Hancur

Aku.. Manusia yang penuh dengan dendam. Dendam yang tak akan dapat kubalas sampai bila-bila. Hanya mampu diam kan diri selamanya.

Siapa kata anak bongsu sering dimanjakan? Siapa kata anak bongsu selalu dapat apa yang dia nak? Semua tu hanya illusi semata-mata.

Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Kami semua boleh dikatakan berjaya. Masing-masing berpelajaran sehingga degree dan dah ada pekerjaan sendiri.

Adik-beradik aku yang lain semua kahwin kecuali aku sahaja yang masih single. Semuanya tak duduk sekali.

Aku pilih untuk jadi single sebab aku takut. Aku takut salah pilih. Aku give up dengan namanya jodoh. Dengan apa yang aku tengok, dengan apa yang aku dengar, buatkan aku takut.

Dari kecil sampai aku besar, aku ingat setiap perkataan kesat yang keluar dari mulut seorang ayah. Sakit. Sakit. Dan sakit. Makin aku besar, makin aku faham siapa aku di mata mereka.

Dalam hati aku, aku sentiasa berfikir untuk pergi jauh dari semua ni. Aku nak keluar dari topeng yang aku pakai selama ni. Aku penat. Aku berharap aku akan hilang dari pandangan mereka semua suatu hari nanti.

Aku sering dimaki, dihina dari aku kecil. Pantang ada salah sikit, mesti aku yang kena. Itu yang buatkan aku berontak dari kecil.

Semuanya jadi bertambah teruk bila melibatkan duit. Aku penat dengan perkataan duit. Aku kerja, outstation untuk cari duit. Tapi dia cakap aku hambakan kerja dari keluarga.

Time tu aku baru start kerja. Dah suruh aku cuti. Aku faham dia nak masa dengan keluarga, tapi untuk apa,

Setiap kali pergi bercuti atau keluar jalan-jalan, mesti cakap pasal hutang dan bila bagi pendapat, aku yang kena. Mulalah ungkit masa dulu. Time aku sambung belajar, dia korban macam-macam.

Aku faham sebab tu aku cuba untuk habis kan belajar dan sekarang aku tengah ambil master. Untuk sapa aku ambil, untuk diri aku sendiri? Tak, untuk dia, untuk kedua orang tuaku. Aku nak capai impian mereka.

Ada masa, aku bawak p jalan-jalan. Tapi setiap perjalanan tu, hati aku sakit. Tak habis-habis bandingkan aku dengan adik-beradik lain. ‘Cuba lah jadi macam abang kau, bila ayah ajak p bercuti, dia on ja, tapi kau kerja, kerja dan kerja’

Diorang gaji banyak dan dah kerja lama, dan apa yang diorang nak, diorang dapat. Bukan Aku. Aku usaha, simpan duit, kalau nak beli sesuatu atau nak p jalan-jalan.

‘Cubalah jadi macam abang kau, bila ayah perlu kan duit, dia bagi je. Tapi kau berkira’ Jujur aku cakap, gaji aku hanya bayar segala hutang, dengan loan bank dia. Aku tak ada apa-apa. Kalau aku ada, aku bagi.

Tapi itu tak seberapa sakit, yang lebih sakit, yang buat hati aku hancur, bila dia cakap dan ulang, abang aku adalah anak kesayangan dia. Sebab tu, dia bagi ja apa yang diorang nak. Habis aku, aku cuma dilahirkan untuk jadi hamba abdi?

Abang-abang aku senang, kena brainwash, terus lari balik rumah. Aku? Duduk sekali, hari-hari kena, perkataan kesat semuanya keluar dekat aku, sakit sangat.

Kalau barang kat rumah hilang, orang pertama yang kena adalah aku. Disebut pencuri, anak tak guna, bangang, bodoh, semuanya dah terlekat dalam otak aku.

Dia selalu marah aku bangun lambat. Tapi hakikat yang dia tak tahu, aku bangun awal sebenarnya, cuma tak keluar bilik sampai petang, sebab aku tak nak jumpa dengan dia.

Biarlah tak jumpa, kalau itu boleh bagi dia kebahgiaan dari menghadap muka kau dan buat dia sakit dan aku tak nak jadi anak yang biadap sebab melawan dia.

Sebab tu, sekarang ni kalau dia nak pergi bercuti, biarlah dia pergi dengan adik-beradik aku yang lain, aku tak nak jadi penghalang mereka bahagia dan aku janji aku akan bagi balik kebahagiaan mereka seperti sebelum aku wujud dalam dunia ni.

Sebab dia selalu cakap yang aku ni menyakitkan hati dia, tak macam abang-abang aku yang selalu buat dia senang.

Jadi, sekarang ni, aku selalu buat dia sakit hati dengan aku, dan brharap dia akan halau aku keluar dari rumah ni. Biar tak di anggap sebagai anak lagi, yang penting dia bahagia.

Walau hidup dekat luar tu susah, lebih baik dari hidup dalam kesakitan dan terus jadi anak yang tak menyenangkan hidup orang tua dia.

Aku bukan tak cuba untuk jadi anak yang baik, tetapi setiap kali aku cuba, dia cakap aku cuma pura-pura, mesti nak sesuatu dari dia lah, apa lah. Sama macam adik-beradik aku juga, perli aku lah, apa lah.

Sebab tu, aku give up, biarlah aku jahat di mata dia, yang penting, di mata dia, abang-abang aku anak yang baik, yang jaga dia, yang boleh buat dia bahagia. Bukan aku.

Dan aku tak akan pernah dapat bahagia kan dia sampai bila-bila, walau aku pernah simpan hasrat dan harapan untuk senyum, gelak dan bahagia bersama mereka tanpa perlu pakai topeng. Tapi sekarang semuanya tak ada lagi.

Patutkah Aku pergi jauh dari mereka dan jadi diri sendiri? Atau stay dan simpan rasa sakit dan dendam sampai bila-bila?

– V (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *