Hi, assalamualaikum, aku seorang pelajar kos perubatan, aku tulis confession ni, untuk semua ambil iktibar khususnya pelajar university lah.
Around 3 minggu lepas, aku baru dapat elaun biasiswa aku, alhamdulilllah.
Biasiswa ni aku guna untuk bayar yuran kos aku yang agak mahal tu, dengan kolej dan makan minum aku serta belanja sampingan aku memandangkan UNI aku ni berpindah pindah tempat belajarnya.
Nak jadikan cerita, hari raya kedua, aku dapat satu whatsapp, katanya dapat number phone dari JobStreet.
Memang aku ada mohon kerja kat situ sebab nak cari side income jugak, nak lah bagi sikit2 duit kat mak ayah, nak tunggu kerja betul betul, lambat lagi.
Dalam whatsapp tu, orang tu offer aku kerja rating places dalam google maps (satu rating = RM10).
Aku pun happy gila, sebab ada juga kerja aku boleh buat.
Time by time, dia masukkan aku dalam group, and suruh siapkan task rating tu macam biasalah, tapi kali ni kena bagi prepayment untuk dapatkan salary.
Prepayment tu menjanjikan profit yang besar katanya (trading).
Aku pun dah macam kena pukau dah time tu, sebab fikir nak dapat income je kan, aku pun transferla RM1k ke account yang bernama ‘Si Polan – 12345678 (maybank)’.
Kemudian, katanya takleh dapat lagi return back sebab kena bayar second prepayment.
Oleh kerana aku fikir nak dapatkan balik 1k aku, aku pun transfer lagi ke account yang sama sebanyak RM3.6k. Ya Allah, bodohnya aku.
Tak berhenti kat situ, dia suruh lagi transfer RM7k. Dan aku pun stuck, aku dah takde duit, baki account cuma tinggal 2k (tu pun tak cukup nak bayar yuran belajar).
Tak mampu buat apa apa dah, si scammer pun dah hilang, duit aku tu pun dah burn.
Yang aku dapat hanyalah tangisan, sesalan, dan sedikit tekanan jiwa.
Sedih, sakit rasanya.
Aku pendam sendiri, tak bagitahu parents aku, kalau dia tahu, mau kecewa dia.
Tu lah kisah aku, sekarang aku tengah struggle cari income, cari side job yang online and flexible, since aku takleh kerja offline memandangkan aku nomad, dan jadual pack.
Mohon doakan aku, moga Allah permudahkan urusan aku dan kalian, moga Allah bagi balasan kepada scammer2 ni. Huhu.
Terima kasih admin, approvekan.
Assalamualaikum..
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit