Hantaran Buat Nur

Assalammualaikum. Aku Razlan. Umur 38 tahun dan berkahwin. Isteri aku Nur. Aku nak kongsi kisah berkenaan duit hantaran rendah yang menjadi isu.

Hantaran Nur RM30k. Tak termasuk RM10k untuk barang kemas. RM3k mas kahwin dan RM5k untuk barang2 hantaran seperti jam dan handbag.

Aku kenal Nur sejak kami berumur 16 tahun. Nur sangat cantik. Anak kacukan.. Tingginya 180cm, berhidung mancung, bermata hazel. Persis model.

Nur anak orang kaya, dia manja, keanak-anakan, seorang yang outspoken, kelakar dan tak fake. Dia bijak dan boleh menjadikan jalan cerita menjadi menarik walaupun topik tentang secawan kopi. Antara sebab kenapa aku jatuh cinta.

Kami bercinta 14 tahun. Lama kan.. sebab Nur cakap lelaki yang nak halalkan dia mesti fight untuknya. Nur mahukan bakal suaminya seorang yang rajin dan sabar dengan karenahnya. Setia dan sanggup membayar hantaran dan hadiah2 yang tersebut.

Nur beri tempoh sehingga umurnya 30 tahun. Jadi apabila aku mula bekerja pada umur 21 tahun sebagai kakitangan kerajaan gred 19 aku mula menyimpan. Gaji aku rendah.. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa susahnya aku mengumpul duit..

Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku anak yatim kem4tian ayah dari umur 10 tahun. Ada abang dan kakak yang ramai Abang dan kakak aku mempertikaikan hantaran Nur. Kami ni ibarat enggang dengan pipit tapi aku usahakan juga sebab cintanya aku pada dia.

Aku pernah juga minta diskaun tapi Nur menolak. Katanya dia letak hantaran berdasarkan nilai dirinya. Dia tahu dia cantik dari keluarga berada. Ada perniagaan sendiri dan mempunyai master degree. Oh ye.. hantaran Nur ni ditetapkan sendiri oleh Nur. Tiada campur tangan dari ibubapanya.

Aku bekerja siang malam nak mencukupkan duit hantaran. Siang dengan kerja hakiki, malam pula aku jual burger. Hujung minggu aku buat kerja2 seperti baiki paip, pasang lampu dan sebagainya. Aku pegang janji Nur nak tunggu aku mencukupkan duit hantaran.

Dalam masa yang sama aku dapat tahu ramai yang meminang Nur. Ada yang punya stesen minyak, ada yang nak letak hantaran RM60k.. kecil betul aku di kalangan mereka2 ni. Aku kerja kuat2. Aku padam keinginan aku nak pakai kereta, nak pakai baju yang mahal2.

Nur akhirnya menjadi isteri aku pada umur 30 tahun. Kami dikurnikan 3 anak yang sihat. Cantik macam Nur, hensem macam aku.

Memiliki Nur sangat mencabar. Aku bekerja non stop. Aku hargai dan menyayanginya sepenuh hati. Nur sangat manja disebabkan anak kesayangan ayahnya jadi dia sangat degil, mulutnya sangat deras. Jika bertengkar kata2nya sangat menikam jiwa aku. Sebab tu Nur cari pasangan yang sabar.

Namun, selepas beberapa tahun berkahwin Nur berubah menjadi lembut. Ada juga dia membebel tapi aku diam aje.. Hadiah coklat pasti buat dia tersenyum. Nur pandai sesuaikan diri dengan keluarga aku.. Semua ahli keluarga aku sayang padanya.

Oh ye.. duit hantaran tu Nur bantu aku buat modal mula perniagaan aku sendiri. Barang kemas masuk ArRahnu sebagai tambahan modal. Bertahun2 bekerja pelbagai mencari duit hantaran menyebabkan aku terbiasa.

Perniagaan aku secara part time membuahkan hasil.. aku bercadang nak berhenti kerja.

Sekarang aku sedang menyiapkan rumah berharga RM500k untuk Nur complete dengan pool. Sebagai hadiah kepercayaan dan kesetiaan Nur pada aku. Doakan kasih sayang kami berkekalan hingga akhirat.

Pesanan aku kepada bakal2 pengantin perempuan terutamanya. Nilai diri setinggi langit. Jika diri sendiri tak letak nilai selayaknya bagaimana orang lain nak menilai kamu.

Jangan bantu pihak lelaki mencukupkan hantaran. Biar dia cari dengan kudrat sendiri supaya dia lebih menghargai kamu.

Kepada pihak lelaki pula, berusaha untuk mencukupkan duit hantaran. Anggaplah sebagai hadiah kerana si isteri akan take toll hampir semua hal2 rumahtangga-mengandung, bersalin dan sebagainya.

Selagi boleh diusahakan.. Jika tak mampu bermaksud belum layak lagi berkahwin.. Usaha dahulu pasti berhasil.

– Razlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *