Assalamualaikum pembaca yang telah penat dengan perjalanan hidup sepertiku ini.
Ini bukanlah kisah, cerita atau motivasi. Ini cuma luahan diriku yang tiada kesudahan.
Diari? emm anggaplah begitu jika kalian mahu.
Aku tidak pernah terlintas untuk meluahkan isi yang terbuku di hati ini. Aku cuma sungguh telah jatuh dan hancur bukan luaran tapi dalaman yang tersiksa.
Ini bukanlah soal cinta tapi soal perjalanan hidup yang penuh pancaroba. Aku tidak tahu mengapa aku terus terasa begini.
Aku penat dengan dunia yang perlu hidup berlandaskan mata wang. Tiada jalan lain kah untuk hidup selain perlu mempunyai wang?
Kadang aku tertanya tanpa sedar aku seperti orang yang tidak mempunyai iman dan jahil terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT.
Kenapa? kenapa aku jadi begitu lemah seperti seakan ada bisikan yang menghasut untuk aku jadi lemah dan mempersoalkannya seperti tiada iman?
Aku pun tidak faham dengan diriku ini..
Aku terasa seperti ada batu yang besar menghempap diriku ini dan menjadikan aku terlalu lemah seperti hidup tiada Tuhan. Sungguh menyedihkan kan orang sepertiku ini?
Apa yang aku paling teringin?
Jujurlah aku cuma ingin kembali di masa aku tidak perlu untuk fikirkan masalah wang, orang sekeliling yang berperangai seperti ahli syurga walhal mulut seperti sengat berbisa..
Masa bila itu? Ia masa kecilku yang penuh dengan memori dan kasih sayang, hidup ceria gelak dan tawa seperti dunia khayalan tanpa fikirkan kehidupan yang penuh dengan liku liku yang berduri.
Jika bisa, aku tidak ingin hidup di dunia ini tapi aku perlu sedar Allah adalah sebaik2 perancang dan dia yang menentukan hidup dan matiku.. Tapi kenapa begitu sukar untuk aku mengikuti perintahnya?
Inilah diriku yang sangat hina.
Aku menyoalkan kenapa semuanya begitu menyakitiku dan menjadikan diriku seperti manusia yang penuh dengan masalah.
Mempersoalkannya seperti seorang yang suci dan penuh dengan amalan.
Walhal diriku begitu angkuh dan sukar mengikut perintahnya sedangkanku tahu mana yang haram mana yang dosa,
Tapi disebabkan sedikit kesenangan dunia kau lupa ketenangan yang ingin kau cari di akhirat kelak iaitu SYURGA.
Jadi kenapa perlu persoalkan wahai diri yang tidak sedar diri. Sedarlahhh kau yang telah membuat dirimu itu sendiri jatuh di sangkar berduri..
Jangan ditanya lagi kenapa dirimu jadi begini, kau sendiri sudah tahu jawapannya.. Masih tidak sedar lagikah kau? SEDARLAH
Jadi inilah aku.. Yang terasa diri terpaling banyak ujian tapi tidak mahu mendekatkan diri pada Ilahi sedangkan Tuhan telah banyak menegur supaya kau tidak termakan dengan nafsu syaitan masih lagi ku lalai.
Ya, aku teringin dan aku perlu kembali ke jalannya cuma aku tidak kuat.. Aku tiada daya semangat.. Dimana aku perlu cari semua itu??
Banyak kali aku berfikir dan mencari cara untuk tetap istiqomah dan lawan bisikan dan nafsu syaitan tapi masih jatuh. Bagaimana?
Aku perlukan jawapan untuk terus bangkit tapi aku masih dalam kecelaruan diri membuatkan ku jadi begitu lemah..
Ya Tuhan… Bantulah hambamu ini supaya tidak jauh darimu.. Aku sungguh takut pada alamku yang seterusnya. Semoga aku terus kuat demimu Ya Allah. Semoga. Aamiin..
– Merpati Crystal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit