Hampir Mangsa MLM

Assalamualaikum, Sebelum tu aku minta maaf kalau penceritaan aku ni kurang menarik. Cuma aku nak kongsikan pengalaman aku dengan MLM.

Semalam aku ada baca confessions bertajuk MLM Gila! (https://iiumc.com/mlm-gila/).

So terdetik nak kongsi pengalaman hampir terjebak dengan MLM Sk*r A. MLM Sk*r A ni famous dalam tahun 2010.

Aku tak tahu sama ada Sk*r A ni famous awal lagi dari tahun 2010 tu tapi aku hampir ditipu kawan baik aku sendiri pada tahun 2010. Sedikit pengenalan mengenai aku, aku belajar di sebuah universiti awam kos asasi di Selangor pada tahun 2010.

Selalu orang cakap kalau kawan lama kau yang lost contact atau kawan yang masa kat sekolah dulu hanya berbalas senyuman je contact kau..mesti MLM. Kes aku tak, kawan baik aku sendiri yang ajak aku join benda ni.

Kawan aku ni budak pandai di sekolah, dapat biasiswa kat Universiti di Perak dan masuk belajar awal dari kami yang lain sebab dia punya program untuk budak -budak pandai je.

Erti kata lain budak pandai dan dapat full biasiswa. Ok, cukup pengenalan berkenaan kawan baik aku ni. So, lepas ni aku gelarkan dia Miss K.

Suatu hari, Miss K ajak aku join program Sk*r A pada hari Sabtu. Kalau orang lain, mesti ajak makan dulu atau dibawa ke suatu tempat yang tiba-tiba korang kena briefing. Mungkin sebab bestfriend aku kot sebab tu dia terus ajak aku pergi program Sk*r A.

Aku pun tak berapa tahu pasal Sk*r A dan MLM ni. Budak lepasan SPM manalah nak tahu pasal MLM ni. Aku pun setuju sebab teruja kot nak jumpa bestfriend. Kali terakhir jumpa masa ambil keputusan SPM. Jadinya, pagi Sabtu aku pun bersiap nak keluar dengan Miss K.

Masa nak kunci pintu bilik, housemate aku tanya nak pergi mana? Aku jawab keluar dengan kawan. Ada program Sk*r A. Housemate aku tanya aku nak repeat SPM ke? Kenapa nak pergi program Sk*r A?

Ha..ha…ha.. Aku speechless. Aku jawab entah. Kawan ajak aku pergi jelah. So bermulalah soalan dalam kepala aku kenapa nak pergi prgram Sk*r A?

Miss K telefon aku bagitahu dia dah sampai di bawah asrama aku. Aku pun turun dengan girangnya.

Dari jauh aku nampak dia berdiri dengan seorang perempuan aku gelarkan Miss P. Miss P ada sport car. Warna merah gitu. Aku pun husnuzon maybe dia nak ajak kawan dia sekali.

Bila sampai dekat Miss K aku pun okey jom gerak. Miss K cakap sekejap ada dua orang lagi belum sampai. What?

Fast forward ada tiga orang termasuk dengan aku yang akan jadi mangsa mereka. So berhimpitlah kami dalam kereta sport Miss P yang merupakan senior Miss K.

Sampai di sebuah bangunan yang terbentang logo Sk*r A, kami pun turun beramai-ramai. Miss K ajak aku masuk dalam dewan yang penuh dengan bakal-bakal mangsa MLM. Tua, muda, lelaki, perempuan semua ada.

Miss K tinggalkan aku terkontang kanting dalam dewan seminar dengan dua orang budak seuniversiti aku tu. Miss A dan Miss B. Miss A tanya aku macam mana boleh join program ni? Aku bagitau Miss K tu bestfriend aku.

Miss A dan Miss B boleh join sebab Miss P adalah bekas senior mereka (kalau tak salah aku lah. Ingat ingat lupa).

Dari tempat aku duduk aku nampak Miss K bergerak ke sana ke sini dengan berpakaian blazer bersama-sama beberapa wanita dan lelaki yang turut berpakaian blazer. Lagak mereka seperti fasilitator.

Okay, aku ceritakan sedikit apa yang berlaku dalam seminar Sk*r A. Moderator (Aku panggil moderator jelah sebab aku tak tahu nak gelarkan apa untuk lelaki yang berucap/ membohong depan orang ramai tu) budak universiti Miss K.

Tetapi dah drop separuh jalan sebab dia bagitau yang buat bisnes Sk*r A lagi untung dari belajar degree sebab sebulan dah dapat puluh-puluh K.

Dia dah boleh beli macam-macam pada parents dia. Sambil menangis teresak-esak depan pentas. Waktu ni kawan-kawan seangkatan dengan dia tepuk dengan bersorak dengan kuat.

Aku pun naik menyampah tengok situasi ni. Tapi dalam hati aku pun teringin nak beli macam-macam kat parents aku.

Ok, point pertama untuk aku join Sk*r A. Kemudian, moderator lain pula sambung dengan cerita macam mana nak buat duit.

Sk*r A ada banyak jenis plan. Kita kena jual produk berkonsepkan pelajaran. Ayat yang aku ingat sampai sekarang.. Program lain akan hilang ditelan zaman tapi pendidikan akan kekal sepanjang zaman.

Dia terangkan jenis-jenis pelanggan yang potensi tinggi. Dalam kepala aku aku dah fikir siapa pelanggan-pelanggan tersebut.

Jiran aku yang ada anak dan bekas rakan sekerja aku ketika aku kerja part time. Dulu dia pernah hantar anak dia tuition dengan aku. Done point nombor 2.

Selepas habis moderator 1 dan 2 berucap, sesi talk face to face dengan Miss P dan kawan-kawan mereka yang sama level. Miss K level bawah lagi. Sebab tu belum layak bagi ‘talk’ face to face.

Kami dibahagikan kepada beberapa group. Bila tiba giliran aku, Miss K pun datang berdiri sebelah aku.

Hek eleh.. Time ni baru nak muncul. Senior Miss K bla.. bla.. bla.. Aku masa tu memang dah tekad nak join. Sebab terpedaya dengan janji bulan dan bintang mereka.

Miss K tanya aku nak join pakej mana? Pakej paling murah sama harga dengan biasiswa asasi aku. Kiranya kalau aku join pakej tu memang duit aku habis.

So Miss K bagi cadangan pada aku untuk pinjam duit pada family. Aku suruh je Miss K tick pakej tu dan bagi borang kat aku. Nanti duit biasiswa masuk aku maklum pada dia. Miss K dan upline dia tu pun seronok tak terhingga. Kami balik ke asrama dalam pukul 10 malam.

Boleh dikatakan hari-hari Miss K mesej aku tanya duit biasiswa dah masuk ke? Kena bagitahu dia kalau dah masuk. Kena cepatlah.. bla.. bla.. bla..

Aku suruh Miss K bayarkan dulu. Miss K cakap tak boleh. Kena bagi aku rasa susah nak cari duit untuk beli plan Sk*r A. Tadi cakap nak kaya sama-sama.

Ceh! Aku ada telefon abang aku tapi abang aku kata rugi duit sebab skop tak besar mana. Ok, aku diamkan dulu. Seminggu dua lepas dari tu, sepupu aku yang kerja cikgu ajak tidur rumah dia. So, aku pun pergi.

Masa makan malam aku cerita ada dua minggu lepas aku pergi kawasan bangunan Sk*r A tu. Ada seminar. Konon nak jadikan sepupu aku tu downline aku lah.

Terus sepupu aku bagitau hati-hati kawasan tu ada orang buat seminar tipu orang. Macam MLM. Aku pun malas nak ‘betulkan’ persepsi sepupu aku tu. Sebab masa tu aku memang tekad dah nak join Sk*r A.

So minggu beralih minggu. Duit biasiswa aku pun masuk dalam bank. Aku mesej Miss K bagitahu duit biasiswa aku dah masuk. Tapi aku tak transfer pada dia pun lagi.

So esok tu dia asyik mesej desak aku untuk transfer pada dia. Tak cukup dengan dia, Miss P pun call aku suruh transfer.

Disebabkan aku ni jenis tak suka orang desak-desak aku. Aku terus bagitahu pada Miss K yang aku tak jadi join program Sk*r A. Alhamdulillah.. kadang-kadang petunjuk tu datang dalam pelbagai cara. Miss K pun tak mesej aku dah lepas tu.

Setahun selepas kejadian, aku jumpa artikel yang mengatakan Sk*r A ni MLM. Aku share ke private mesej Miss K. Dia baca saja tanpa balas apa-apa atau minta maaf.

Btw, kawan aku tu pointer dia jatuh mendadak sebab sibuk cari downline. Mohon, jangan keji kawan aku sebab kawan aku tu miskin masa tu dan cuba cari alternatif untuk dapat duit.

Itu saja perkongsian aku. Aku harap tahun 2020 dan ke depan tak ada lagi orang yang tertipu dengan MLM. Bukan mudah nak kaya. Semua kena usaha dan tiada satu alasan pun untuk halalkan MLM.

Sebelum tu aku nak minta maaf kalau ada yang aku tersalah cerita sebab semua ni pengalaman aku. Cuma aku risau kalau ada yang tercampur aduk atau fakta salah.

Ok bye..

– Cik Nerd (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *