Hanna

Hi. Namaku Faris. Maaf andai confession ini agak panjang. Confession ini cuma satu, tidak bersiri. Aku ada kisah yg sudah lama terbuku dihati. Ringkas tentang profile diri, aku pertengahan 30-an, berpendidikan dan seorang professional. Aku berasal dr keluarga yg kuat pendidikan agama. Ayahku seorang ustaz, orang masjid, ajar mengaji dan dihormati penduduk kg. Umi pula walaupun seorang suri rumah, namun turut mengajar mengaji kepada wanita2 dan anak2 di kg. Keluargaku dihormati kerana parents aku menjadi tempat rujukan orang kg, dan semua anak2 ayah dan umi berjaya di dlm bidang masing2.

Setelah memperoleh keputusan cemerlang dlm PMR, aku telah memasuki sekolah berasrama penuh. Sebelum itu, selama 15 tahun aku dibekalkan dgn asas2 ilmu agama dan disemai utk menjadi seorang lelaki yg baik dan mendengar kata. Walaupun ketika selepas UPSR aku juga berjaya dapat SBP, tapi ayahku tak mengizinkan lagi utk aku keluar dan tinggal berjauhan dari keluarga. Mungkin baginya, aku blm layak utk dilepaskan terus dari didikan mereka.

Usai SPM, aku melanjutkan pengajian di luar negara. Ketika di peringkat first degree, situasinya berbeza kerana kawan2 senegara masih ramai. Walaupun berkawan dgn local people, tapi teman2 rapat masih lagi terdiri dari kawan-kawan senegara. Setelah tamat bachelor’s degree dan bekerja, aku telah mendapat tawaran dr sebuah syarikat oil & gas utk menyambung pengajian di peringkat post grad di bumi Uncle Sam.

Di sini situasinya berbeza, cuma aku seorang malaysian dan aku tidak mempunyai kawan yang serumpun denganku. Kadangkala, bagi mengisi masa yang terluang aku sering ke equastrian club menghabiskan masa di sana. Sebelumnya, aku tidak pernah langsung menunggang kuda dan tiada ilmu langsung pasal kuda. Mungkin takdir Tuhan yg melorongkan aku ke sana dan di sinilah segalanya bermula.

Di equastrian club, aku berkenalan dengan Hanna. Hanna seorang American lady berkulit putih (caucasian) yg juga sedang menyambung pengajiannya di peringkat post grad. Dek kerana sering bertemu di equastrian club, kami mula menjadi rapat. Perpustakaan, cafe, gym dan taman-taman di sekitar campus menjadi medan kami berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Walaupun berlainan bidang pengajian, tetapi ada juga beberapa subject yg Hanna ambil adalah berkait rapat dengan bidang aku.

Kadang kala aku menjadi tempat rujukan kepada Hanna utk memahami subject2 tu dgn lebih mendalam. Dari hari ke hari hubungan kami bertambah intim dan akhirnya, kami saling jatuh cinta. Masih aku ingat kata-kata Hanna “Faris, never I dream I would fall in love with a foreign man. You have touched me without using your hands.” Aku rasa sungguh bahagia bila Hanna cakap macam tu, dan cinta kami mekar berkembang dari hari ke hari.

Hanna adalah typical gadis desa American yg periang. Aku jatuh cinta dgn sikap Hanna yg terbuka, baik, lemah lembut walaupun lasak, dan senyumannya yang cukup manis. Kalau Hanna ketawa, satu kelas boleh dengar. Kata Hanna, aku adalah lelaki terbaik yg pernah dia jumpa disepanjang hidupnya. Pada awal perkenalan, Hanna tidak percaya bila aku bagitahu yang aku tidak merokok, tidak minum beer dan berparti. Dia kata mustahil ada orang macam ni di dunia ni.

Aku mengatakan yg aku pernah try merokok (ketika sekolah) dan berparti (ketika di sana), tetapi honestly jiwa aku tak boleh terima dan aku tak rasa happy pun dgn buat tu semua. Setelah lama berkenalan, Hanna mula admit yg aku tidak menipu, dan aku memang tak buat benda tu semua. Walaupun aku ni nakal dan gila-gila juga, tapi aku tetap ada prinsip dan takkan buat benda yg aku tak suka.

Sikap Hanna juga banyak berubah sejak rapat dgn aku. Dia berubah menjadi lebih positif, kurang minum beer (beer adalah perkara biasa bagi orang disana) dan tidak lagi attend parti terutama ketika malam2 minggu. Dia juga byk bertanya pasal agama, dan menunjukkan minat yang positif. Buat pengetahuan pembaca, Hanna adalah kristian tetapi cuma pada nama saja. In reality, she doesn’t subcribe to any religion sbb dia tak dididik utk praktis agama pun.

Pernah di sana, tangan aku tercedera akibat terjatuh ketika bermain soccer. Akibatnya aku perlu jalani pembedahan dan hampir seminggu terlantar di wad, dan tidak boleh makan macam biasa. Hanna lah yang menjaga aku siang dan malam di hospital. Masih aku ingat, air matanya menitis tatkala menyuapkan aku makanan “ I love you so much Faris and I dont know how my life will be without you.” Aku masa tu cuma mampu merenung bebola matanya yg biru yg ditakungi kelopak air “I love you too Hanna, and just God knows how meaningful you’re in my life. I really love you and want you to be my wife”

Namun, mengucapkan kata-kata adalah mudah dan murah, selagi tidak dibuktikan dengan tindakan. Kusangka panas sampai ke petang, rupanya tsunami di tengahari. Itulah yg dialami oleh kami berdua. Semuanya berubah tatkala aku tamat belajar dan membawa Hanna berjalan-jalan di Malaysia sambil ingin dikenalkan kepada keluargaku. Bila aku beritahu yang aku ingin peristerikan Hanna, Umi keras menentang, mungkin terkejut kerana melihat bakal menantu “bertatu “ di lengan. Ya Hanna ada tatu kecil di bawah lengannya (juga satu perkara biasa bagi orang2 di sana).

Sebagai tetamu, ya umi dan ayah melayan Hanna dengan baik, tapi bukan sebagai bakal menantu. Mereka tidak bersetuju dengan pilihanku dan mahukan aku berkahwin dengan wanita tempatan. Tambahan pula, aku anak pertama dan umi ayah mahu aku tunjukkan contoh yg baik kepada adik2. Kalau aku kahwin orang asing, ia boleh jadi lesen besar utk adik2 terutama adik2 perempuanku berkahwin dgn orang asing juga. Itulah yg plg merisaukan ayah sebab ketika itu, dua orang adikku juga belajar di luar negara.

Kebetulan, umi ayah juga sudah ada calon untukku. Sara seorang ustazah lepasan dari uia. Aku berkeras mahu memperisterikan Hanna namun umi menangis dan mula membangkitkan setiap ibu mahukan yg terbaik utk anaknya. Ya Hanna sudah tidak perawan, ya Hanna mungkin berbeza dgn kita umi, tetapi kedudukannya di sisi Tuhan mungkin lebih mulia daripada kita. Aku cuba berkeras tapi melihat sikap umi yg terus mengalirkan air mata, membuatkan aku tertewas. Iya, isteri mungkin boleh bertukar ganti tapi tidak ibu bapa. Aku cuba memujuk hatiku, namun hati yg menangis di dalam tiada siapa yang tahu. Sejujurnya, aku tidak mahu dicop sebagai anak derhaka! Aku tewas dengan air mata seorang ibu.

Setelah Hanna pulang, aku menghubunginya melalui skype. Aku memutuskan yg kami tiada jodoh bersama. Aku jelaskan situasi yg berlaku. Walaupun aku sudah dewasa, tetapi tidak bermakna aku bebas membelakangi ibu bapa dlm setiap keputusan hidupku. Hanna sungguh kecewa dan menangis tidak berhenti. Faris, please don’t say you love me unless you want it to be forever, don’t tell you need me if you’re not gonna stay with me, don’t give me this feeling, I’ll only believe it. Please make it real, otherwise please take it all away.”

Di saat itu, hatiku bagai dicucuk2 dengan sembilu. Sakitnya lebih sakit dari jatuh ketika bermain soccer ketika aku terpaksa di operate dahulu. Cuma sakit ini, aku sendiri yang terpaksa ubati. Aku menangis diiringi rasa ngilu yg tiada berkesudahan. Sejak dari itu, kami berdua semakin kurang berhubung antara satu sama lain. Umi juga tidak suka aku masih menghubungi Hanna. Mungkin risau aku akan berubah hati. Hanna juga telah deactivate fb dan kini aku tidak tahu apa yg telah berlaku padanya.

Berkenaan Sara, kami bertunang tetapi tidak jadi berkahwin. Ketika dalam proses petunangan, sara telah jatuh cinta kepada lelaki lain. Kebetulan pada waktu itu, dia mengajar di borneo sementara aku di semenanjung. Jarak telah menguji kami, dan akhirnya dia berkahwin dengan cikgu yg sama sekolah mengajar dengannya. Aku sejujurnya tidak merasa apa-apa, kerana apa yg penting aku gembira melihat dia bahagia. Bertemu dgn insan yang ikhlas menyayanginya berbanding aku. Adik-adikku alhamdulillah telah berkahwin, dan aku masih lagi sendiri. Umi pun sejak dari kes putus tunang, tidak lagi memaksa aku berkahwin. Entahlah, aku pun tidak tahu apa yg akan berlaku dikemudian hari.

Aku serik utk memberi cinta, kerana aku khuatir hal yg sama akan berlaku seperti apa yg telah berlaku pada Hanna. Doakan aku, semoga aku kuat dalam menempuhi kisah silam ini , dan Tuhan memaafkan kesalahan aku terhadap Hanna. Dan buat Hanna, dimana pun dikau berada, I’ll always pray for your happiness. Tiada satu pun memori dlm kisah kita pernah menghilang, ia tetap wujud di satu ruang angkasa dan masa, dan aku masih berharap semoga di suatu hari yang permai, ia akan menjelma semula ke alam realiti.

– Faris

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *