Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. Terima kasih pada admin sekiranya luahan aku kali ini disiarkan lagi.
Sebelum ini aku pernah hantar confession tapi dengan nama lain. Kalini aku nak cerita tentang kekecewaan yang terjadi dalam hidup aku baru-baru ni.
Sebelum tu aku kenalkan diri, nama aku N, seorang perempuan berumur 22 tahun. Ok cukup perkenalkan diri, mari kita mulakan bercerita.
Cerita berawal pada tahun 2020 aku mula bekerja di tempat baru. Tak lama kerja aku kenal dengan seorang lelaki sebab aku pindah department sebulan lepas kerja.
Aku namakan dia K Aku tak tipu orangnya memang manis, jenis soft spoken, baru kenal aku da boleh bergurau dengan dia macam dah lama sangat kenal.
Sejak dari tu aku mula rasa selesa dengan dia. Rehat sama-sama, makan sama-sama. Sampailah kena satu syif dengan dia sementara.
Makin hari makin rapat. Dah mula keluar sama-sama. Balik dari kerja syif malam terus pergi sarapan. Awal perkenalan dia banyak cerita pasal dia dikecewakan.
Ditinggalkan. Ada yang walaupun dah kahwin masih stay sampai dia tahu sendiri yang kekasih dia tu dah kahwin dan dah mengandung pun. Time tu memang aku fikir dia ni bodoh kenapa dia tak tahu tak cari tahu.
Lepas dia dah lama tu, aku tanya dia betul ke dia single sebab aku risau kalau kawan rapat sangat nanti boleh rosakkan hubungan dia. Dia kata takda. Aku pun memang single. So apa salahnya cuba kan. Dekat sini saja aku dah mula silap langkah.
Kalau aku tahu apa akan jadi pada aku lepastu memang aku tak rapat dengan dia. Tapi macam mana sebab kami bekerja di satu tempat yang sama.
Aku dah mula sayang dia. Sampai kawan-kawan kerja asyik kenenkan kiteorang. Dia pun selalu gurau kalau orang tanya nama aku.
Dia gabungkan nama kitaorang. Cakap lah dengan aku perempuan mana tak jatuh sayang.
Lepastu makin hari kami makin rapat sampai dah tahap aku makin sayang kat dia. Dah mula keluar sama-sama hampir setiap minggu keluar. Kalau salah sorang takda terus call.
Tak pun video call. Kat mana-mana pun inform buat apa. Aku rasa selesa dengan dia. Dia kelakar, banyak bagi pendapat, kalau aku buntu aku terus tanya dia dan dia pun banyak bagi aku dorongan.
Walaupun aku rasa aku ni dalam toxic relationship tapi aku selesa. Sayang kat dia. Walaupun macam-macam yang dia dah buat pada aku.
Tapi sebab sayang, aku bertahan.
Lepas setahun tu yela tahun 2021 dia tipu aku, aku tahu sendiri dia ada perempuan lain. Tak lain tak bukan ex dia dulu.
Dia pernah cerita kat aku ex dia pernah curang, abaikan dia. Dia kata dia balik pada perempuan tu masa dia dah kenal dengan aku. Sakit kot masa aku tahu tu.
Aku ni pun bodoh pergi nangis depan dia. Aku minta jangan tinggalkan aku, aku dah sayang dia. Aku minta dia untuk pilih aku atau perempuan tu.
Tak lama selepas cerita tu, dia kata pada aku dia dah putus dengan perempuan tu. Dia kata dia sayang aku. Aku pun mula tunjukkan effort.
Dia nak apa semua aku cuba tunaikan. Masakkan makanan yang dia teringin tu siap aku hantar sampai tempat kerja bila dia berlainan syif dengan aku.
Malam-malam pun aku sanggup hantar makanan tu pada dia. Masa tu aku belum ada kereta, aku naik motor malam-malam hantar makanan.
Bila dia kata teringin nak makan kek itu kek ini, lepas gaji aku luangkan masa aku untuk buat apa yang dia nak tu. Dia kata teringin nak makan burger, aku hantar wei malam-malam pergi tempat kerja dia.
Aku tanya dia ‘ada air tak?’ sebab memang jenis dia, dia jarang bawa air.
Jadinya aku dah siap-siapkan duit sekali untuk dia beli air.
Bab duit aku tak berkira. Kalau keluar kiteorang akan gilir-gilir keluar duit. Kalau dia kata dia tak cukup duit. Takpa guna saja duit aku dulu.
Nanti duit tu ganti lah buat pusing modal kalau aku minta apa-apa. Haha, kira macam tabungan lah gitu. Aku tak minta pun nak barangan atau apa.
Kadangnya dia sendiri yang keluar duit belikan apa yang aku nak. Padahal aku tak minta. Tiap kali aku teringin aku cakap nak beli bila dah gaji nanti. Dia da belikan dulu.
Bila aku sakit, dia hantar aku pergi klinik, belikan ubat, orderkan makanan. Caring.
Bila turn aku kerja malam pula, dia hantarkan makanan kat aku, setiap malam dia akan call tanya kerja banyak ke, lepastu cerita apa yang jadi kat tempat kerja tu pada sebelah siangnya.
Bergurau, ketawa, nangis semuanya aku hadap dengan dia. Tak sikit pun tertinggal. Time ni aku rasa dia untuk aku. Selepas bertahun aku cuba bangun dari masa lalu. Aku dapat bahagia aku balik.
Tapi tak lama. Baru-baru ni aku dapat tahu K dah tunang dengan perempuan yang dia putus tu. Aku rasa hancur sangat, kenapa perlu tipu aku.
Dia cakap pada aku dia dah padam FB dah padam IG sebab tak nak tahu apa-apa da. Tapi kenyataannya, dia tipu aku. Dia tak padam.
Dia cuma block aku. Dia tak nak aku tahu langsung pasal semua tu. End up, K cakap dengan aku dia bukan tak nak bagitahu, tapi dia takut aku tak boleh terima , dia takut aku dah tak nak KAWAN dengan dia lagi.
Bila dah jadi macam tu baru dia kata KAWAN. Aku tanya dia seronok ke permainkan aku macam ni. K kata dia tak seronok. Dia tak suka mcm ni. Dia sayang aku. Bab sayang tu dia kata dia tak gurau.
Dia memang sayang aku.
Aku bagi pilihan lagi, perempuan tu atau aku. Kalau dia masih pilih perempuan tu, PUTUS KAWAN.
Dia tak nak pilih. Dia nak dua-dua. Allah.. kenapa lah aku jumpa lelaki tamak macam ni. K pernah kata pada aku, kalau dia dengan perempuan tu nanti belum tentu dia bahagia.
K kata dia dengan perempuan tu sebab terpaksa. Bila aku tanya kenapa terpaksa. K senyap takda jawapan.
Kesudahannya, dia pilih juga untuk tinggalkan aku. Takpa aku sakit sekarang. Allah tu nak tunjuk sekejap saja.
Kalau aku tak tahu, mungkin sampai dia kahwin aku masih dengan dia. Aku tak kuat, aku tak boleh sendiri, mesti aku nangis. aku tengah cuba kuatkan diri.
Penat aku ambil masa nak bangun balik, macam tu saja dia hancurkan aku. Macam tu saja dia tinggalkan aku. Pedih wei. Semangat aku hilang macam tu saja. Dah banyak kenangan dicipta. Sakit sangat bila kadang-kadang teringat.
Kawan aku cakap aku patut bersyukur sebab Allah dah tunjuk K bukan lelaki yang baik. K bukan untuk aku.
Sekarang aku masih dalam proses sembuhkan balik hati aku, emosi aku. Sakit sangat rasanya. Tengah taip pun aku menangis. Semoga aku terus kuat untuk tempuh hari-hari mendatang.
Untungnya sekarang aku dah tak satu tempat kerja dengan K :) aku baru pindah tempat kerja sebulan yang lepas. Alhamdulillah. Allah dah atur jalan hidup aku. Semoga lepasni yang baik-baik saja.
Maaf kalau luahan aku terlalu panjang. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku. Mohon doakan yang baik-baik saja. Semoga doanya berbalik pada kalian :)
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit