Kisah aku simple .
Aku kenal dengan lelaki . Terus aku lamar dia . Aku cakap “ Jom Kahwin “
Yup , kitaorang masih belajar . Aku nak kahwin sebab aku fikirkan pasal family planning . Family planning dari segi nak dapat anak , kewangan dan dari segi future career .
Memandangkan kami ni belajar lagi . Jadi aku dengan penuh ihsan bagitahu yang aku taknak sesen pun hantaran dari pihak lelaki . Kalau mas kahwin RM100 Pun aku terima .
Bagi aku tak relevan zaman sekarang untuk kumpul duit hanya utk bagi pada pasangan . dan berhabis untuk majlis . Tengoklah macam mana ekonomi sekarang . Nak kumpul duit celah mana kalau semua menda nak naik . Nasib aku tak naik tangan dengan najib . Eh ?
Okey . Jadi bermulah perbincangan aku dengan keluarga aku . Mulanya , Ummi bersetuju untuk tidak menerima permintaan aku untuk taknak hantaran .
Sampailah suatu ketika . ummi mempersoalkan tentang hantaran . Bukan hantaran dulang tapi DUIT HANTARAN . Lantas aku mengatakan ,“ Adik tamau hantaran ummi, kesian dia pihak lelaki ”
“EH TAK BOLEH BOLEH . DUIT HANTARAN TU TANDA HARGA DIRI SEORANG PEREMPUAN”
Noktah tanda seru semua ada bila bincang bab kahwin ni .
Ummi letakkan hantaran sebanyak 8k . Sejujurnya bukanlah pihak lelaki sengkek sangat takde duit nak bagi hantaran . Tapi , almaklumlah . Kalau 8K bagi kat aku saja , celah mana dia nak tampung hidup lepas kahwin , tampung majlis sebelah pihak lelaki . Mana mungkin aku mahu sakiti orang aku sayang sebegitu .
Setelah beberapa kali memujuk Ummi dan keluarga . Ummi still keputusannya .
TAKDE HANTARAN TAKDE MAJLIS
Sedihkan ?
Paling sedih , adik beradik aku semua belajar agama . Pung pang pasal agama . Hafiz pun ada . Tapi bila bab macam ni , tiada siapa yang berani bersuara . Even , No one care pasal hantaran tinggi . Pung pang dalam facebook kemain pasal hantaran tinggi tak patut lah . Kawin gantung lah .
KOSONG SEMUA TU
Bila aku mempertahankan tentang WANG HANTARAN BUKANLAH KEPENTINGAN BAGI SUATU WALIMAH . Semua diam membisu ,
Sekarang , lelaki tu hilang . Hilang tanpa kata . Kecewa mungkin
Yang aku , still tak boleh move on . Sebab dia lelaki asing yang pertama aku sayang .. Paling teruk , aku tak rasa nak kahwin . Aku tak rasa nak kahwin kalau HANTARAN menjadi asbab ummi menerima seseorang tu .
Kepada , adik beradik aku . Tolonglah adik mu ni . Keluarlah segalah hujah agama mu .
Sedara mara yang membaca ni . Terima kasih atas nasihat tentang “HANTARAN ITU HARGA DIRI SEORANG WANITA “
Untuk awak ,
Kenapa menjauh ?
– Yang masih berharap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit