Assalamualaikum everyone. Thanks admin sebab approve post ni.
Sekarang musim cuti sekolah, musim nasi minyak, jadi aku pun rasa relevant sangat untuk buat confession ni. Haha.
Since tengok dekat social media pun masing-masing sudah mula meroyan.
Oh btw, aku perempuan, 23 tahun, baru sahaja tamat belajar di IIUM. Alhamdulillah, sekarang sedang aktif mencari kerja.
Okay jom kita mulakan. Kalau awak dalam lingkungan awal 20an, masih belajar dan mula rasa nak sangat kahwin itu perkara biasa..
Masih aku ingat zaman 2nd year, 3rd year degree, fuhh kuat betul meroyan. Siap survey dah design pelamin, baju pengantin, kad kahwin, goodies untuk tetamu.. alahai segan pulak rasa dekat diri sendiri.
Aku punya nak sangat kahwin ni sampai hilang rasa malu, ajak boyfriend kahwin. Haha.
Mana tak nye, member2 lain yang dah syok upload gambar pergi honeymoon dengan encik suami. Kita pun nak jugak lah. Lewl.
Background family aku ni serdahana sahaja, and anggapan aku faktor kewangan bukanlah penghalang waktu tu.
So nak dljadikan cerita aku pun pujuk si dia, cakap nak halalkan hubungan, sampai bila nak macam ni, share post islamik itu ini.
Tapi sebenarnya, sekarang aku sedar yang aku pun penunggang agama waktu tu. Sebab jauh dalam diri ni, motif utama nak kahwin tu sebab nafsu. Sebab terikut trend. Sebab jeles nak ada apa yang orang lain ada.
Mujur si dia berfikiran lebih matang dan tenang, walaupun umur kami sebaya. Dia suruh sabar dahulu, dia pun belum bersedia, ilmu rumah tangga, ilmu agama pun masih blur.
Time tu frust menonggeng lah aku, mula fikir dia ni tak serious, and pada aku lama sangat dah kot hubungan kami pada waktu tu, 5 tahun.
So kawan-kawan, ketahuilah keinginan diri yang sebenar. I know it’s cliché, tapi kahwin ni komitmen sepanjang hayat. Bukan sehari dua.
Normal lah ada rasa nak disayangi, dicintai, dikasihi, tapi kite perlu tahu apa sebenarnya yang kita cari.
Sekarang aku betul-betul nak bina kerjaya, bagi stabil dahulu. Dah tak rasa desperate nak kahwin. Sebab dah sedar apa yang aku nak capai dahulu.
Ye awak, lain orang lain caranya. But at the end of the day, awak je tau apa impian hdup awak yang sebenar.
Dan yakin, perancangan Allah itu jauh lebih baik. Dia tahu bila awak benar-benar bersedia. Have faith.
– Ciku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit