Hantaran Tinggi Buat Aku Takut Nak Kahwin

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Terima kasih kalau admin sudi siarkan artikel ini.

Aku perempuan berumur awal 20-an. Sedang dalam perancangan nak berkahwin dan tengah mengumpul duit. Aku dah grad dengan ‘flying colours’ (berjaya tukar pinjaman ptptn kepada biasiswa). Syukur dengan rezeki ni. Sekarang ni aku bekerja di sebuah syarikat dalam management level.

Baru-baru ni abang aku bertunang, terjadilah satu kisah dimana abang hampir tak jadi bertunang gara-gara ayah pihak perempuan meletakkan hantaran sebanyak RM 12k. Abang aku tengah dalam perancangan nak beli rumah sebelum kahwin, dan dia juga ada komitmen kereta dan juga ASB. Lepas bincang-bincang, baru dapat kurangkan jumlah hantaran.

Alhamdulillah selesai bab pertunangan abang. Dan tiba-tiba makcik-makcik pihak keluarga aku mula masuk campur urusan aku bila mana diorang cuba letak hantaran aku nanti sebanyak RM 20k dengan alasan aku lepasan ijazah. Aku terdiam. Aku cakap dekat mak ayah aku, aku taknak hantaran tinggi, aku cuma nak kahwin ja. Mak ayah setuju tapi makcik-makcik aku tetap suruh letak tinggi.

Sebagai seorang anak muda, aku dah tak nampak dimana relevan nya hantaran tinggi. Bagi aku, kalau aku nak kahwin, aku akan kumpul duit aku sendiri, dan aku takkan harapkan duit hantaran tu semata-mata. Memang orang cakap barang sekarang dah mahal, katering sekarang dah mahal, tapi kenapa kita nak bermegah-megah ? Bukan kah Islam tu mengnajurkan kesederhanaan? Kenapa kena buat kenduri hebat-hebat? Tak boleh kah buat kenduri ikut kemampuan? Bagi anak keluarga berada, duit ringgit ni tak jadi masalah apatah lagi kalau ada banyak sponsor. Tapi bagi anak muda zaman moden ni, tambahan lagi sekarang ni dah banyak kesedaran pasal nilai hantaran ni, aku cukup terkesan bila orang letak hantaran tinggi tatkala pihak lelaki tak mampu.

Ni cuma pendapat aku saja. Terima kasih sebab sudi membaca.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit