Hampir Menjadi Penyondol

Hai semua, tujuan saya menulis disini adalah untuk membalas artikel dari cik H, ‘Dari Kekasih Kepada Skandal Suami Orang’, (https://iiumc.com/dari-kekasih-kepada-skandal-suami-orang/).

Memang sejenis yang merosakkan rumah tangga orang samada lelaki waima wanita kita akan kecam, marah sakit hati kann?

Macam tu jugak Nuha (bukan nama sebenar), Nuha benci benda ni, ada beberapa orang sekeliling Nuha yang ditinggalkan suami demi orang ketiga.

Tapi betullah kita diuji dengan kata-kata kita sendiri. Nuha terjerat dengan cinta suami orang. Nuha terjatuh cinta dengan suami orang.

Kami satu tempat kerja, setahun selepas Nuha bekerja disitu, beliau Nuha gelarkan En.M sering bergurau seperti nak mengorat Nuha,

Nuha abaikan dan anggap ianya gurauan orang lelaki. Sebab kebanyakan mereka iaitu lelaki di ofis selalu bergurau begitu. Kadang mereka bergurau lucah dengan officemate perempuan yang dah berkahwin.

Nak dijadikan cerita, En.M mesej dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan Nuha isteri kedua, En.M Siap cakap lagi isterinya izinkan dan dia nak carikan kawan untuk isterinya. Bak kata En.M la.

Lagipun mereka dah 6 tahun berkahwin dan belum dikurniakan anak. Jadi Nuha fikir mungkin mereka nakkan Nuha sebab nak kan ada zuriat.

Nuha tolak permintaan En.M tapi En.M bermula hari tu setiap hari kacau Nuha, mesej dan kol. Kesilapan Nuha adalah Nuha melayan.

Kami tak bercinta, sungguh. Tapi tanpa Nuha sedar wujud rasa sayang dengan suami orang itu.

Sebab En.M ni orang nya romantik walaupun Nuha tak membalas sayang nya, dia layan Nuha sangat baik, belikan makanan hantar dirumah, sentiasa tanya khabar dan sangat caring.

Nuha akui Nuha dah mula sayangkan En.M. Nuha tak pernah dapat layanan sebegitu dari lelaki sebab Nuha tak pernah bercinta.

Nuha hampir lemah dalam rayuan sweet talkernya beliau dan layanan nya. Tapi setiap kali En.M mesej dan memberi sesuatu Nuha akan cakap ingat isteri kenapa nak mesej perempuan lain dan belikan benda-benda ni.

Tapi En.M akan cakap isteri dia tahu, isteri dia ada kat sebelah masa En.M mesej. Dan isteri dia yang nak dia beli semua tu. Katanya begitu.

Nuha makin yakin, sayang dan Nuha rasa Nuha bersedia jadi isteri kedua. Nuha nak berjumpa isteri dia.

Tapi En.M selalu berdalih. Kami tak bercinta ya. Kami tak ada apa- apa hubungan tapi Nuha dah rasa disayangi dan menyayangi lelaki ini.

Tapi Allah maha kuasa, Allah nak tunjukkan. Suatu hari semasa Nuha baru balik dari kerja ada seorang wanita menahan kereta Nuha dihadapan jalan. Nuha tak kenal siapa. Dia ajak Nuha bercakap dan memperkenalkan dirinya isteri En.M.

En.M pun ada tapi diam tersunggul. Isterinya tanya adakah Nuha sukakan suami nya, Nuha angguk.

Kemudian isterinya menerangkan keadaannya apa sebenarnya berlaku dan memarahi Nuha. Nuha masa tu terkesima diserang begitu, Nuha tak tahu nak cakap apa.

Nuha minta maaf berulang kali dengan isterinya dan memberitahu isterinya bahawa En.M menipu selama ini.

Isterinya tak pernah tahu kewujudan Nuha, tak pernah izinkan untuk berkahwin lagi, tak pernah ada pun disebelah semasa bermesej, tak ada pun kirimkan barang.

Nuha rasa serba salah dan sangat sakit hati. Semuanya kantoi lepas isterinya membaca mesej En.M dengan Nuha.

Nuha sangat menyesal, Nuha macam dah tak ingat tuhan bila dah menyayangi suami orang. Sakit ditipu sakit untuk melepaskan orang yang dah kita sayang. Memang susah nak move on.

Nuha dah block nombor En.M , urusan kerja berhubung dari group whatapps je.

Selepas beberapa bulan, Nuha dapat kerja lain dan berhenti kerja ditempat lama. Memang ada rayuan dan cubaan dari En.M untuk mendekat tapi Nuha elak dan tegas dengan diri.

Kesimpulan nya kan, Nuha just nak sesiapa sahaja perempuan di luar sana. Jaga jarak , jangan bagi ruang, jangan melayan mesej atau kol dari suami orang, kalau boleh jangan simpan no telefon suami orang. Jangan bagi ruang tolong la.

Nuha belajar dari kesilapan Nuha. Nuha menyesal, sampai sekarang Nuha masih dihantui serba salah. Kalau isterinya pun dia boleh tipu tak mustahil kalau Nuha jadi isterinya Nuha pun akan diperlaku yang sama.

Suami orang pun sama, jaga pandangan, jangan selalu bergurau lucah dengan rakan sekerja bertepuk bertampar dengan lawan jenis. Ingat isteri yang susah senang bersama.

Kalian dah jadi isteri /suami orang jaga batas pergaulan,sekang bukan lagi masa untuk kalian mencari cinta tapi masa untuk kalian mempertahankan cinta yang dah ada. Kahwin suatu ibadah yang akan dipersoal nanti.

Minta maaf dari Nuha segala salah dan silap semua yang baik dari Allah yang kurang dari Nuha.

Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 yang merosakkan hati kita, semoga kita tidak tergolong dalam wanita yang merosakkan mahligai orang lain, semoga kita semua boleh berpikir dengan waras.

Sentiasa dekatkan diri dengan Allah, sibukkan diri dengan usrah ceramah dan ilmu agama agar kita terhindar dari melakukan perkara yang tak baik.

Maaf sekali lagi. Mohon doakan yang baik-baik untuk Nuha. In shaa Allah yang baik-baik juga untuk kalian. Terima kasih.

– Nuha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *