Hantu dan Scammer

Nak pendapat dan komen yang bernas. Huhu. Benda ni scammer ke ye? Sebab dah terkena kat kitorang. Nama aku Bakul dan sudah berkahwin. Ni cerita aku…

————-

5/9/18

Dapat call untuk pengambilan baucer percutian. Percuma je katanya. So dia bagi 3 tarikh iaitu pada 8, 9 atau 11/9/18. Kena ambil baucer ni di Kinrara Golf. Tak lama lepas tu, dapat mesej kod jemputan.

11/9/18 1.00 pm

Masa ni kitorang ada kat Port Dickson tengah cuti-cuti Malaysia. Time ni pn dah check out tapi nak jalan-jalan area situ la kononnya. Pastu dia call tanya jadi datang tak untuk ambil baucer tu. So kitorang pun pegi je la ke sana. Baucer free kan. Amik je la..

11/9/18 6.00 pm

Sampai tu, ada sorang perempuan tu duduk di meja, dia nak tengok mesej kod jemputan tu. Lepas dah bagi tu, dia suruh kitorang tunggu. Tak lama tu ada sorang tu tegur ajak masuk ke dalam. Tak ingat nama sape.

Kat dalam tu ada meja-meja yang dah disusun. Ada banyak banner. Ramai jugak orang dia kat dalam tu. Dan jugak orang macam kami. Dia suruh duduk dan kitoran duduk berhadapan dengan dia.

Dia pun intro la company dia ni buat vending machine. Dia suruh dengar dulu nanti baru ambil baucer. Eh dah kenapa vending machine plak ni? Bukan ni pasal baucer percutian ke? Dia ajak buat bisnes vending machine. Bisnes ni senang sebab tak perlu bekerja pun. Setiap 3 kali seminggu datang collect duit and refill air tin je. Tawaran mcm menarik. Sebab sebelum ni pun pernah gak terbaca pasal bantuan yang macam ni.

So pumpam2 macam jadi la. Masa ni ada sorang lagi namanya En. Suhaimi. Dia memang buat bisnes vending machine ni. Kitorang pun decide la nak try dengan 25 slot punya machine dulu. Nanti kalau dah ok, boleh upgrade ke 30 slot punya. So harga untuk 25 slot ni adalah sebanyak RM24,800. Dia suruh check epf nak tengok kite layak ke tak untuk buat pinjaman banyak tu selama 5 tahun. Ada bahagian pegawai bank kat situ. So boleh la check.

Check punya check lulus plak. Pastu cik Suhaimi tu terus bagi 30 slot terus dengan harga yang sama. Kat sini laki aku dah rasa pelik dah tapi dia tak bagitahu aku lagi. Apahal boleh tukar sesuka hati plak ni kan. Pastu suhaimi tu suruh buat loan bank. Buat kat situ je la sebab pegawai bank tu pun ada kat situ gak. Tapi ada masalah teknikal la plak.

11/9/18 8.00 pm

So diorang pun terpaksa bawak kitorang ke bank kat PJ… yg punya la jauh dari Kinrara tu. Kitorang naik kereta Suhaimi. Sebab nanti kena datang ke kinrara tu balik.

Lama gile nak setlle kat bank ni. Sampai anak aku pun bocor terkencing kat lantai dalam bank tu. Bocor sebab pampers penuh sangat. Mama tak bawak spare. Sebab ingatkan sekejap je la nak p amik baucer je kan. Lagi la stress sebab budak tu merengek-rengek tak selesa. Mamanya pun dah start nak jadi singa dah. Muka pun dah takde senyum dah kat orang bank tu sebab lama gile nak settle.

11/9/18 9.00 pm

Ok akhirnya settle gak. Kitorang pun pegi kat Suhaimi yang tengah tunggu kitorang sebab naik kete dia kan. Anak aku time tu merengek lagi sebab tak selesa seluar basah. Suhaimi tanya kenapa? Laki aku jawab budak ni nak kencing je. Tak cakap pun dah bocor. Haha.

Pastu Suhaimi cakap lagi yang dia kurangkan lagi rm500 harga machine tu. Maknanya kitorang bayar kat dia RM24300 je la. Hmm something fishy dah. Macam senang sangat je turun-turun harga macam tu je. Bila sampai Kinrara tu, semua orang dah takde dah balik. Suhaimi nak jumpa laki aku esok untuk pendaftaran vending machine tu. Tapi sehingga hari ni laki aku tak berjumpa lagi dengan suhaimi tu.

———-

So nak pendapat dan komen korang. Benda ni scammer ke ye? Sebab dah terkena kat kitorang.

Satu lagi, sebenarnya loan bank tu dah lulus. Memang la loan dia Rm25,000. Tapi interest dia tinggi giler sampaikan total semua sekali Rm40,000. Aku nak tahu camne nak cancel kan loan ni tanpa bayar interest tu ye. Huhu.

Thanks…

– Bakul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *