Salam semua, harapnya confession ni diterima. Dah banyak kali buat tapi mungkin cerita tak menarik sebab setiap kali tulis je pasal masalah yang berlaku. Tapi hidup aku memang selalu banyak masalah cumanya tak ada orang yang tahu. Semua orang ingat ok je.
Untuk confession ni aku ceritakan tentang perkara terdekat yang berlaku. Banyak lagi yang lain tapi tak larat nak bagi tahu. Mula2 aku akan tulis dulu perangai diri aku. Mungkin ada yang akan kecam sebab yelah perangai tak elok pun nak bagi tahu nak bangga. Aku seorang yang pemalu, pendiam, suka gelabah dan baran. Pelikkan pemalu tapi baran. Tapi nak buat macam mana, sepanjang hidup banyak masalah yang bagi tekanan.
Sekarang ni nak cerita pasal keluarga pula. Keluarga tak ramai cuma bertiga sahaja. Ayah dah pencen, suka bermasyarakat, kawan keliling pinggang, suka buat ‘baik’, peramah, rajin membantu ‘orang lain’ dikala kesusahan. Rajin ke surau sekarang sebab dah pencen dan suka panjat bukit hari2. Buat ‘baik’ tu tak tahu yang mana satu baik dengan tak baik. Sebab ayah saya pandai berlakon. Kadang2 baik betul, kadang2 sebab nak jaga reputasi dan ego dia. Ni perangai baik ayah.
Ayah juga seorang yang hipokrit macam dah tulis tadi ‘baik’, tak mengambil berat tentang anak, isteri dan keluarga sendiri, suka melambat-lambatkan sesuatu, anggap semua benda remeh, suka ambil mudah, tak peka, memperlekehkan jika aku dan ibu sakit, tak ada dikala kesusahan, suka memaksa orang, cepat rimas dan tak pernah percaya apa yang aku dan ibu cakap. Prinsip hidup dia ‘keluarga yang suka jatuhkan keluarga’, dia masukkan aku dengan ibu lah tu.
Ibu seorang yang kelam kabut tapi buat macam2. Kerja ofis, kerja persatuan, kerja aku, rawat kucing, mengaji, beli barang, buat kerja surau ayah sebab ayah suka masuk sesuatu tapi bagi kerja dekat ibu lepastu kata dia yang buat. Kalau kita tak buat nanti buat ayat sedih kata kita tak nak tolong dia bila susah. Dia kata kita tak pedulikan dia. Prinsip dia kata keluarga jatuhkan dia tapi dia guna keluarga untuk naikkan dia dan dia biar kami dalam kesusahan sendiri2.
Ibu dengan aku jenis yang cepat penat, lemah, selalu rasa nak pengsan, tak sempat makan sebab banyak kerja sedangkan ayah aku yang dah pencen tu selalu kata tak sempat makan sebab banyak kerja. Bila ibu tak balik tengah hari dia kata lapar sangat.
Tapi bila ibu beli/ masak dia jarang makan sampai membazir terbuang sambil buat muka ego kata dah makan. Bila ibu dan aku sakit dia tak fikir pun nak belikan makanan. Itu yang aku kata hampa tu. Bila dia seronok dia nak kita seronok sekali. Bila kita dalam masalah dia tak nak tanggung sekali. Alasan dia nanti tiba masanya kita boleh buat. Jenis yang suka lupa diri setiap kali senang.
Cerita pasal aku pulak. Semua tu betul bukan pura2. Aku memang pendiam, pemalu dan pembaran. Lagi2 buat masa ni. Aku pelajar praktikal yang kena hantar report dengan cd sekali. Dalam bulan 6 ni aku selalu tak cukup tidur dan tak sempat makan dengan banyak kerja dekat ofis lagi. Laptop selalu bermasalah. Hang, blank, stuck, hilang segala-galanya nak berlaku di tambah pada masa yang genting ni. Buat paging tak jadi2. Cd tak burn lagi, cover tak buat lagi sedangkan nak hantar lagi 2 hari. Ni dah masuk 1 hari setengah nak hantar.
Aku penat2 buat sampai sakit pinggang, badan bengkak, gastrik, sakit kepala. Ibu pulak demam tak sihat ditambah stress layan baran aku. Ibu dan aku dua2 dah pucat. Memang selalu macam ni setiap kali nak exam, presentation, buat report, buat assignment. Ibu lah orang yang paling ambil berat, tak sihat dan stress layan baran aku. Aku bila stress, baran aku menjadi2 dengan mengamuk, menangis, tak semangat, rasa nak bunuh diri macam2 lah. Hanya ibu je yang tahu. Ayah pula kata biasalah aku mengada2.
Sekarang sambung cerita report tadi. Aku dengan ibu bagai nak gila tapi ayah aku senang mengarah ibu suruh beli hamper untuk jamuan raya surau hari yang aku nak hantar report tu. Dah aku kata dia tu bermasyarakat memang bagus. Selalu tolong kawan. Tapi apa2 jadi dekat anak dengan isteri dia pandang remeh je. Selagi tak mati, dia anggap kami ok. Kami tak balik sampai pagi buat kerja kadang2 buat kerja dia, dia sedap tidur lepastu kata risau juga. Mulut je kata tapi tak rasa di hati.
Aku jadi geram sebab dia tak berubah2. Perangai dia sama je. Hari ni aku tak makan dari pagi. Semalam2 pun ada tak makan tapi dia sedap2 je makan aku punya makanan yang ibu beli untuk makan dengan aku. Ibu selalu makan kongsi dengan aku. Aku terkilan dengan perangai ayah. Dia sambil makan tu dia kata sedap beli dekat mana sungguh2. Orang melayu selalu kata jangan cakap/ buat perangai yang boleh buat menyesal nanti. Tapi dari segi gayanya kalau ada apa2 jadi dekat aku tak ada siapa pun kisah. Ayah memang tak boleh diharapkan.
Tapi aku tak tahulah sepanjang hidup asyik hampa je, dengan perangai ayah, perangai ibu, perangai kawan2, sanak saudara, jiran, kawan kelas paling sekali hampa dengan diri sendiri. Hampa sebab aku jenis baran yang agresif. Dah banyak ibu aku kena sama ada mental atau fizikal dengan aku. Aku jenis baran tapi bukan sebab aku mintak cuma keadaan sekeliling/ masalah berlaku buat aku baran. Cuba untuk sabar tapi ada je benda yang buat rasa marah, ada je orang yang mengbangkitkan masalah.
Ini tak ada kena mengena tapi kalau aku jadi ibu, dah lama aku ceraikan ayah sebab tu islam letak kuasa di tangan lelaki. Lelaki berkuasa tapi lelaki salah guna kuasa. Kalau kuasa di tangan perempuan berpuluh2 lelaki kena cerai. Memang hampa sampai balik rumah penat edit print report. Yang edit untuk cd tak siap lagi.
Ibu letak makanan dekat depan ayah terus makan. Dia tak tanya pun sama ada aku nak makan ke tidak sebab dia dengar aku tak ada mood nak makan. Hanya percaya dengan apa yang dia dengar. Ye lah kerja tak siap, kalau buat salah kemungkinan gagal. Anak dia mungkin gagal tapi dia cuma pentingkan makan dia. Dia anggap aku tak nak makan. Aku cakap bukan bermakna tak nak cuma tak lalu je nak makan. Kan aku dah kata dia pemikiran singkat. Singkat sangat sampai hari2 menyusahkan ibu.
Itu jelah cerita pasal makan dengan report tak siap. Nampak remeh nampak simple tapi hari2 mengadap perangai orang macam ayah tak tahulah. Nak cerita lebih2 masalah dari kecil sampai besar malas sebab complicated. Orang tak tahu orang tak nampak. Yang orang tahu aku sombong, panas baran dan pendiam. Aku pun dah hampa dengan report aku ni. Tak tahu lulus ke tak. Jadi itu je.
– Hampa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit