Hang Tuah Datang Hempap Aku

Assalamualaikum semua. First of all thanks in advance kalau admin publish confession ni

Benda ni baru je terjadi. Okay mula-mula sekali aku nak bagitahu yang benda ni aku dah biasa kena. And aku pun tahu ramai jugak yang pernah kena so aku malas nak cerita banyak.

Aku ni boleh dikatakan banyak sejarah hitam pasal benda-benda mistik macam ni. Paling dasyat yang aku pernah kena, sampai sebulan aku sakit. Sampai badan aku kurus kering lah benda tu “buat” aku. Nasib baik lah time tu aku tengah intern. Dapat pulak boss yang understanding so masa aku ponteng sebab sakit tu dia tak marah aku pun.

Yang aku ni cerita ni pasal tadi ni lah. Aku bangun dalam pukul 6 pagi macam tu. Lepas solat apa semua aku pun kemas lah rumah sikit-sikit sambil basuh baju. Lepas aku dah spin baju tu semua aku tak terus sidai. Ntah kenapa aku rasa macam letih (baca: malas) pulak so aku ingat aku nak biarkan je baju tu dalam bakul dengan harapan biar mak aku pulak yang sidaikan japgi hehehe

Pastu aku pun baring-baring lah atas katil. Syok jugak sebab bilik aku ni tingkapnya tak kena cahaya matahari pun. Lagipun baru lepas turn off air-cond so rasa sejuk tu still terasa lagi walaupun dah pukul 9 pagi. Tengah baring-baring tetiba je aku terlelap.

Tak sampai 5 minit terlelap. Tetiba aku mimpi kampung aku kat Melaka. Rumah kat kampung aku tu dah bertahun takda orang duduk. Itu pun nasib baik rumah pusaka tu still nampak elok sebab sebulan sekali parents aku turun Melaka nak jenguk rumah and ziarah kubur arwah nenek. Dalam mimpi aku tu, aku kena peluk dengan lelaki mana entah. Muka dah lah macam Hang Tuah lakonan M. Nasir tu. Cuma muka Hang Tuah dalam mimpi aku tu versi muka ganas. Haha

Pastu tetiba aku terjaga. Aku tengok sekeliling dengan ekor mata aku, yes inilah bilik aku. Ini lah realitinya. Tapi pelik asal badan aku takleh gerak pulak ni. Eh eh tetibe je Hang Tuah tu muncul balik depan aku. Dia rentap ketiak aku ni bagai nak gila konon-konon macam nak timang aku. Aku ni dah lah berat alih-alih nak timang aku pulak. Pastu tak lama tu badan aku sakit sangat. Satu apa tak boleh gerak. Cuma biji mata sahaja yang boleh gerak. Ini sah-sah lah kerja Hang Tuah tadi tu. Dengan ganasnya aku cuba untuk melawan. Aku rasa aku mcm tolak-tolak Hang Tuah tu sambil azan bagai. Tapi sebenarnya kalau orang lain tengok, confirm dorang nampak aku ni statik je dari tadi. Haha. Lepas azan banyak kali Hang Tuah tu lama-lama faded then badan aku pun dah boleh gerak.

Yang takleh blahnya, aku boleh pulak tertidur balik. Dalam posisi yang sama selepas itu. Hah apa lagi datang lah balik “Hang Tuah” tu nak hempap aku. Aku dah mula panas sebab dah kacau aku tidur pulak kan. Orang dah lah penat (baca: malas) pastu sebok nak kacau orang tidur. Macam takda hari esok plak kau nak hempap aku. So aku pun buat lah rutin macam biasa yang konon-konon aku tolak Hang Tuah tu sambil baca doa dan azan. Tak lama lepas tu Hang Tuah tu blah. Tapi seksa jugak aku tgk muka Hang Tuah tadi tu lepas kena “penangan” azan yang aku jerit dalam hati. Haha

Aku dah malas dah ni nak tidur. Hati bengkek je sebab asal terlelap je benda tu datang. Eh sakit pulak hati kita ni. Pastu dalam keadaan marah, aku pun chat lah member aku ni nak cite pasal aku kena hempap tadi. Yang member aku ni boleh gelak-gelak pulak. Katanya “hantu merdeka tu. So kau kena balik Melaka lah semperna Hari Kemerdekaan nanti” pehhh dalam pada marah tu tergelak jugak lah. Aduhaiiii hantu merdeka pun boleh ye!

So skrg ni nak tanya pakar yang selalu kena hempap yang lagi advance daripada aku ni– Aku tak sure lah benda hempap-hempap ni boleh ke sampai tahap pelik mcm tu ek?? Sebab selama ni bila aku kena hempap, aku kena hempap dengan lembaga hitam je. Takde pulak sampai tetiba jelmaan Hang Tuah lah, M Nasir lah, Iron Man lah. Eh ntah pape lah tak logic langsung. Yang penting bangun-bangun je lepas kena hempap tu badan aku penat gila eh macam angkat simen ratus-ratus kilo pulak.

Ye sekali baca memang macam tak logic kan. Rasa mcm aku reka cerita pun ye jugak. Tapi lantak lah. Yang pernah kena je tahu. Shalom!

– Jijie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit