Assalamualaikum semua. Saje nak share rasa sedih. Sebab hidup tengah sesak, banyak hutang dan komitmen nak dibayar tapi bila buat kerja berkaitan agama ni, orang selalu persoalkan.
By the way aku guru mengaji. Ajar mengaji di rumah sewa sepenuh masa. Lokasi ku mengajar ni di kampung di sebuah negeri yang agak mundur.
Walaupun di kampung, tapi bayaran sewa, bil air dan bil api tetap kena bayar bulanan.
Oh ya aku lulusan ijazah yang ada puluhan ribu hutang PTPTN.
Disebabkan cabaran nak dapat kerja sangat susah, akhirnya aku buatlah kelas mengaji secara percuma di kampung.
Aku ada mention, bayaran seikhlas hati. Dengan harapan ada lah common sense sikit mak bapak pelajar ni untuk sedekah setakat kemampuan mereka. At least bolehlah cover makan minum dan komitmen bulanan aku.
Seperti biasa, kelas mengaji percuma kan, mestilah ramai pelajar. Mak bapak ni pantang benda percuma, berebut nak hantar. Jumlah pelajar aku hampir mencecah 60 orang. Terpaksa buat banyak sesi mengaji sebab ramai sangat.
Aku pula ajar mengaji sorang-sorang. Maklumlah bujang lagi.
Ingat ajar mengaji ni senang ke? Nak control pelajar yang nakal pagi, yang buas, yang tak dengar cakap, yang susah faham, yang lambat pickup, uishh memang kena sabar.
Itu belum masuk pelajar autism & hyperactive lagi. Fuhh barai dan koyak juga kadang-kadang. Main dengan pelajar buas ni memang bikin sakit kepala.
Tapi aku ikhlaskan hati mengajar lillahi Taala. Moga kebaikan ajar mengaji ni ada la ganjaran pahala di kemudian hari.
Hujung bulan ada lah 5 orang parents je yang ada common sense hulur RM10 sorang. Maknanya, hujung bulan aku dapat RM50 sebulan. Yang lain-lain tu adalah hulur biskut, gula, minyak.
Mula-mula terduduk dan termenung jugak aku. Bil api + air + bayaran sewa rumah sahaja melebihi RM500 sebulan. Tak termasuk makan minum + kos minyak motosikal untuk ke sana sini.
Ya Allah. Sedih sangat masa tu tengok sumbangan ikhlas ibu bapa. Hutang PTPTN tak terbayar lagi.
Lama aku ambil masa muhasabah diri. Aku pujuk hati, Ya Allah maafkan aku. Aku ikhlaskan hati. Mungkin mereka memang tak mampu.
Yelah kebanyakan pelajar aku ni anak² B40. Aku faham kedesakan hidup mereka. Tak apa. Aku redha. Pasti ada rezeki lain menyusul. Lagipun ini ilmu Allah. Tak tergamak aku nak menunggang agama untuk harta dunia.
Habis tu komitmen bulanan aku siapa bayarkan?
Nasib aku baik, aku ada buat freelance ambil upah jadi graphic designer. Ada lah dapat duit sikit-sikit. Pastu buat dropship jual barang sikit. Lepaslah bayar komitmen bulanan. Tapi nak makan minum agak perit.
Aku diuji lagi apabila mak ayah aku terdesak perlukan duit untuk bayar hutang. Puncanya sebab sakit jadi tak kerja pastu tiada gaji
Masa ni anak² semua kena hulur duit tolong parents untuk setelkan hutang bulanan rumah. Sebab dah lama tertunggak. Ya Allah berat betul ujian masa ni.
Tapi aku santai lagi. Aku minta maaf awal² kat parents sebab aku memang tiada duit lebihan nak hulur.
Mak aku bising jugak. Katanya, ajar mengaji punyalah ramai pelajar pastu takkanlah tak dapat duit? Masya-Allah mak aku tak tau ke berapa je aku dapat bulanan? Nak nangis rasa.
Keikhlasan aku mula diuji saat mak ayah ni mula hantar anak sesuka hati dia.
Aku dah tetapkan masa untuk setiap sesi. Tapi maklumlah, diorang tak free masa tu. Pastu time malam² lah dia kacau hantar anak mengaji. Dekat nak maghrib baru hantar.
Time aku nak rehatlah dia nak hantar. Hantar pulak 5 anak terus. Sudahnya aku langsung takde masa rehat. Hujung bulannya macam biasa, paling banyak aku dapat RM70. Paling sikit pernah dapat RM10.
Jumlah pelajar pula semakin ramai, maklumlah kelas percuma. Akhirnya dah mencecah ke angka 80 orang pelajar. Kali ni aku rasa dah capai limit sabar aku.
Aku mengadu kat kawan untuk cari solusi masalah aku ni. Kawan aku marahkan aku. Kenapa buat kelas mengaji percuma?
Dia kata, kau kena sedar diri kau tu takde kerja. Orang lain yang buat kelas mengaji percuma tu sebab diorang dah ada income tetap, takde komitmen dan hutang bulanan, buat kelas mengaji pun sekadar isi masa lapang dan untuk amal jariah.
Dalam kes aku, ni namanya dah menyeksa diri sendiri. Menambah beban dan makin menyusahkan diri sendiri. Aku terpukul dengan kata-kata kawan aku tu.
Nasihat dia, dia suruh aku letak harga untuk kelas mengaji aku. Katanya, bila ada harga, dah takde isu ikhlas tak ikhlas. Win-win situation.
Aku takleh nak soalkan lagi keikhlasan sebab aku dah letak harga. Mak bapak pelajar pun ada hak diorang untuk hantar anak mengaji sebab diorang bayar. Maknanya, takde isu boleh timbul kemudian hari. Aku boleh terus survive kalau kelas mengaji ni berbayar.
Aku mengangguk. Mula-mula berat juga nak kenakan bayaran tapi aku fikir, sampai bila aku nak terseksa macam ni?
Sekarang pun keikhlasan aku dah zero. Sia-sia niat nak tolong orang sebab keikhlasan aku teruji saat aku terdesak. Biarlah orang nak kata apa, janji aku boleh terus bayar komitmen hidup.
Mula-mula aku bagitau nak kenakan bayaran tu, ramai parents bising. Katanya, kenapa tiba-tiba? Ni kan ilmu agama, kenapa nak letak harga? Tak kurang juga yang sindir aku sebab tunggang agama.
Pastu siap ada yang cakap, takpelah ustaz ada ramai lagi orang lain yang baik boleh ajar mengaji percuma. Lepas tu ramai yang tarik diri dah tak nak hantar anak mereka mengaji dekat aku. Sedihnya.
Last-last tahu tinggal berapa? Daripada 80 tinggal 30 orang je yang betul² sanggup bayar RM30 sebulan untuk kelas mengaji aku.
Alhamdulillah sejak kenakan bayaran ni, jiwa aku sangat tenang. Aku dah takde konflik jiwa lagi dah. Isu ikhlas dah takde timbul. Malah aku lebih bahagia ajar 30 orang pelajar ni sebab aku boleh fokus ajar mereka dengan seikhlas hati aku.
Total pendapatan aku RM900 sebulan. Tapi syukur RM900 ni aku boleh guna untuk bayar komitmen bulanan aku. PTPTN pun aku dah boleh bayar walaupun RM50 je sebulan.
RM900 tu memang tak banyak. Tapi aku belajar erti syukur. Bukan nak duit sangat pun dengan ajar mengaji ni, tapi sebab hidup sekarang yang keras membuatkan aku terpaksa ambil bayaran.
Lagipun nak hidup zaman sekarang semuanya perlukan duit. Bolehlah nak lepas hidup. Tapi nak kahwin dan jaga anak orang, RM900 ni memang tak cukup.
Buat masa sekarang, dari segi kewangan memang aku takde saving dan tak mampu kahwin sebab hujung bulan duit memang licin buat bayar komitmen + makan minum.
Ni aku belum ada kereta. Wanita manalah nak kat aku ni. Kereta takde. Moto je ada. Pastu ajar mengaji je dengan pendapatan RM900 sebulan. Ada hutang PTPTN lagi puluh ribu.
Hmm takpelah. Mungkin hal kahwin tu bukan lagi keutamaan aku buat masa ni.
Aku nak minta kawan-kawan yang baca confession ni tolong doakan aku dimurahkan rezeki dapat kerja tetap tahun depan.
Aku kalau duduk sorang-sorang kadang-kadang meleleh juga air mata. Orang lain dah stabil, ada anak ramai dah. Aku umur 32 masih struggle nak hidup. Entahlah, aku macam pasrah je sekarang.
Kawan-kawan, doakan aku ya. Tapi kalau aku dapat kerja lain, macam mana dengan anak-anak murid mengaji aku ni? Siapa nak ajar mereka nanti? Aku sayang diorang.
Hmm. Doakan aku ya. Mana tahu ada hamba Allah baik hati nak sponsor kelas mengaji aku ni untuk jadikan kelas mengaji yang well established.
Kot ada hartawan baik hati sponsor untuk survival aku as long as kelas mengaji jalan. So that aku boleh ajar lebih ramai pelajar dan kelas mengaji ni sustain sampai aku tua. Ada ke jutawan yang baik hati?
Hehe, berangan je aku ni. Takpelah babai.. Assalamualaikum..
Terima kasih sudi baca luahan hati aku.
– Ustaz Arfan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pernah juga, orang komen kenapa yuran mahal? Sesi kelas sedikit? Sedih sangat ye rasa, sedangkan dia sendiri tak beri komitmen kelas. Kita sendiri pun tercungap2 nak dapatkan elaun yang selalu masuk lambat dan bertunggak. Sebab bekerja bawah orang. Memang kena banyak2 bersabar sangat.
Assalamualaikum bang. Alhamdulillah, abang masih istiqomah dalam mengajar anak-anak kecil mengenal kalam Allah. Saya doakan urusan abang dipermudahkan Allah.
Alhamdulillah abg insan terpilih.. saya juga ada buka kelas mengajitapi saya upah tenaga pengajar.. seminggu sekali, yuran RM10 sebulan.. saya bayar tenaga pengajar RM200 untuk 12-14jammengajar selama sebulan.
Murid dalam 60 orang, mula2 semua ok, tapi bulan demi bulan, makin kurang yg bayar walaupun saya dah jelaskan turan yang dikutip bertujuan sbg saguhati pada tenaga pengajar dan selebihnya saya beli jajan, biskut untuk anak2.. selesai mengaji baru saya bagi supaya jadi tarikan datang mengaji.. pun begitu, income dari yuran tu tak sampai rm300 sebulan sekarang.. ramai yang tak bayar.. kadang kena tambah duit sendiri pula..
Mohin semua doakan saya supaya Allah buka jalan penyelesaian untuk saya hadapi semua ini.. saya tak mahu kelas pengajian ditutup disebabkan masalah duit..