Hi semua. Terima kasih jika sudi baca cerita ini.
Aku berusia pertengahan 30an, baru berpindah ke kampung halaman setelah menabur bakti di negeri orang.
Aku baru bekerja di sebuah syarikat yang bidangnya adalah berlainan dari pengalaman kerja aku sebelum ini.
Oleh disebabkan gaji yang ditawarkan dalam anggaran yang aku perlukan, aku terima walau pon pahit dek kerana komitmen yang menggunung setinggi gunung everest.
Permulaan kerja, aku disambut baik oleh rakan-rakan dan majikan. Majikan juga nampaknya begitu baik melayani dan menyantuni pekerjanya.
Bila tiba hari gaji, amaun yang aku terima tidak seperti yang dinyatakan di dalam `Offer Letter`.
Aku pun terus memaklumkan kepada beliau akan hal ini. Beliau menjawab bahawa memang begitu kerana aku tidak bekerja dari awal bulan.
Aku sedikit pelik kerana tarikh lapur diriku adalah pada 3hb. Aku bertanya lagi, benarkah pengiraan majikan kerana jumlahnya adalah agak banyak bagi diri aku.
Dia pon menjawab nanti dia akan menyemak semula.
Tahu-tahu, baki duit gaji sudah dipindahkan ke dalam akaun. Tiada sebarang ucapan maaf darinya atas kesilapan itu.
Tidak berapa lama, ada sesuatu perkara yang aku tidak memahami dan aku bertanya kepadanya.
Secara mengejut beliau meninggikan suaranya kepada aku. Beliau tidak menjawab soalan yang aku utarakan, malah memusing cerita hingga ke zimbabwe.
Pada akhir perbualan itu baru beliau menjawab pertanyaan aku. Aku juga sudah terasa bengang, tapi ku tahan demi memikirkan aku ingin mencari rezeki.
Setelah aku kembali tenang, aku pun mengambil inisiatif bertanya kepada beliau jika ada kekurangan yang perlu diperbaiki.
Beliau menjawab dengan sedikit `langsi` bahawa aku tidak melakukan kerja dan hanya main-main sahaja.
Betapa kesabaran ku yang senipis kulit bawang itu bagai disiat-siat setelah mendengar ungkapan itu.
Rakan sekerja dan yang lain-lain menyaksikan betapa aku berhempas pulas menjalankan pekerjaan aku semahunya.
Maka, bertegang lidahlah aku disitu mempertahankan kan diri aku. Bermulalah episod hitam aku ditempat kerja.
Segala apa yang kulakukan tidak kena, jika tidak dilakukan lagilah membawa padah. Ku tahan diri demi membantu suami, meski keseronokkan kerja itu sudah tiada.
Hampir 2 minggu tekanan diberikan. Bukan aku sahaja, rakan sekerjaku juga terkena lampiasnya.
Dia juga diperkatakan benda yang serupa sebagaimana aku. Kami merupakan pekerja baru yang melapor diri pada hari yang sama.
Setelah hampir 2 minggu, majikan bertanya kepadaku mengapa prestasi ku kian merosot 2 minggu ni.
Aku menjawab bahawa aku sepatutnya bertanya kepada beliau apa masalah beliau denganku sejak dari pertanyaan tempoh hari.
Beliau sekeras-kerasnya menidakkan apa yang berlaku.
Malas memanjangkan masalah, aku pun berkata, baiklah. Mari mulakan buku baru dan lupakan sengketa itu. Aku mahukan suasana yang seronok di tempat kerja, bukan tegang.
Beliau pon menyambut baik perkara itu.
Tiba-tiba, ada sesuatu terjadi atas ketidakprofesionalan beliau mengurus sesuatu perkara.
Maka, beliau menyalahkan aku sepenuhnya. Sedangkan masalah itu berpunca dari beliau.
Suatu hari, beliau tergesa-gesa memindahkan aku ke pejabat yang lain. Petang sebelum balik diberi surat, perlu lapor diri ke tempat baru keesokkan hari.
Segala `grup` Whatsapp dipaksa `left` dan `delete` di hadapan beliau. Aku turutkan saja.
Ada 2 `grup` yang sudah tiada dalam telefon aku, tetapi aku masih ahli menurut beliau.
Maka, beliau mengejarku sehingga kekereta untuk memastikan aku sepenuhnya keluar dari `grup-grup` kerja berikut.
Sesuatu sangat kelakuan beliau bukan? Alasannya bahawa cerita di pejabat itu tidak perlu dibawa keluar.
Bila aku minta supaya beliau `remove`, tidak mahu pula.
Sehingga kini beliau masih berkata buruk tentangku disana. Tidak tahu apa permainannya.
Setiap hari bila waktu pulang aku bahagia. Bila memikir esok kerja, terasa lelahnya. Tiada lagi semangat mahu buat yang terbaik.
Doakan aku supaya mendapatkan pekerjaan yang baik, majikan dan rakan sekerja yang baik.
– Ayu Sedikit Abu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit