Hani & Driving Skills

As Salam WBT.
Hii followers iiumconfession!
Happy New Year, everyone!
Thank you so much admin!

First of all, i’m Hani, a 20 years old girl, who loves car, drive & speed!!!

Actually kan, Hani baru je belajar drive lepas SPM hari tu jadi lepas da dapat lesen tu, bawaklah kereta bapak Hani. Lama2 jadi mahir. Xsampai setahun da tanggalkan sticker “P” ha3. Siap bawak macam2 kereta saudaralah kawanlah. Paling best bawak Pajero. Jadi, orang selalu puji kita, Alhamdulillah! Maybe sebab kita cepat pick up kot, entahlah kan. Tapi kadang dengar orang lain macam bertahun pun still xmahir, xconfident, rileks okay? Hani pun takes time nak mahir semua tu. Mungkin sebab Hani minat kereta, bila bawak kereta rasa enjoy sangat2! Hani suka. He3

Jadi skrg, Hani nak share dgn semua di luar sana, be confident with yourself. Yes, kat jalan raya tu apa yang dipertaruhkan adalah nyawa. Nyawa sendiri atau orang lain. Tapi, ingat. Yang jaga kita ialah Tuhan kita Allah SWT. Just do your best okay?

Sambil tu, Hani ni terasa nak share-lah sikit pendapat Hani. Hani ni muda lagi, baru 20 tahun, masih lagi belajar mengenal dunia, asam garam kerenah manusia etc tapi Hani nak share pendapat Hani, sebagai salah seorang generasi muda zaman ini he3

Apa yang Hani perhatikan ialah, signal. Yes, masyarakat kita selalunya sgt bermasalah dalam memberi signal. Ingat, memberi signal tu dapat mempermudahkan orang lain dan kiranya kita membawa kereta, kita dapat ‘memberitahu’ kepada penunggang motosikal. Kesian tau kat penunggang motor, kadang jadi mangsa. Tukar lane pun, xkiralah jarak dekat atau jauh, tolonglah bagi signal tu. Hani bukan nak berlagak, tapi Hani menjadi seorang pemandu yang berhemah tau. Kadang tu, Hani bagi signal, da belok etc, Hani akan tutup signal tanpa tunggu stereng jadi normal. Sebab, bila kita lupa tutup signal pun, mendatangkan masalah. Kenderaan lain confuse, kesian mereka. Hani bila drive tu, Hani akan cuba jadi sgt2 relaks dan buat sehabis baik, untuk semua. Bagi laluan pun, Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sifat suka membantu. Soal beri laluan, tiada masalah. Marilah kita bersama-sama kekalkan nilai2 murni ini.

Kemudian. Hani nak tegur sikit. Hani ni bawak kereta macam lelaki, komen bapak Hani. Maksudnya, lasak. Suka bawak laju. Tapi bapak okay je sebab bapak Hani kata, Hani bawak laju tapi masih boleh dikawal, tidak membahayakan. Jadi, mungkinlah Hani da terbiasa bawak laju kan. Jadi, bila jumpa someone yang bawak slow tu, Ya Allah Ya Tuhanku Ya Rabbal ‘Alamin…………..! Awak, awak tahu tak awak slow tu, boleh menyebabkan traffic jam? Boleh menyebabkan kereta belakang berhenti tiba2? Tolonglah confident sikit dan bawa laju sikit at least 40km/j hu3. Terlalu laju pun xboleh, sangat membahayakan ya.

Lagi satu. Hit. Yes semua nak cepat, nak laju. Tapi boleh x jangan hit orang dekat2? Dibuatnya kita brek tiba2, nak ke langgar orang depan? Hani tahulah Hani bawak Axia je skrg, tapi Hani bawak laju tau at least 100km/j selalunya or more than that. Jadi, takpayahlah hit kita dekat sgt. Kadang, kita yang lagi laju dari awak, bukan kita sengaja xnak bagi awak lalu lane kanan tu tapi kita pun laju jugak.

Act, sikap memandu rakyat Malaysia adalah tidak terlalu membimbangkan. Mungkin sebab pada Hani, Hani boleh adapt dengan driving culture sini. Cumanya kadang bila ada isu apa2 takperlulah perbesarkan dan make it viral. Cuba selesaikan secara baik, okay? Didik hati untuk sentiasa husnudzon.

Contoh, orang tukar lane kat TNG ke lane biasa. Mungkin TNG cardnya kehabisan kredit dan dia perlu tambah nilai. Kadang, orang akan soal kenapa tak check awal2. Contoh macam situasi ni yang dialami oleh guru Hani, guru Hani memang selalu sediakan card TNG dalam keretanya tapi hari tu, maaflah Hani tak ingat kenapa tapi guru Hani bawa kereta lain dan terlupa langsung pasal card TNG tu. Jadi, kita semua ni, kita taktahu situasi orang. Usahlah terlalu judge ya?

Hani pun pernah alami. Hari tu kereta kena langgar dari belakang sampai bumper kereta jatuh sikit dan seret ke tayar. So Hani xboleh drive laju macam biasa dan memang terpaksa slow namateylah. Bila Hani bawak slow tu, adalah orang bawak lori ni dia hit kita, walaupun tu kat lane kiri kot. Lepas tu dia tukar lane tengah, dia tengok2 kita, geleng2 kepala. Mungkin pada dia “apalah perempuan bawak slow” macam tu. Brader, awak xtahu situasi kita tau. Time tu geram jugaklah, rasa nak je kejar, potong lori tu tapi sabar jelah mampu sebab kereta macam tu kan.

Kpd perempuan di luar sana,be confident with yourself okay? Perempuan memang selalu kena judge. Perempuan era ni da sangat berdikari, bawak bus bawak jet bawak airplane. So, dengan izin Allah kita akan baik2 sahaja hendaknya.

Hani suka drive. Balik kampung kat Terengganu pun Hani akan ambil alih kerja bapak Hani, biar bapak rest, Hani drive. Kadang xpayah bergilir pun. Allah bagi pinjam kudrat kat Hani, Hani cukup bersyukur, Hani nak bakti dengan baik kepada kedua ibu dan bapak Hani serta keluarga. Jadi, Hani naklah kita semua hidup dalam suasana yang menyeronokan, yang berhemah.

Tanamkan diri kita untuk menjadi seorang pemandu atau penunggang motosikal yang berhemah, yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Ibadah tu sangat simple. Memandu, menunggang notosikal pun, boleh menjadi ibadah tau.

He3. Hani ni macam ni. Jadi salah satu ciri bakal suami yang Hani nak cari ialah, dia mestilah lagi pandai drive dari Hani. Hani ingat lagi, time tu dekat Shah Alam pernah racing dengan a Malay guy dengan parter dia ni bawak van kat lane kanan, Hani masuk lane kanan, kita pun laju and dia pun laju jugak. Tengok2 dari lane kanan tu dia masuk lane paling hujung dan masuk semula lane kanan, potong kita. Wow! I’m so impressed with you driving skill, brader! You made my day! Thank you so much for the experience!

Lagi satu kat MRR2, kat roundabout dengan flyover tu pun macam racing dengan a Chinese guy drive Honda Jazz ni, sekejap2 tukar lane, potong2, siap sempat look each other macam “lets safety compete”. He3. At the end, Hani masuk jalan lain, turunlah tingkap kan, waving2 kat dia & dia pun lambai balik kat kita siap flying kiss. Ha3. To that guy, thank you for such amazing competition, we are the winner in our own life.

Life is simple as that. Buat sehabis baik. Give & take. Improve. Sebelum ni kita xbagi laluan, cuba belajar memberi. Sebelum ni kita xalert dgn signal, cuba paksa diri untuk alert tentang bagi dan tutup signal. Bawak kereta, tenang, rileks, sematkan dalam diri, nak jadikan pemanduan ini pemanduan yang mendatangkan pahala, yang bermanfaat untuk masyarakat dan rakyat negara ini.

Tak kira siapapun kita, kita semua pengguna jalan raya. Semoga kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Terima kasih, bapak Hani dan guru yang telah mengajar Hani kemahiran memandu ini.

Wassalam WBT.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit