalah kisah dia yang ingin bangkit kembali. Dia seperti tercari-cari mana diri dia. Mencari diri dia yang lama. Disini dia melihat bertapa besarnya sayang Allah kepada dia.

Disaat dia terduduk, Ada keluarga yang memahami. Dia saat dia buntu ketika itu, ada kawan-kawan yang sangat membantu. Disaat dia rasa tersakiti, dititipkan insan-insan yang membahagiakan.

Disaat dia rasa dibelenggu dosa, Allah tarik dia dengan kasih sayang. Seperti berkata, sini datang kepada tuhan penciptaMu ini. Sikit sahaja sakit ini, rahmat tuhan penciptaMu ini lagi besar. Dia seperti seorang kanak-kanak kecil yang mangadu dan dibelai manja.

Disaat itu wanita itu membelek lembaran nota doa yang menjadi temannya. Disini saya ingin kongsi doa tersebut yang diberi oleh seseorang. Disaat dia baca dan hayati skrip doa itu. Dia seperti mengeluarkan segala beban yang dia alami.

Ini adalah doa seorang gadis yang cuba hidup kerana Allah. Mulakan dengan selawat dan memuji Allah.

Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai suami dapat mendekatkan aku dengan diriMu Maka makbulkan ya Allah.

Sekiranya dengan mempunyai suami membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, Maka kurniakanlah.

Sekiranya dengan mempunyai suami membuatkan ibadahku lebih bertambah Dan solatku lebih khusyuk Maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan kepadaku ya Allah.

Ya Allah takdirkanlah untukku lelaki yang hadir emminangku Dan mengahwiniku yang sangat baik Iman Dan ketaatanya, baik akhlaknya, baik Paras rupanya, disesuai untukku Dan aku sesuai untuknya.

Dikurniakan pasangan yang akan mengingatkan aku kepadaMu, yang akan selalu mengingatkan ku tentang syurgaMu. Dan selalu mengingatkanku until sentiasa mengingatkan keimanan Dan ketaqwaan aku kepadaMu Ya Allah.

Satukanlah kami ya Allah dengan Jalan yang Engkau redhai. Mendapat restu ibu dan ayah kami. Penyatuan kami memberi kebahagiaan dan manfaat kepada dua keluarga dan ummah. Kurniakan perkahwinan kami yang sentiasa dilimpahi kasih sayangMu ya Allah.

Jadikanlah aku dan dia seorang yang Halim. Dimana jika Marah tidak menghina, jika cinta akan memuliakan, yang mengkayakan dan membantu aku dalam urusan agama dan menjadi pasangan dunia dan akhirat.

Ya Allah berikan petunjuk kepadaku dengan ilmuMu dan pengetahuanMu.

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang Dan engkaulah rabb yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.

Maka Ya Allah berikan aku ketenangan dengan ketetapanMu. Ameen Ya Rabbal Alamin.

Kunci dari semua ini, adalah cuba yakin dan rasa kasih sayang Allah kepada kita. Walau situasi kita berbeza. Jika kita ditimpa musibah maka ucapkanlah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

“Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala dalam musibah ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.”

Kegagalan adalah cara Allah mengatakan kepada kita. “Bersabarlah, aku memiliki sesuatu yang lebih baik untukmu.”

“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal memiliki kebaikan yang banyak” [Al-Quran – Annisa :19]

Semoga coretan ini bermanfaat kepada semua. Jalani hidup kita dengan niat kerana Allah. Ingat esok mungkin kita mati.

Tulus ikhlas,

– Hamba yang bertaubat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *