Untuk part I, (https://iiumc.com/hantaran-buat-nur/).
Tiada niat pun nak buat confession ke dua tapi selepas baca komen2 tergerak hati aku buat confession ni.. Apabila aku baca balik confession pertama macam baca fairytales pulak sebab aku cerita yang syok2 aje.
Nur ni sejak umur 14 tahun sudah ada ‘carta hidup’ dia. Aku yang panggil carta sebab penuh dengan arrows dan details tentang perkara2 berkaitan plan hidup dia.
Dia tulis umur berapa dia nak kahwin, jumlah duit hantaran, design rumah idaman, jumlah duit dalam akaun, berapa anak dia nak termasuk la ciri2 lelaki idaman.
Siap senarai kebaikan dan keburukan lelaki2 yang nakkan dia tu. Aku punya pun ada tp ofkos la kebaikan aku paling banyak.
Tapi sedihnya bab rupa paras aku tu dia tulis ‘so-so’ aje ye tuan2 dan puan2. Jadi bila ada panduan dia follow aje tapi ada juga yang terbabas. Kalau yang terbabas tu kurang penting Nur abaikan aje.
Contohnya ketinggian aku. Nur memang 180cm, aku pulak 176cm. Sebab tu aku selalu ‘pandang tinggi’ kat dia.
Masa kahwin aku pakai tanjak tinggi2 supaya boleh berdiri sama tinggi.. hehe.. Ada juga yang berjaya teka Nur kacukan apa.. Ye.. betullah tu.
Aku juga tertarik dengan 1 komen yang katanya Nur ni biasa hidup mewah. Percaya tak belanja sekolah Nur masa Form 5 ialah 70sen? Yang kaya parents dia. Nur miskin. Dia tak dimanjakan dengan duit. Nak duit kena usaha.
Ayahnya datang ke Malaysia tanpa apa2. Korang rasa sapa tulang belakang ayahnya sehingga menjadi kaya raya dan mengajar Nur tentang hidup? Yes, mak mertua aku. You go, mak!
Walaupun selepas bapa Nur meninggal harta pusaka hanya diserahkan selepas ibunya meninggal (dipersetujui oleh waris2).
Jadi selepas kahwin kami bermula dengan zero. Aku cuma ada tulang 4 kerat dan pengalaman. Nur pula ada hantaran yang dijadikan modal.
Jadi kami mulakan perniagaan sewa mesin dan alatan pembinaan. Nur pula sangat jimat. Dia masih pakai handbag hantaran dia hingga sekarang. Masih elok lagi katanya.
Selain tu Nur ni agak selebet. Rupanya memang cantik tapi penampilan tu fail. Pernah keluar dengan aku, kaki seluar jeansnya dilipat sebelah tinggi sebelah rendah. Aku tegur tapi dia buat b*d*h aje. Dah aku jugak yang betulkan.
Tali kasut sekolah tak diikat, aku lah yang ikatkan. Tudung senget, makan bersepah. You name it. Sebab tu aku jatuh cinta, sebab itupah dirinya. Mungkin dia tak perlu try hard untuk cantik.
Sekarang ok lah sikit sebab aku jadi penata gayanya. Lepas bersalin berat Nur pernah mencapai 120kg. Boleh bayangkan tak betapa gergasinya dia. Dah macam Xena, The Warrior Princess pulak.
Takkan aku nak berskandal bila melalui tempoh2 mencabar macam tu. Susah woii nak dapatkan dia. Tak sanggup aku nak berhabis lagi untuk orang lain. Kita polish aje mana yang ada.
Ada juga keburukan Nur. Macam dalam 1st confession aku ada mention bab mulut dia.. Pehhh.. kalau tak turutkan sabar memang boleh porak peranda. Panas baran lagi.
Takkan aku nak lempang sebab dah tentu dia lempang aku balik dengan tangan Xena dia..
Pernah aku bertengkar dengan dia, sebelum aku pergi kerja aku campak sebelah selipar jamban dia keluar pagar. Aku balik kerja semua kasut aku dah dalam parit.. Hahaha.
Masa mula2 kahwin panas jugak rumahtnagga aku so aku cari apa yang trigger dia jadi macam tu, solve dan selesailah masalah aku.
Yang pasti kalau dia bercerita aku kena dengar dengan sepenuh perhatian sebab kadang2 dia suruh aku rumuskan balik. Kalau tak pay attention mau jadi perang (orang pompuan memang gitu ke?)
Apapun selalunya aku dengar aje sebab seronok borak dengan Nur..
Haaa… ada jugak yang pertikaikan rumah aku. Rumah 500k siap pool tak mustahil ye. Aku bina bertahun2 atas tanah hadiah kawin dr mak mertua aku.
Anak2 perempuan yang kahwin akan dapat tanah supaya bila laki buat hal bolehla laki masing2 dihalau keluar (macam aku tak tau).
Anak2 lelaki kena usaha sendiri. Aku buat rumah tu lebih kurang 6 tahun. Last minute baru decide buat pool sebab dah alang2 bertahun2 nak siap biarlah gah sikit.
Tak mampu pun nak pakai fiber. Aku korek sendiri. Jimat banyak. Design mendesign aku serah kat Nur sebab dia Menteri Tugas2 Khas.
Aku tulis confession ni bukan nak korang ikut cara aku dan Nur. Sekadar berkongsi cerita, memberi ingatan agar nilai diri selayaknya, rajin dan jujur.
Jika ditakdirkan Nur kahwin dengan orang lain sebelum aku sempat kumpul duit. Aku tak rugi apa2. Aku dapat duit dan pengalaman hidup.
Tapi Nur beri tempoh yang cukup dan sanggup tunggu aku.
Ada juga persoalan dari pembaca yang kalau Nur tak cantik, sanggup ke aku kumpul hantaran sebanyak tu? Entahlah sebab aku tak jumpa yang lain, aku jumpa Nur dan itulah syarat2 nya.
Maaflah agak panjang confession ni. Kalau sempat di masa akan datang aku nak tulis bagaimana aku kumpul duit hantaran dan bina perniagaan. Insya Allah.
Carta hidup kami di reset pada umur kami yang ke 30. Masih panjang lagi rancangan hidup kami. Aku harap aku menjadi suami terbaik untuk Nur, insan yang bersama aku selama 2/3 dari usia ku.
Buat Nur, ini kisah kita..
– Razlan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit