Assalamualaikum semua. Tujuan aku bercerita bukan mahu solusi, pendapat atau suggestion etc, kerana aku sendiri sudah memilih.
Aku cuma perlukan sedikit doa dan moral support sahaja. Semoga ada doa dari kalian yang dimakbulkan oleh Allah.
Dan ini hanya sekadar luahan untuk melegakan hati sendiri selepas bertahun2 memendam.
Perkahwinan aku sudah lama (bawah 10 tahun). Alhamdulillah.
Hidupku boleh dikatakan cukup baik, sudah dikurniakan anak2 yang baik, jawatan yang bagus, kewangan yang stabil, in-law yang memahami, suami yang sangat rajin, penyayang dan bertanggungjawab.
Semuanya bagi aku perfect, dan sepanjang perkahwinan kami tidak diuji dengan ujian berat kecuali satu. Suamiku A+ tapi seorang kasanova.
Sikap kami suami isteri sangat berbeza. Aku terlalu menjaga batas pergaulan manakala dia tidak.
Aku selalu diuji dengan perangai kasanova suamiku dari awal perkahwinan sehingga sekarang. Ya, hidup mana yang sempurna semua segi.
Aku tahu, cuma sakit untuk dihadap. Kerana bukan sekali tapi sepanjang perkahwinan.
Bertahun-tahun hingga sekarang. Dan masih tiada sinar untuk dia berubah.
Suamiku sangat baik melayan kami anak beranak. Cukup dari segi nafkah, dan kebajikan.
Seorang yang ringan tulang dalam hal kerja rumah, yang tidak kekok menguruskan anak2. Oleh sebab ini, aku pilih untuk bertahan.
Hanya sikap kasanova ini satu2 nya kekurangan dia ada yang cukup sakit untuk aku hadap.
Bayangkan sepanjang perkahwinan, macam2 berlaku.
Dan bertukar2 perempuan sudah. Sikap kasanova suamiku masih di tahap biasa.
Dia hanya berani berskandal hanya melalui handphone saja. Belum pernah sampai berjumpa, keluar dating & lain2.
Namun, skandal secara maya juga menyakitkan hati seorang isteri.
Suamiku tidak rasa bersalah langsung contact perempuan lain (even bini orang) dibelakangku.
Berwhatsapp, bertukar gambar, on call malah siap video call. Semua ini dibuat di belakang aku, namun Allah itu adil.
Selalu akan kantoi akhirnya. Masalah besar bagi aku sekarang, suamiku tiada tanda untuk berubah.
Walaupun sudah kantoi dan ditegur berkali2. Dia hanya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi.
Namun sayang seribu kali sayang ni semua wayang. Dia hanya “Rehat” sekejap dari menjadi casanova sehingga amarahku reda.
Dan kembali beraksi semula selepas itu. Dengan perempuan yang berbeza.
Aku cuba memafkan setiap kali aku teringat perbuatan ini, namun sakit itu tidak mampu sembuh kerana perkara yang sama akan berulang lagi. Dan rasa yang sama akan aku telan lagi.
Sakit hanya Allah saja tau. Dikhianati oleh orang yang kita harapkan & percaya adalah sangat dahsyat.
Tusukan nya kena tepat pada sasaran kerana di tikam dari jarak yang dekat.
Aku cuba jalani hidup dengan biasa selepas setiap pertengkaran, aku masih melayan suamiku dengan baik.
Tiada apa yang berbeza kerana aku pilih bertahan dan memaafkan. Mungkin ini ujian buat suamiku dan aku.
Dan mungkin ujian ini saja yang kami mampu lalui. Aku selalu positif dan tidak menceritakan hal ini kepada siapa2, hanya banyak berbicara dengan Allah sahaja.
Kerana ini aib yang perlu aku jaga. Aku terima dan aku redha atas ujian ini.
Ujian ini ringan sahaja dibandingkan dengan ujian orang lain. Namun, redha tidak bermaksud tidak sakit.
Hanya kerana aku mampu membawa beban dengan baik, tidak bermakna ianya tidak berat.
Aku cari solusi dengan mendekatkan diri dengan Allah, dengar ceramah2 agama.
Aku tidak putus berdoa supaya suamiku berubah, aku buat solat hajat, tahajud, aku menangis ceritakan pada Allah. Tapi Allah masih menunda permintaan aku.
Aku tahu mungkin kerana ujian ini sahaja yang mampu aku hadap, sebab itu Allah menangguhkan permintaan aku. Untuk aku kuat.
Aku mohon doa dari kalian yang sudi membaca cerita ini. Semoga ada doa kalian yang Allah makbulkan.
Sekiranya Allah masih memilih untuk terus menguji aku dengan perkara ini di dunia ini, aku juga redha.
Cuma doakan aku supaya sentiasa memiliki hati yang tenang untuk hadapi ujian ini berkali2.
Aku mahukan hati yang tenang & tenteram.
– AA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit