Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak ucap beribu terima kasih andainya cerita aku ni dipublishkan dan andai tidak, mungkin tiada rezeki. Ok aku mulakan dengan perkenalkan siapa diri aku. Aku seorang wanita berusia 25 tahun dan sedang menyambung pengajian di sebuah IPTA. Penampilan, biasa biasa sahaja.
Kalau baca tajuk kat atas, mesti dah dapat agak kan. Ye, aku pernah hampir dirogol tapi alhamdulillah aku masih selamat daripada kejadian tak diingini tu. Aku ada baca confession mengenai perspektif terlanjur daripada pandangan lelaki. Aku mengaku,memang lelaki kalau nafsu dia sedang bergelora. Memang kita sebagai perempuan dalam keadaan bahaya. Why?
Aku tak pernah bercinta. Yes. Sampailah masa umur aku 23 tahun, aku punya keinginan nak bercinta memuncak muncak. Nak ada someone yang ambil berat pasal aku. Nak ada peneman. Benda tu mendorong aku install wechat. Haha, korang mesti tau kan apa aku buat lepas install wechat. Aku guna ‘people nearby’ untuk cari bakal jodoh. Ditakdirkan ramai lelaki add aku. Tapi aku pilih satu je. Nak try konon. So, aku accept dia punya request. Kami berjanji nak berjumpa kali pertama. Macam mana? Dia tunggu aku habis kelas dan datang jemput aku.
Aku kan tak pernah bercinta, so malu malu la. Cover cover. Pergilah makan kat kedai. So far, tak de apa apa yang berlaku masa kali pertama jumpa. Lepas dia hantar aku balik malam tu, dia dah start mesej naughty2. Siap mengaku pernah bersetubuh dengan janda. Dia rindu nak buat benda tu. Aku dah dapat rasa something wrong. Terus aku block. Alhamdulillah, Allah sedarkan aku untuk tak jumpa dia lagi.
Then, lepas beberapa bulan. Aku masih sunyi, konon nak try lagi cari bf. Try lagi wechat walaupun dah tau kat sana ramai lelaki yang gatal. Then, ada sorang lelaki bagi salam perkenalan. Aku accept. Dia ni mesti budak baik. Tu apa yang aku fikir. Lama jugak kitaorg mesej tapi tak berjumpa. Selama mesej dengan dia, dia memang baik. Selalu ingatkan solat. Jenis penyabar. Then, aku decide nak jumpa. Yes, aku yang ajak dia jumpa.
Kami berjumpa kat sebuah shopping mall. Sebabkan tak pernah dating, aku tak tau nak buat apa. Aku ikut je dia pusing2 mall tu. Lepas pusing mall tu, dia bosan and ajak teman dia pergi satu tempat. Tempat dia kerja. Ok, aku ikut. Tapi yang bodohnya. Aku pergi ikut dia naik motor. Kau faham perasaan bila lelaki perempuan naik motor sekali? Bergeser sana, bergeser sini. Aku memang tak de rasa apa apa, tapi yang si lelaki ni setiap kali berhenti kat traffic light dia gosok gosok peha aku. Something is wrong.
Balik tu, aku terus suruh dia hantar aku balik tapi dia cakap dia ada hadiah untuk aku. Dia beli susah susah untuk aku, tapi tertinggal kat rumah dia. AKu yang bodoh ni pergi lah ikut dia. Sampai depan rumah dia, dia tarik aku masuk dalam dan kunci pintu rumah dia. Aku tak tau nak buat apa masa tu cuma kebetulan aku memang selalu bawak al-quran dalam beg aku. Aku peluk beg aku. Dia? Dah macam kena rasuk syaitan. AKu tak boleh nak tolak dia sebab dia lagi besar dari aku. Dia peluk, dia cium. Aku pujuk dia suruh lepaskan.
Dia cakap dia akan lepaskan pukul 7 petang nanti. Kebetulan time tu dah pukul 6.30 petang. Mungkin dia takut kawan dia balik, sebab tu dia janji pukul 7 dia lepaskan aku. Selama setengah jam tu, korang rasa apa yang dia dah buat? Kalau nak ikut, setengah jam tu dia dah boleh rogol aku. Tapi, dalam masa setengah jam tu aku pujuk dia, cakap yang aku datang hari lain, dan macam macam la nak lengahkan masa. Dekat pukul 7, dia sedar yang aku lambatkan dia, dia terus tarik aku baring dan hempap aku. Ya Allah, time tu aku cuma berharap pada Allah. Maafkan kebodohan hambaMU ini.
Nak dijadikan cerita, aku tuntut dengan dia untuk bukak kunci pintu sebab dah pukul 7. Dia bukak dan alhamdulillah, aku terselamat.Walaupun aku terselamat daripada menjadi mangsa rogol, kesan dia mendalam. Aku trauma pada lelaki. Aku tersedar yang nafsu dan keinginan untuk bercinta menyebabkan aku hampir menjadi mangsa rogol. Betapa bodohnya aku. Ye, aku sedar aku salah. Sampai sekarng, aku dah tiada keinginan untuk bercinta. Andai kata seru datang, aku hanya akan berkahwin tanpa cinta. Biarlah cinta datang setelah hubungan yang halal. Berhati hatilah.
– Miss J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit