Saya kahwin dah almost 3 tahun dan gugur 3 kali sepanjang tu. Sebenarnya plan nak rileks rileks je untuk 2 tahun lepas kahwin, lepastu baru nak ada anak tapi lepas 9 bulan kahwin, terjadi 1 kandungan.
Alhamdulillah Allah beri peluang walaupun tak plan pun nak mengandung. 3 bulan kemudian saya gugur dengan macam macam cabaran dan kesakitan (mungkin sebab pertama kali gugur).
Awal tahun lepas pregnant kali ke-2, beberapa bulan lepas gugur yang pertama. Kalini pun saya gugur juga semasa kandungan 2 bulan. Tapi gugur kalini expected sebab mengandung kosong atau lebih dikenali sebagai blighted ovum.
Hujung tahun lepas pregnant kali ke-3 dan gugur juga semasa kandungan 3 bulan. Tak tahu gugur sebab apa. Mungkin bukan yang terbaik untuk kami.
Lepas dah gugur 2 kali, saya start jumpa gynae di KPJ. Semasa saya pregnant kali ke-3 saya memang checkup dengan gynae je tapi takde rezeki juga kandungan ke-3 tu.
Jadi bermula lah saya dan suami minta suggestion dari gynae tentang test yang kami perlu lalukan untuk detect apa masalah kami sebenarnya.
Antara test yang disarankan untuk saya sebab kandungan semuanya gugur dalam first trimester:
1. Antibody test (untuk isteri)
2. Chromosomal test (untuk suami isteri)
3. Talasemia test (untuk suami isteri)
Jadi kami decide untuk buat Antibody test and Talasemia test dulu. Kos untuk kedua dua test ni di KPJ, RM400+ termasuk consultation.
Tujuan Antibody test: untuk tengok sama ada antibody badan isteri menerima fetus yang tengah cuba grow ataupun antibody dalam badan membunuh fetus setiap kali dia mula wujud dalam rahim sebab antibody dalam badan rasa fetus tu benda asing dan tak patut grow dalam rahim.
Tujuan Talasemia test untuk suami isteri: kalau suami isteri dua-dua positive talasemia, boleh result in chromosomal disability pada fetus/bayi yang sedang grow. Sesetengah chromosomal disability akan menyebabkan fetus/bayi mati pada awal atau tengah pregnancy.
Kalau salah sorang positive, tak ada masalah. Ada 2 benda yang boleh menyebabkan disability pada fetus/bayi: positive talasemia dan blood group -ve. So kalau dah selamat dari dua-dua, tak perlu buat chromosomal test.
Next, disebabkan kami rasa macam mungkin kena improve kesihatan telur dan sperma yang dihasilkan, jadi kami minta cadangan juga tentang benda tu. Suggestion gynae pada kami adalah:
1. Isteri makan capsule Vitamin D + Calcium. (Gynae recommend Abbott Serbex)
2. Suami makan Multivitamin. (Gynae recommend Blackmores.
Selepas beberapa minggu, kami jumpa dietitian di PCMC untuk minta cadangan dan pendapat tentang situasi kami. Cadangan yang diberikan:
1. Exercise yang berpeluh kaw kaw sejam setiap session atleast twice a week.
2. Make sure makan a bowl of salad and a bowl of fruit EVERYDAY. Kalau tak mampu, a bowl of salad + fruit EVERYDAY.
3. Jaga food intake. Guna portion guide 1/4 carbo, 1/4 protein dan 1/2 vege & fruit.
4. Dietitian recommend base on personal experience dia untuk suami makan Himalaya Speman and Himalaya Kapikachu.
Kalau gugur, menangis kesedihan sambil redha bahawa kandungan tu bukan yang terbaik untuk kita. Allah taknak menyusahkan kita sebabtu dia gugurkan kandungan yang tak elok untuk kita.
Selain dari semua diatas, berdoa berdoa dan berdoa kepada Allah kerana Allah adalah maha mengetahui masa yang sesuai untuk kita, maha memberi rezeki pada kita dan maha besar. Percaya Allah sedang mendengar dan akan kurniakan kita zuriat pada masa yang tidak disangka sangka inshaAllah.
Update: Kini saya hamil 5 bulan dengan bayi yang membesar dengan sihat alhamdulillah. Tolong doakan yang baik baik.
Semoga bermanfaat.
– Rayna
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit